Tuesday, January 18, 2011

Jealous

18 Jan 2011 Seronok juga tengok gambar-gambar yang di Up laod oleh Intan dan Yatie . Perjalanan di Turkey yang begitu menyeronokan kata mereka . Terharu juga bila anak bungsu saya tiba-tiba berkata " Abah, Are Ee jeles la kat Mama dengan Intan pergi jalan-jalan sampai Istambul, bila kita nak pergi Bah?". Saya hanya kata " Tak pa la Are Ee , lepas ni kita dua pulak pergi Korea , Jepun dan China". Sebenarnya saya cakap ni , nak sedapkan hati anak manja ni saja....hahaha




Hari tu 15 Jan 2011 lepas hantar Yatie dan Intan kat KLIA masa nak balik pun Are Ee asyik merajuk je. Macam-macam janji yang saya buat dan nak kena tunaikan sepanjang dua minggu ni. Entah tertunai ke tidak tak tahu la lagi, harap-harap semua berjalan lancar macam dirancang....


Pada 16 Jan 2011 janji saya yang pertama nak bermotosikal ke Kuala Selangor tertunai sudah . Saya dan Are Ee sempat ke Gelanggang Petanque Kuala Selangor sebelah petang dan malamnya kami berkunjung ke Kampung Kuantan untuk melihat kelip-kelip.


Dah puas melihat kelip-kelip kami berlepas balik malam itu juga. Seronoknya masa dalam perjalanan Are Ee mengadu mengantuk hingga saya terpaksa mengikat Are Ee dibelakang saya. Sebenarnya dah agak pun dan saya siap2 bawa alatannya.....

Program hari Ahad 17 Jan 2011 nak konvoi ke Frazer Hill bersama Abang Nizam dan Pak Ya tiba-tiba terbantut kerana masing-masing keletihan...tak kisah la mungkin ada hikmahnya. Kerana tak mau kecewakan Are Ee melayang juga la Rm saya ke Zoo Negara. Tak kisah la ,janji dapat saya berehat kat rumah sambil rehat-rehatkan mata.....puas aku tidor, hehehe

Cuti hanya tak payah pergi pejabat , tapi kat rumah kerja saya dari pagi sampai malam. Kena ikut jadual betul-betul , pagi petang kena ke sekolah . Menguruskan gerai makan pun sibuk sangat. Terasa juga berat dan penatnya isteri saya setiap hari , kerja kat pejabat lagi senang la....hihihi

Akhirnya dalam hati saya berkata " Tengok kerja orang senang tak semestinya kerja tu mudah dibuat, hanya yang duk buat kerja tu saja yang tau susah payahnya".

2 comments:

  1. awat hang tak pi sama mi ooi .aku dekat istanbola bole la pi maukalu jauh tak dak chance la.aku menyimpan ghumah 2 ari 2 mlm tak tentu habeh lagi ha ha

    ReplyDelete
  2. Salam Bro,

    Nak buat macam mana kena tukaq kerja sat, bagi can orang umah jalan2...hehehe.

    Penat jugak bro buat kerja kat umah ni.

    Tq

    ReplyDelete