Hari ni kerana tak jadi ke Fraser's Hill seperti direncana bersama Abang Nizam, saya merancang untuk menjelajah pergunungan Genting Highland http://www.genting.com/history/index.htm .
Nak kata tak pernah naik Genting , dah banyak kali dah saya kesana. Dengan kereta dah naik , Sky Way dari Gohtong Jaya pun dah cuba bersama anak-anak saya. Hari ni lain sikit keseronokannya kerana saya menunggang VTS 200 bersama Yatie merangkak di jalan curam dan berliku mendaki banjaran Titiwangsa yang terkenal tu.
Hebat betul pemikiran Lim Goh Tong yang menubuhkan Genting Group untuk membina resort di kawasan tanah tinggi pada tahun 1965 . Akhirnya beliau telah berjaya merialisasikan impiannya pada tahun 1971 dengan pembukaan Genting Hinghland.
Catatan tentang sejarah menarik kejayaan Lim Goh Tong sehingga beliau tersenarai sebagai antara orang-orang terkaya didunia mungkin boleh dikongsi untuk menjadi perencah semangat kepada impian kita bersama ... http://en.wikipedia.org/wiki/Lim_Goh_Tong#Early_life .
On the Way balik dari Genting kami singgah sebentar di R N R Genting Sempah . Terasa sangat nak makan kat situ . Saya makan nasi dengan sambal sotong dan terung , Yatie pulak makan nasi dengan masak asam pedas ikan pari. Sedap la jugak....
Hajat minggu lepas nak melalui laluan jalan lama dari Genting Sempah ke Gombak akhirnya tercapai hari ini. Seronoknya...
Sepanjang jalan turun dari Genting Sempah laluan tersebut amat sunyi dan kami hanya berselisih dengan 3 atau 4 buah kenderaan sahaja. Ditepi-tepi jalan terdapat banyak monyet berkeliaran mencari makan.
Sedih juga saya melihat keadaan jalan tersebut yang tidak diselenggara dengan sempurna. Dibeberapa bahagian jalan terdapat kesan runtuhan jalan yang merbahaya kepada kenderaan yang melalui laluan ini terutama dikawasan berlurah . Terdapat juga manusia2 tidak berakal menjadikan beberapa tempat ditepi jalan sebagai tempat membuang sampah.
Sebagai kenangan saya nak publish gambar-gambar menarik perjalanan saya hari ini...
No comments:
Post a Comment