Saturday, January 29, 2011

Moskito N Lok U



28 Jan 2011 Jumaat Nak kata sibuk tak la sibuk sangat tapi hari ini saya mempunyai beberapa agenda yang perlu diselesaikan.

Skutter Moskito saya yang injennya baru siap dibaiki tiga hari lepas , kembali meragam apabila 'starter' nya langsong tidak berfungsi. Bukan setakat kaki saja yang sakit, malahan hati pun lagi parah sakitnya, apabila terpaksa menggunakan 'kick starter' yang juga bermasaalah.

Lepas solat jumaat semasa balik dari hantar anak ke sekolah ugama saya ambil kesempatan untuk menyelesaikan masaalah 'moskito' saya. Hampir satu jam juga la saya kat kedai tu, rupanya salah satu wayar dari bateri ke statter dah putus dan perlu diganti baru.

Tak la mahal sangat pun ganti wayar dan tukar 'bulb' supaya lebih terang, kosnya baru Rm 25 saja , baru la saya boleh ketawa sambil senyum-senyum kucing.....hihihihi

Pukul 4.30 pm saya berkejar ke pejabat kerana dah buat temu janji dengan saudara Hainko dari Syarikat Perwira Bintang yang nak berjumpa Tuan Ali. Saya juga dah siap pakai baju batik kerana nak terus ke majlis Malam Anugerah Maksak di Putrajaya.

Tuan Ali ingatkan saya awal-awal " Pukul 6.00 nanti kita kena gerak la supaya tak kelam kabut". Saya kata " Bagus juga tuan, kita solat maghrib kat PICC saja". Hanya satu masaalah pulak timbul Sm Mail balik rumah ambil baju batik dan kami terpaksa tunggu dia sebab janjinya dia yang nak bawa kereta.

Kerana Sm Mail terperangkap dalam 'jem' di Loke Yew dan berpeluh-peluh mencari jalan keluar dekat kubur cina berhampiran lapangan terbang lama Sg Besi , kami terpaksa minta bantuan Abang Salmee untuk hantar kami ke Putrajaya .

Kata Tuan Ali " Suruh Sm Lok U tu terus saja ke Putrajaya dan kita jumpa kat sana, kalau tunggu dia sampai, alamat tak dan nak pi la" . Saya dan Abang Salmee berkata " Dari gelaran Mail Besi dah tukar jadi Mail Lok U"...hahaha.

Agak menghairan juga la, entah macam mana Sm Loke Yew boleh tiba-tiba call beritahu dia dah berada dekat tol highway "MEX" dan beritahu akan tunggu kami selepas tol Putrajaya. Macam mana dia boleh melepaskan diri dari 'jem' teruk kat Loke Yew tu. Dalam hati saya cuma berkata " Apa nak heran , dia ada saka"....hehehe

Seronok juga la Majlis Anugerah malam tu yang diadakan di PICC Putrajaya, PDRM dikedudukan No.3 keseluruhan pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan sukan Maksak 2010.

Lebih-lebih lagi gembiranya kami apabila Sazali Samat calun PDRM dipilih sebagai pemenang Anugerah Khas Olahragawan Maksak 2010.

Gambar-gambar ceria kami semasa majlis tersebut...........

.


No comments:

Post a Comment