Friday, December 31, 2010

STOP N START

31 Disember 2010 Sebelum meninggalkan pejabat Kak Ros, Shakila, Eliza , Hamidah dan Dewi mengucapkan selamat tinggal dan selamat tahun baru kepada saya. Wah! seronok pun ada , sedih pun ada. Seronok sebab besok dapat cuti mengejut , terima kasih untuk team bola sepak Malaysia. Yang sedihnya besok hari terakhir tahun 2010 dan saya tak sempat nak habiskan cuti tahunan saya yang berbaki 30 hari lagi yang dah tak boleh nak dibawa kehadapan.

Sedih betul.....dah tiga tahun berturut-turut tak dapat habiskan cuti macam tu jugak. Kepada Bos saya Tuan Ali saya nak kata macam ni " Tuan, saya mohon jasa baik tuan, tahun 2011 awal-awal tahun lagi saya nak 'booking' cuti , sekian terima kasih". Dan jawapan yang saya nanti dari Tuan Ali pulak harapnya berbunyi begini " Insyaallah ,tuan Azmi isi borang cuti walau pun tanpa pengganti saya akan sokong".

Dan akhirnya saya nak ketawa kuat-kuat supaya semua orang ingat saya dapat APC 2009 sebab tak pernah ambil cuti sakit . Bukannya apa sebab ada sahabat-sahabat saya kata mereka malu bila tengok senarai APC 2009 yang terselit juga senarai kaki ponteng dan kaki repot sakit. Hebat betul penal yang buat pemilihan tu ya! ambil masa setahun untuk buat penilaian tapi tak sempat nak tengok personal fail orang yang dipilih. Hampehhh......

Harap-Harap dimasa hadapan penal sebelum buat keputusan semak la dulu personal fail setiap calun. Lagi satu nak kata " Jangan duk nampak pengampu-pengampu sekeliling kita saja , yang duk jauh dan tak nampak tu pun bekerja jugak". Dan satu lagi nak tambah " Katakan 'TIDAK' kepada calun yang dikemukakan atau mengemukakan diri melalui pintu 'BELAKANG' sampai Bos sendiri pun tak tahu".

Kata Nazneen " Tuan sedih sebab tak dapat APC 2009 la tu ". Tapi saya kata " Tak ada la saya nak sedih-sedih tak dapat APC , saya tengah seronok ni tengok senarai APC 2009 sebab kakitangan awam dan anggota Kem Komandan yang tak pernah dapat APC semua dapat .

Tahniah kepada Cc Kak Normah, Kak Ros dan Kak Haridah dan semua yang dapat APC 2009. Tuan Ali dah buat tapisan halus dan semuanya memang layak untuk dapat APC 2009. Jangan lupa buat kenduri dah la".

Kak Ros memang pandai men 'delete' kata-kata yang menyebabkan orang lain marah bila kita tersilap cakap. Kata Kak Ros " Pegawai tu dapat APC 2009 sebab dia dah nak pencen kut tuan". Dan saya pun kata " Ooo ye le dia dia dah nak pencen lagi 5 tahun sebab tu dia perlu diberi APC 2009".

Dalam hati saya berkata la pulak " Patut la Tuan Ali yang tak pernah cuti sakit, cuti pun datang kerja dan tiga per empat masa dia habis di pejabat tak layak dapat APC sebab dia lambat lagi nak pencen". Saya nak gelak sampai keluar air mata kerana jawapan yang muncul kat screen " Apa kata survey? Yes, Yes, Yes ".

Akhirnya kepada semua para sahabat khasnya pembaca blog saya , saya nak ucapkan " Terima kasih kerana melayari blog saya sepanjang tahun 2010 dan jangan tinggalkan saya sepanjang tahun 2011, insyaallah".

No comments:

Post a Comment