Thursday, January 27, 2011

Fleeting memories

27 Jan 2011 Sedar tak sedar cuti rehat 15 hari saya akan berakhir esok, tapi saya dah puas merehatkan diri , terima kasih Tuan Ali.

Hari ini saya kepejabat sekejap , malam besok saya dan Tuan Ali akan ke Putrajaya untuk menghadiri jemputan ke Majlis Anugerah MAKSAK 2010 yang akan diadakan di PCC . Teruja juga nak tahu siapakah yang bakal memenangi Anugerah Olahragawan dan Olahragawati MAKSAK 2010. Yang pastinya bukan saya dan Tuan Ali yang akan terpilih...hehehe

Masa saya kat pejabat tadi Abang Nizam sibuk dengan program jamuan makan malam kelab SYM yang akan berlangsung malam minggu nanti. Katanya anggota-anggota kelab akan berkumpul di Dataran Merdeka sebelum berkonvoi ke lokasi yang telah dipilih. Abang Nizam siap ingatkan saya supaya pakai jeket dan topi keledar yang mahal tu.....nak bergaya supaya nampak macho bila bergambar. Nampaknya kena bawa isteri saya sekali la kerana dia pun nak bergaya juga dengan jeket merah tu.....hahaha

Patutkah saya bawa isteri sekali , pada hal dia baru saja balik selepas 12 hari melancong di Turki bersama Intan? Tapi kalau saya tak ajak isteri bersama ke majlis tersebut siapa yang nak membonceng dibelakang saya? Tentu tak seronok kalau tak ada orang peluk ketika menunggang SYM ....hihihi

Kata Abang Nizam " Saya pergi sorang je, isteri saya tak ikut". Saya teringat kat Kak Ros yang kata " Ros tak boleh naik moto lama-lama , sakit pinggang". Agak saya tentu isteri abang Nizam pun macam tu juga ,lagi pun namanya Ros jugak....harap-harap macam tu la...

Dua belas hari kat Turki anak saya Intan dah hafal nama-nama tempat , mengira dan bercakap beberapa patah perkataan dalam bahasa Turki, kuat betul ingatannya. Yatie pulak asyik sibuk bercerita perkara-perkara menarik sepanjang lawatan ke Turki. Rugi pulak rasanya tak ikut sama, tapi tak apa la Intan dah pergi macam saya juga la sampai kat Turki tu..hehehe

Saya tertarik dan nak publishkan beberapa keping gambar Intan dan Yatie kat Turki....bayangkan seolah-olah saya pun ada sama kat sana...hehehe



No comments:

Post a Comment