Ambil sepinggan nasi, lauknya 4 ketul sotong dan sebiji telur goreng mata. Yatie order Nescafe dan saya macam biasa teh halia . Sepinggan nasi makan dua orang . Penutupnya kami pekena pulak tapai manis yang dibungkus daun (dah lupa pulak nama pokoknya) , dulu mak selalu buat tapai macam ni. Lazat sangat rasanya.
Kerana dah berpakaian hebat macam pengembara , lepas makan saya terus menghala ke highway KL-Karak . Selepas melintasi tol Gombak mulanya kami buat keputusan nak ke Genting tetapi entah macam mana fikiran berubah pula dan kami terus menuju keBukit Tinggi.
Selepas berlegar-legar di Bukit Tinggi , kami akhirnya membuat keputusan untuk melawat kawasan-kawasan perkelahan di Janda Baik. Dah agak lama jugak kami tidak kesana. Lebih menyeronokkan untuk kesana, kerana inilah kali pertama kami menunggang VTS 200 kehutan lipur Janda Baik.
Suasana perkampungan yang dikelilingi hutan dan air sungai yang jernih sungguh nyaman dan tenteram. Melihat bukit bukau yang bagai tersusun indah membuatkan saya begitu terpegun dengan anugerah alam ciptaan Allah swt.
Dalam perjalanan ini juga kami sempat singgah melihat keindahan Institiut Latihan Memperkasa Umno (ILMU). Hebat dan cantik tempat ini......
Selepas puas berlegar-legar memerhati dan mengenali persekitaran Janda baik , kami akhirnya singgah di Masjid Kg. Janda baik untuk menunaikan solat zuhor. Yang seronoknya masa saya berada di Masjid ni , bila saya membuat panggilan balas kepada Syarif Lobo dengan pertanyaan "Apa hal Syarif hang call saya tadi?" Jawab Syarif " Tak ada apa , nak bagi tau bang mie , bini saya dah bersalin anak perempuan".
On the way nak balik masa sampai di Genting Sempah , fikiran bercabang-cabang nak ikut jalan lama ke Gombak atau highway . Akhirnya masa sampai kat persimpangan ke Genting dan jalan lama Gombak kami berpatah balik menuju ke highway. Yatie begitu seronok kerana dapat beli buah berangan dekat R&R Genting Sempah semasa kami berpatah balik .
Alhamdulillah sebelum masuk waktu Asar kami selamat menjejak kaki semula kerumah.
No comments:
Post a Comment