Thursday, December 31, 2009

JURI

Semasa Era IG Tan Sri Rahim Nor memimpin PDRM semua Komplek Perumahan PDRM diarahkan mengujudkan Persatuan Penduduk masing-masing. Bagi Kem Komandan Bukit Aman kita mentadbir 3 komplek perumahan melibatkan lebih daripada 2500 keluarga. Kecuali Persatuan Penduduk Taman Desa Baiduri yang bergabung dengan IPK KL , Kem Komandan adalah Yang DiPertua bagi Persatuan Penduduk Perumahan Hulu Kelang dan Persatuan Penduduk Perumahan Bukit Aman.

Berat tanggung jawab Tuan Ali tu, tapi dia boleh bergembira dan berbangga kerana kedua-dua persatuan ini mempunyai Pengerusi dan AJK yang berkalibar. Kepimpinan SI Ismail Md Zin di Hulu Kelang dan SI Hj Ramly di Bukit Aman telah berjaya menggerakkan aktiviti persatuan mencapai tujuan dan sasaran yang ditetapkan.

Bagi Persatuan Penduduk Bukit Aman aktiviti menutup tirai tahun 2009 yang diadakan pada 30 Disember 2009 jam 8.30 malam ialah, menganjurkan malam mesra sempena menyampaikan hadiah-hadiah kepada peserta yang mengambil bahagian dalam minggu sukan yang baru selesai. Saya dengar cerita orang kuat dalam penganjuran minggu sukan ni pulak tak lain tak bukan dari OCS Kem Komandan SI Hj Tahir yang juga salah seorang Imam masjid Bukit Aman. Hebat tu…

Tuan Ali , saya dan SM Ismail dijemput sama kemajlis tersebut. Kata Tuan Ali kat saya “ Lepas pejabat kita tak payah balik la , terus pi majlis malam mesra tu“ . Bos dah kata macam tu , saya kira Ok saja la. Dah biasa, lagi pun kami hari-hari solat magrib kat pejabat lepas tu baru balik.

Majlis bermula lepas sembahyang isyak. Nak meriahkan majlis Malam Mesra tu mereka anjurkan pula pertandingan karaoke. SM Mail dilantik sebagai juri professional sebab dia ni tau sikit pasai nyanyi-nyanyi ni. Saya dan Tuan Ali yang hanya tau dengaq dilantik jadi juri awam saja.

Staf pejabat seperti Abang Nizam dan Syarif Lobo tak lepas peluang ambil bahagian. PA baru Tuan Ali Kak Hidayah tu pun naik pentas nak tunjuk bakat kat Tuan Ali. Tapi saya tengok mereka ni berpeluh-peluh dari sebelum naik pentas sampai turun pentas. Kak Hidayah tu saya tenguk menggigil-gigil badan masa duk tunggu keputusan. Tahniah la Hidayah dapat number 5 . Abang Nizam dan Syarif Lobo tak ada number sebab kena sabotaj dengan juri professional la tu…




Baru-baru ni saya tertarik dengan komen YDH Dato' Hj Abdul Razak Bokhari Pengarah Pengurusan PDRM kepada Pegawai, anggota dan KTA yang yang merungut kerana diambil tindakan sebab gagal mematuhi larangan meletak kenderaan ditempat tertentu , katanya " Susah , kalau hidup tak berperaturan" .

Kepada penghuni perumahan PDRM saya cuma nak kata " Kalau tak nak jadi pemimpin , jadi lah pengikut yang setia. Kalau kita tak mampu nak buat , kita sokong lah apa yang orang lain buat’.

Wednesday, December 30, 2009

APC

Tahun 2009 dah hampir sangat nak melabuhkan tirainya, tapi macam biasa la keputusan penilaian prestasi tugas bagi tahun 2008 baru diumumkan baru-baru ni. Seramai 62 anggota dan seorang kakitangan awam dari Cawangan Kem Komandan telah tersenarai sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008 . Tak heran la ramai yang asyik tersenyum kambing bila berselisih dijalan, tak tau pulak saya yang Rm 1000 dah mengalir masuk dalam akaun mereka. Tahniah! Tahniah! Tahniah!
Nama saya dengan Tuan Ali tak tersenarai kali ni , agaknya kerana kami ni dah dua kali mendapat APC sebelum ni. Tahun depan insyaallah depa senaraikan pulak nama kami kut. Harap-Harap Tuan Ali bagi markah LPP 2009 lebih sikit la kat saya , tapi saya memang tahu Tuan Ali akan bagi saya tak kurang dari 99.9 kut. Kepada mereka-mereka yang tak ada dalam senarai APC 2008 jangan sedih tahun 2009 mungkin rezki kita pulak la.
Sejak senarai penerima anugerah dikeluar hari tu , Tuan Ali dah arahkan saya mengatur majlis bagi merai dan menyampaikan Sijil APC 2008 . Kerana hujung tahun ni banyak pulak program , lepas berbincang maka dipersetujui majlis tu diadakan pada 30 Disember 2009 supaya jangan terlajak pulak ketahun 2010.


Program kami diadakan serentak dengan Latihan Kawat Kem Komandan bertempat di Dataran Podium Menara 33 tingkat mulai jam 8.30 pagi.



Lepas selesai majlis ada jamuan makan ringan-ringan tapi lepas tu SI Ismail salah seorang penerima RM 1000 tu ajak Tuan Ali , saya dan tiga orang kuat Kem Komandan pi pekena makanan berat sikit kat kedai Mamak di Jalan Tunku Abdul Rahman.


SM Mail yang juga penerima Rm 1000 tu belum belanja lagi. Janji dia nak belanja saya dengan Tuan Ali makan free seminggu lepas menang hoki Veteran Kebangsaan kat Alor Star hari tu pun masih ada baki 4 hari lagi. Jangan lupa bang , kata Tuan Ali janji tak boleh buat main, kena tunai jugak walau apa cara pun. Saya cuma nak mengingatkan saja..

Saya jugak nak ucap tahniah kepada Kak Midah yang juga kali kedua dianugerah APC . Kata Kak Midah APC 2008 ni rezki anak dalam kandongan tu.




Monday, December 28, 2009

20091226

Saya mula kenal huruf dan angka , tahu menulis dan membaca berkat curahan ilmu oleh guru-guru di Sekolah Kebangsaan Sg Kob, Karangan, Kulim, Kedah. Saya masih ingat apabila saya mula berkerja sebagai anggota polis pada tahun 1977 saya pergi semula kesekolah tersebut. Saya berpeluang berjumpa dan berbual dengan Cik gu Hamzah yang dah naik pangkat jadi guru besar . Kalau tak silap saya Cik gu Hamzah ni orang Alor Gajah, Melaka.

Seronok dapat jumpa cik gu yang pernah mendidik saya, susah nak digambarkan perasaan saya ketika itu mau menitis air mata rasanya. Kawan-kawan semasa kat SMJ sebahagian besarnya berkhidmat sebagai guru. Bertuahnya mereka yang berjiwa macam Siti Rokiah Salleh yang mensasarkan hidup matinya adalah guru. Anak-anak staf pejabat saya yang tinggal di Setiawangsa ramai menjadi anak murid Mak Lang kita ni. Isteri staf pejabat saya pun ada yang menjadi cik gu kat sekolah Mak Lang. Sahabat saya Ramlan Hussain juga seorang GB yang dedikasi kat Perak. Insyaallah anak murid tak kan lupa jasa guru.


Tahun 1971 dengan ilmu asas yang dipelajari diSekolah Kebangsaan Sungai Kob saya berhijrah ke Sek Menengah Jitra. Bagi rakan-rakan dari sekolah rendah disekitar Jitra mungkin mereka tidak terasa kekok kerana ada rakan-rakan yang sama semasa bersekolah rendah, boleh la mereka berintraksi dengan mudah. Saya terpaksa mencari dan menyesuaikan diri dengan sahabat-sahabat baru yang tak pernah dikenali sebelum ini.

Saya masuk dalam kelas Tingkatan 1 A agaknya masa tu bukan kerana saya pandai tapi mungkin tak ada kelas lain yang kosong. Keistemewaan agaknya kerana saya lewat mendaftar sebab terpaksa menguruskan pertukaran dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim. Yang saya ingat sahabat-sahabat paling akrab dengan saya dalam kelas ni ialah Rashidi Othman, Loh Kim Hua dan Jamaluddin Abu Bakar. Masa tu kalau kerja sekolah saya tak siap atau lupa nak buat saya akan tiru hasil kerja Loh yang tak kedekut nak pas bukunya kat saya . Loh memang pandai , ambil pengajian Islam ganti pendidikan Moral sampai dia lebih handal dari pelajar Islam. Kini Loh Kim Hua seorang Muslim menggunakan nama Mohd Ikram Loh. Masa majlis reunion tu dia yang tampil membaca doa.

Masa sekolah dulu saya tak ada kawan dikalangan pelajar-pelajar perempuan. Mungkin mereka tak minat nak kawan , maklum la tak handsome macam Mohammad Abd Rahim dan Che Man Abd Hamid yang jadi rebutan tu. Lagi pun mereka berdua ni memang setia betul. Susah nak cari orang macam ni.

Masa kami belajar dulu prestasi dinilai setiap tahun untuk menentukan kedudukan dalam kelas . Untungnya kami pelajar lelaki kerana nak stabil jumlah pelajar lelaki dengan wanita dalam satu kelas, pelajar lelaki yang dapat nomber corot sikit pun dapat masuk kelas A kerana pelajar perempuan lebih ramai dapat kedudukan terbaik dalam sekolah. Nampak sangat masa tu diskriminasi terhadap wanita no.. tapi saya tak pernah mengambil peluang ni kerana saya memang layak duk kelas A sampai Tingkatan Tiga sebab kedudukan saya dalam sekolah masa tu sekitar No. 28 ke 31 cukup-cukup makan aja.

Lepas keputusan SRP kami pelajar-pelajar SMJ ditaburkan di sekitar Kubang Pasu dan Alor Star. Ramai yang memilih untuk terus kekal di SMJ tapi saya dan kawan-kawan yang nak mengharungi cabaran baru berhijrah lagi. Kali ini saya ke Sekolah Menengah Pulau Nyior berkongsi minda dengan Ramlan Hussain dan Jamaluddin Abu Bakar untuk menempuh badai SPM didalam aliran Sains. Lepas SPM kami terus berpisah membawa haluan hidup dan perjuangan masing-masing.

Usaha keras Ahmad Md Saman , Aliyah Ramli dengan sokongan kuat suami Cik gu Ramli , Siti Rokiah Salleh , Mazlee Ahmad, Kamal Hussin , Basharah Husin, Dzamri Abdul Rahman dan Satirah Latif mengumpul sahabat untuk bertemu muka dan menghulur salam di Kelubi pada 26 Disember 2009 tak ternilai harganya. Tak sangka ya kelas aliran inggeris yang dulu tak join dengan kita pun sanggup datang bagi sokongan atas nama SMJ. Saya tabik kepada Cik gu Md Jamil , dalam keuzuran sanggup berada dimajlis tu dari awal hingga akhir.

Masa nak ke Kelubi hari tu saya lalu tepi padang tempat duk main ragbi dan bersukan , dulu disitu juga ada Pavilion tempat kita berhimpun sebelum masuk sekolah. Rupanya tempat tu dah jadi Stadium Majlis Daerah Kubang Pasu la. Tak heran la dikalangan kita pun dah ramai yang berubah , sangat-sangat berubah lo… sukar nak digambarkan.

Cik gu-Cik gu dah merubah minda kita, dulu-dulu kerana bergaduh pasai ikan sepilai kita sanggup nak putuskan silatulrahim sampaikan gambar pun nak dipadamkan dari ingatan. Hari ni bukan sekadar nak pulihkan balik gambar tu , kalau boleh nak pulihkan balik kawan kita tu.

Kepada Cik gu Zainuddin dan Cik gu Fatimah Daud khasnya yang sanggup meluangkan masa bersama kami , dan semua cik gu-cik gu kami yang telah berjasa , kami hanya nak kata “ Jasa mu dikenang hingga akhir hayat” .

Akhir kata “ Nak tahu baiknya seseorang insan itu tanyalah sahabatnya”.



Tuesday, December 22, 2009

Hijrah Awal Masehi Akhir

17 Disember 2009 sahabat saya Ahmad Md Saman awal-awal dah call saya nak confirm booking chalet Persatuan Nelayan Bagan Lalang. Saya bagi tau Mat " Insyaallah saya akan datang tapi lewat sikit , hari ini dah mula kerja, lepas pejabat baru saya dapat bertolak" . Mat kata " Tak pa la, Mak Lang pun lambat jugak".


Pukul 6.30 pm baru saya dan keluarga keluar dari rumah menuju ke Bagan Lalang. Sebelum tu saya singgah di Bukit Aman ambil pancing yang ditinggalkan Syarif Lobo kat Gate A, cadangannya kalau ada masa nak cuba-cuba huloq pancing kat Kuala di Bagan Lalang tu. Tak tau pulak rupanya Syarif Lobo dah beli pancing baru pinjamkan khas untuk saya pi pancing kat sana.


Bila sampai di Chalet tempat kami nak menginap , saya tengok keluarga Mak Lang, Mat dan Kak Ja tengah hebat duk bakaq ayam, ikan , sotong dan udang . Saya kata kat Mat " Aku mai tadi kelam kabut sikit , tak bawak makan apa pun". Lega saya bila Mat kata " Makan banyak Mak Lang dengan Kak Ja dah siap , nasi ada , pulut ada , buah cempedak dan rambutan pun ada, kita pakat makan saja la". Sebab Mak Lang dan Kak Ja dah pelawa makan, saya anak beranak termasuk cucu pun balun saja la. Terima kasih la Mak Lang , Kak Ja dan Mat makanan tu semua sedap-sedap belaka.....

Malam tu kami borak-borak la sampai tengah malam. Tiba-tiba dengak orang duk countdown dan lepas tu meletup bunga api kat tepi pantai Bagan Lalang tu. Kali pertama saya tengok orang sambut "Maal Hijrah" dengan tembakan bunga api. Dalam hati saya berdetik juga la " Ingatkan sambut Tahun Baru Cina saja bunga api meletup sebab depa nak halau hantu, kat Bagan Lalang ni banyak hantu kut pasai tu depa tembak bunga api , agaknya saja la..."

Hasrat nak memancing tak terlaksana walau pun umpan "Perumpun" dah siap beli. Kata Mat " Kita buat program lain la kalau nak pancing , boleh pasang pukat sekali". Lepas tu saya dengan Mat dan Cik gu Ramli pi kedai kopi duk sembang sampai waktu nak check Out baru kami balik ke Chalet.


Sebelum berlepas balik kami sempat bergambar beramai untuk album kenangan.





Masa dalam perjalanan balik saya ikut jalan menuju kerumah Mat di bandar Baru Salak Tinggi, tapi tak singgah pun kerana kami terus ke Nilai 3. Jualan lelong dan tawaran harga hebat menarik kami kesana. Isteri dan anak-anak saya yang dah tergoda siap beli 1/2 dozen bantal dan kain langsir.


Malamnya pulak saya bersama-sama Umi Yati menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan mantan bos saya Ahmad Noordin. Majlis persandingan dibuat di Dewan Centrum Setiawangsa. Saya dan isteri duduk semeja dengan SI Hj Tahir dan SI Ismail Ghani bekas staf Kem Komandan yang dah bersara.









19 Disember 2009 Pagi-pagi lagi Tuan Ali dah call saya tanya program nak ke Rembau menghadiri majlis perkahwinan Konst Bakar dan Konst/W Latifah. Kedua-dua mereka ni anggota Cawangan Kem Komandan. Latifah ni orang kampong Tuan Ali , manis orangnya macam Tuan Ali jugak la.


Program nak konvoi tapi Tuan Ali bersama isteri dan anak nak gerak terus dari rumah di Kelang ke Rembau. Saya bersama Pak Kordi dan Eliza akan bertolak dari Kl . Tempat pertemuan yang dicadangkan di R&R Seremban, siapa sampai dulu kena tunggu kat sana.


Kesesakan jalan menuju ke Seremban melewatkan perjalanan kami. hampir pukul 2 baru sampai di rumah pengantin kat Taman Sri Rembau. Sebaik sampai terus dipelawa makan oleh bapa pengantin " Saya buat buffet saja tuan, sila la makan". Tengok gulai daging yang disediakan amat menyelerakan, Pak Kordi jadi mangsa untuk mengambil sepinggan daging untuk buat tambah. Oleh kerana cekapnya Tuan Ali bertindak meja kami tiba-tiba jadi meja makan berhidang pulak. Dahsat betul la depa ni...







Masa perjalanan balik rancangan nak singgah di Nilai 3 dibatalkan kerana cuaca tak mengizinkan.

20 Disember 2009 Jam 10.30 pagi saya bersama-sama Hj Tahir , Umi Yatie dan Pak Kordi berlepas ke Kuala Selangor untuk mengikuti perkembangan pasukan Petanque PDRM yang menyertai Kejohanan Petanque Double Terbuka Selangor.

Pasukan PDRM mendapat Naib Johan untuk kategori Double Lelaki yang diwakili oleh Kpl Md Zain dan Kpl Hamzah dan Double Wanita yang diwakili oleh Sjn Norina dan Sjn Rodziah juga mendapat Naib Johan. Tahniah kepada mereka berempat.



Wednesday, December 16, 2009

Kuala Sungai Baru




11 Disember 2009 Program yang diatur adalah Lawatan sambil belajar Perkep Cawangan Kem Komandan ke Negeri Perlis . Dalam program lawatan tersebut diatur juga acara untuk kemajlis Perkahwinan anak kepada Sarjan Ruslim dari Unit Stor Bekalan di Kg Kuala Sungai Baru, Perlis.
Rombongan kami sampai di Komplek Latihan PDRM Kuala Perlis waktu azan subuh dah nak berkumandang. Kami beramai-ramai ke surau dikomplek Latihan tersebut. Kerana tak ada jamaah yang datang kesurau untuk subuh Tuan Hj Tahir ambil alih untuk melaungkan azan dan seterusnya mengimamkan solat subuh pagi tu .
Lebih kurang pukul sembilan pagi sebelum membuat lawatan ke IPD Padang Besar kami sarapan kat sebuat gerai tak jauh dari komplek latihan. Nampak gerai macam kecil saja tapi macam2 makanan ada. Ramai yang bukan setakat sarapan ringan2, tapi macam makan tengahari. Saya pun terliur juga makan la nasi dengan dua ekor ikan kembong bakar yang mana saya terpaksa tunggu tuan kedai duk masak kat belakang tu
Kami di Padang besar sehingga pukul 1.30 pm , lepas tu terus kemajlis perkahwinan anak Sjn Ruslim . Meriah sungguh kenduri Sjn Ruslim hari tu, dengar cerita ramai kawan-kawan yang bertambah ambil nasi kawah dengan korma daging tu termasuk la saya sekali. Terima kasih la kepada tuan rumah.
On the way balik kami singgah di Pekan Rabu beli ikan pekasam dan dodol. Makan malam saya di R&R Sg Perak makan nasi kari itik la apa lagi.
Akhirnya pukul 2 pagi 13 Disember 09 baru saya jejak kaki kat rumah di Kl.

Games


05 Disember 2009 kerana dah berjanji pukul 7.30 pagi saya bergegas ke Komplek Sukan Kg Pandan. Masa saya sampai Mahadir dah siap Warm up didalam gelanggang. Ramai juga peserta yang akan mengambil bahagian dalam kejohanan petanque terbuka Kuala Lumpur dah ada kat sana.



Yuran untuk menyertai pertandingan bagi satu pasukan double adalah Rm 70 . Kata Pak Tam yang bertugas sebagai AJK Teknikal yuran mahal sikit sebab penganjur bagi baju T untuk setiap peserta. Tak apa la Pak Tam asal dapat lepas gian baling bola petanque tu sudah la...

Saya masuk gelanggang dalam keadaan tidak selesa kerana tapak kasut saya dah hampir tertanggal. Masa saya nak datang tadi kasut saya tu masih Ok , betul-betul buat masaalah la...
Permainan saya dengan Mahadir hari ni betul-betul tak menjadi , kami tewas dua game diperingkat kumpulan dan tersingkir dari pertandingan. Yang sakit hati tu tewas kepada pemain tak terkenal langsung , perempuan pulak tu.

Sebenarnya saya dengan Mahadir dah beberapa kali berpasangan dalam beberapa kejohanan Petanque. Malahan kami berdua pernah berjaya keseparuh akhir semasa menyertai kejohanan Petanque terbuka Perlis anjuran Felda Rimba Mas beberapa tahun lepas.

Walau bagaimana pun kenangan paling manis saya dalam permainan petanque ialah apabila menjadi Naib Johan Triple Veteran Lelaki Kejohanan Petanque MAKSAK Malaysia 2008 di Kuala Kangsar. Dalam pertandingan tersebut saya berganding dengan Pak Tam dan Azmi Othman. Bukan nak bangga cuma nak cerita ja ni...
Lepas ni ada satu lagi kejohanan Petanque yang akan berlangsung diKuala Selangor pada 18-19 Disember 2008. Kejohanan ini menawarkan hadiah Rm 3000.00 untuk tempat pertama kategori double lelaki. Malangnya saya tak dapat menyertai kejohanan ini kerana mantan bos saya yang dah bersara jemput makan kenduri perkahwinan anaknya di Setiawangsa. Patner saya pulak balik kampong di Perak kerana isterinya Nazneen mengidam nak makan mee udang Kuala Sepetang.

Friday, December 4, 2009

Mak Ngah DJ


29 November 2009 Dengan izin Allah rancangan untuk menunaikan jemputan Mak Ngah Satirah kemajlis perkahwinan anaknya terlaksana. Seperti dijanji saudara Ahmad Md Saman , tepat waktunya menjemput saya dan Mohd Tamin. Lebih kurang pukul 3.50 petang kami berlepas kerumah Mak Ngah Satirah menaiki kereta pacuan empat roda saudara Ahmad.

Dengan sedikit panduan kami dengan mudah mencari rumah Mak Ngah Satirah di Taman Sawa, Alor Star. Tak sangka pulak saya yang saudara Mazlee , Kamal dan Mazlan yang bertolak dari Butterworth dah sampai dulu rupanya. Hebat betul la mereka ni..

Sesuatu yang istimewa pertemuan sahabat-sahabat SMJ kali ini yang dapat saya rasakan ialah keramahan dan kemesraan dikalangan mereka-mereka yang hadir. Dah boleh berbual dan bergurau tanpa rasa kekok lagi. Istimewanya perjumpaan kali ini juga, saya berpeluang berjumpa dengan beberapa orang sahabat karib yang dah lebih 30 tahun tak jumpa seperti saudara Rashidi, Fadhil, Rosdi dan Che Man serta beberapa orang sahabat lagi .

Seronok berbual tak sedar rupanya waktu asar dah dipenghujung , akhirnya kami saling bersalam salaman sambil mengatur langkah ke kenderaan masing-masing, mengakhiri pertemuan istimewa ini . Harapan dan doa kami mudah-mudahan dengan izin Allah kami akan dipertemukan lagi diperjumpaan seterusnya.

Sambil melangkah kekereta Saudara Mohd Tamin berkata pada Ahmad Md Saman “kenapa duk panggil Mak Ngah kat Satirah tu, dia tu sebaya dengan kita. Macam dia tua dari kita pulak”. Kata saudara Ahmad Md Saman “ Ta pa la tu nama glamour dia dari sekolah dulu”.

Kat rumah pula bila saya bagi tau mak Usu dan Mak saya yang saya pergi makan kenduri dirumah Mak Ngah Satirah DJ Radio , mereka terus kata “ Satirah anak Latif tu ka , Mak dia dulu tu sama-sama duk “menanam” padi dengan kami” . Rupanya mereka bukan setakat tau siapa Satirah tu , mak bapak dia pun mereka kenai la.

Wednesday, December 2, 2009

Raya Korban 1430

27 Nov 2009 @ 10 Dzulhijjah 1430 Mandi sunat aidil adha dengan semangat sekali siap dengan setimba air dicampur 3 biji limau nipis, bukannya apa cuma seronok bau limau nipis tu. Lepas tu bergegas ke Masjid Bukit Aman dengan anak yang bungsu Ahmad Syahir untuk sama-sama solat jamaah aidil adha . Mulanya ingat nak bersama sahabat melapah lembu korban kat Masjid tu , tapi kerana majlis korban bermula jam 10.00 pagi dan saya pulak rancang nak balik beraya kat rumah Mak di Kedah, lepas jamu selera nasi himpit dan lemang terus balik rumah.

Dua anak lelaki saya yang dah merancang nak beraya dengan rakan-rakan menolak pelawaan saya untuk balik keKedah. Anak saya yang sulung bersama suami dan anak2 dah berlepas ke Utara semalam. Lebih kurang pukul 11.45 pagi 27 Nov 2009 saya, Umi Yati bersama tiga anak Jaja , Intan dan Syahir berlepas dari K.L ke Kedah. Masa dalam perjalanan sampai kat Kuala Kangsar atas permintaan anak2 saya belikan durian , murah pulak harga durian kat perak ni. Lepas tu Umi Yati ajak makan Mee Udang kat Kuala Sepetang , malangnya sepanjang jalan ke Kuala Sepetang tak ada sebuah pun kedai mee udang yang dibuka… hampa sungguh.

Masa saya sampai kat Butterworth adik saya Syadah call suruh saya singgah kat rumahnya di Bedung. Masa singgah Kat rumah Syadah , dapat pulak saya jumpa abang saya Mokhtar bersama keluarganya yang dalam perjalanan balik ke Kulim selepas beraya di rumah Mak di Jitra. Sedap makan nasi beriani kat rumah adik saya tu, ramai juga sanak saudara adik ipar yang beraya kat situ.

Pukul 11.00 malam baru sampai kat rumah mak di Jitra. Adik-Adik saya Mahadir , Man dan Yat dengan keluarga mereka dah sampai dulu. Malam tu tidur bersilang kepala la saya dengan adik beradik kerana rumah mak saya dalam proses ubah suai.

Ingat balik nak beraya tapi esok paginya Mahadir dah ajak saya dengan Man pi bersih kebun kat Pokok Sena. Lepas tu kami pergi rumah Syarif Lobo , Mahadir nak sembelih kambing untuk makan malam ahli-ahli keluarga yang balik beraya kat rumah mak. Akhirnya malam tu dapat la kami makan sekenyang-kenyangnya seekor kambing biri-biri, itu pun dah tengah malam baru siap masak. Terima kasih kepada ayah Syarif Lobo yang tolong uruskan pembelian kambing tu.. murah sangat la.

Sebelum tu saya dengan sahabat saya Mat Tamin dan Ibnu Saman makan char kuey teow sambil bual-bual kosong kat depan Yawata Bandar Darulaman. Yang saya perasan malam tu mulanya, agak saya la ... Mat Tamin dan Mat Saman tu masing2 tak cam satu sama lain.

Planning seterusnya esok 29 November 09 kami bertiga nak pi menunaikan jemputan Mak Ngah Satirah kemajlis perkahwinan anaknya di Taman Sawa, Alor Star. Semua kawan-kawan SMJ akan berkumpul disana jam 4.00 pm … jumpa kawan lama lagi la..

Tuesday, November 24, 2009

Jubli Perak Skuad 4/79

17 Nov 2009 Program Perjumpaan Jubli Perak Skuad 4/79 di Park Royal Kuala Lumpur akhirnya terlaksana. Sekitar jam 4.00 petang saya bersama kumpulan petugas yang terdiri dari 10 orang “awek cun” termasuk Kak Ros dengan dibantu oleh Pm OB dan abang Salmee dah berada di Ballroom untuk persiapan dan taklimat tugas.

Yang lucunya salah seorang ahli skuad telah sponsor beberapa kotak rempah keluaran adabi . Fikir punya fakir mcm mana nak packing, Supt Rosli (S/usaha) hulur Rm 20 kepada Eliza suruh pergi beli beg kertas yang kecil 100 keping , katanya kepada Eliza “kalau tak cukup tambah dulu duit sendiri” . Tak patut betul la.. orang tu datang nak menolong tapi dibebankan pulak dengan masaalah. Nasib baik Eliza tu ada idea yang lebih hebat untuk selesaikan masaalah tersebut. Dengan bermodal Rm 20 tu saja masaalah nak packing bahan-bahan tu selesai.

Pukul 8,00 malam ahli-ahli skuad yang datang solo dan berpasangan dah mula sampai , riuh rendah kat ballroom kerana ada antara ahli-ahli tu terlalu gairah dapat bertemu sahabat lama. Maklumlah ada yang berpisah lepas “passing out” 30 tahun lalu terus tak bersua muka.

Kerana tak mau masa yang singkat tu sia-sia walau seminit, maka terpaksa la para isteri dipisahkan sementara ke meja berasingan khas untuk kaum ibu. Bukannya tak sayang isteri , cuma nak manafatkan masa 4 jam tu bersama-sama rakan-rakan yang dah 30 tahun berpisah saja.

Ramai juga ahli-ahli skuad yang dah berhenti dan bersara yang hadir. Kami sama-sama sedekahkan fatihah kepada rakan-rakan muslim skuad 4/79 yang dah kembali kerahmatullah dan bertafakur sejenak mengingati rakan-rakan bukan muslim yang telah meninggal.

Kemeriahan majlis malam tu sukar nak digambarkan , ramai rakan-rakan dari Sabah dan Sarawak yang dapat menghadirkan diri, Che Mahazan yang lebih dikenali dikalangan skuadmate dengan gelaran Bayan bersama anaknya Nana DJ radio Era menghidupkan suasana majlis dengan telatah mereka yang mencuit hati. Lelongan majalah yang diterbitkan oleh pelatih Inspektor Skuad 4/79 yang dah berusia 30 tahun habis terjual dengan tawaran harga antara RM 200 - RM 300. Syabas kepada Bayan dan anaknya Nana yang berjaya menyempurnakan lelongan tersebut.

Ramai juga yang nak bergambar kenangan dengan Nana termasuk Kak Ros yang akan muncul dimana saja Nana berada untuk bergambar.

Pukul 1200 tengah malam selepas menggemakan ballroom Hotel Park Royal dengan lagu Polis Sedia Berkhidmat. kami berpisah semula membawa haluan masing-masing dengan seribu kenangan manis yang tak mungkin padam dari ingatan.