Friday, December 3, 2010

O-Group

3 Disember 2010 Jumaat Saya tersentak dari lamunan apabila tiba-tiba Kak Ros yang menjingjing fail kebilik saya menegur " Tuan, blog dah tak update ke? Ros tengok posting 'korban' je yang ada, tuan sibuk sangat la kut?".

Saya hanya berdaya nak luah kata-kata " sibuk memang la sibuk , tapi la ni tengah dok pening kepala nak mengadap komputer pun tak daya. Ingat darah dah naik tapi bila ziarah doktor kat klinik Tangling periksa darah nampak ok je, rawatan doktor hanya bagi penadol dengan cream sapu untuk urut urat saraf saja. Kesimpulannya doktor kata mungkin saya mengalami ketegangan dan keletihan".

Akhirnya bila saya fikir-fikir , saya mengakui memang saya keletihan dan tidak mempunyai rehat yang cukup. Masa saya lebih banyak habis di jalan raya dari ditempat tidur , berulang alik dari Kuala Lumpur ke Jitra.

Apa pun saya bersyukur kehadrat Allah swt kerana disebalik keletihan dan kesakitan yang saya alami tersembunyi kegembiraan yang sukar untuk saya gambarkan . Kegembiraan melaksanakan ibadah korban bersama ahli keluarga di Jitra semasa sambutan hari raya kedua aidil adha dan bergotong royong memasak di majlis perkahwinan anak abang saya diKulim pada 28 November 2010

.

Bukan senang nak mengumpulkan ahli keluarga yang bertaburan diutara, timor , barat dan selatan kalau tak ada majlis macam ni. Yang paling seronok dapat tidor bersambung kepala dengan adik beradik macam zaman kanak-kanak dulu. Lebih-lebih lagi diruang-ruang yang kosong pula diselit dengan anak dan cucu . Hanya tuhan yang tahu seronok dan gembiranya......

Saya tidak tahu macam mana perasaan mak saya yang tak letih-letih melayan karenah anak menantu, cucu dan cicit. Berdetik juga dihati saya " Agaknya kalau lah bapa saya masih ada tentu suasana ni lebih bermakna dan meriah .....".

Saya nak publish sikit detik-detik yang menjadi kenangan saya.....

No comments:

Post a Comment