Saturday, January 8, 2011

IRON N BOWL


7 Jan 2011 ( Jumaat) Berat badan dah bertambah, tiga hari lepas masa timbang kat Gim keberatan badan saya ialah 84 Kg. Tak risau pun tapi kerana nak pastikan kesihatan terpelihara sejak tiga hari lepas juga bersama-sama Tuan Ali dan Sm Mail buat keputusan kena turun ke Gim setiap hari lepas jam 5.30 pm.

Nak kena angkat besi2 sikit , bukan nak bertanding dengan Bro Man Besi atau Tun Jaafar ,tak mimpi langsong la kalau nak bertanding dengan Bro Sazali http://ms.wikipedia.org/wiki/Sazali_Samad#Pencapaian yang dah beberapa kali jadi juara bina badan dunia. Pergi ke Gim ni hanya sekadar nak gerak-gerak urat saraf bagi darah berjalan lancar. Saya akur dengan seorang rakan muda yang berbisik kat saya " Rasa-rasa tuan ni macam dah lewat sangat nak main-main besi ni".

Dua hari turun Gim otot saya dah rasa sakit-sakit terutama dibahagian belakang bahu dan perut. Malam semalam terpaksa minta tolong Yatie bakarkan batu nak 'tuam' bahagian2 yang sakit. Rasa macam angin penuh satu badan, bernafas pun tercungap2 je.

Masa tu saya terbayang muka Sm Mail yang umornya dah sebaya dengan saya. Dalam hati saya berkata " Tak kan dia tak sakit macam saya nih , masa kat Gim dia siap tunjuk kehebatannya buat senaman perut sampai melentik tulang belakang". Memang betul la agaknya kata Sm Mail kat saya dan Tuan Ali " Dulu bomoh dah tukar ganti darah saya dengan darah kuda, doktor kat hospital pun heran tengok darah saya menyembur berbuih tak macam darah orang".

Abang Salmi dan Abang Alwi dah kumpul orang dan kumpul duit untuk program bowling hari Jumaat. Tuan Ali dah komited nak pergi tapi saya berbelah bagi. Sm Mail memang nak pergi tapi disaat terakhir dia diserang 'gaut' kat sendi tangan dan kaki. Kawan-kawan tentu marah kat kami kerana tak dapat sertai .

Walau pun tak dapat nak main , saya bersama yatie pergi juga ke Super bowl Selayang nak tengok kawan-kawan main. Permainan mereka dah meningkat rupanya , Tuan Ali satu frame 177 point. Abang Salmi berjaya menjadi juara keseluruhan dengan menggondol hadiah wang tunai.

Wajah Abang Salmi berseri kerana puas dengan kecemerlangannya. Yang sedih Abang Alwi , kasut baru dan bowl yang baru dibeli langsung tak membawa tuah. Abang Zul Mamak dan Abang Akob begitu ceria sepanjang game berlangsung , mungkin mereka ada perancangan tersembunyi...hehehe.


Lepas Game selesai saya dan isteri ikut sama ke majlis makan malam yang di host oleh Abang Salmi. Kami duduk dimeja panjang berhampiran rumpun buluh madu yang diceriakan lampu neon ...cantik tempat tu.

Abang Salmi dan Tuan Ali hanya memesan nasi putih dan sup serta air sirap . Abang Zul Mamak dan abang Akob dengan gembiranya memesan"Chicken Chop special". Abang Alwi sambil ketawa besar order " Chicken Chop Combo". Makan malam yang sungguh menyeronokkan , ketawa sampai keluar air mata sambil makan. Abang Salmi pun seronok sangat , hisap rokok tak henti-henti.

Saya publishkan gambar-gambar aksi malam tadi......


Saya hanya nak kata " Tak boleh main , bukan bermakna kita tak boleh merai dan bergembira bersama kawan-kawan"

No comments:

Post a Comment