Monday, April 27, 2009

Alpa Dan Leka

Kadang-kadang kita alpa
Fail berlambak diatas meja
Kadang-kadang kita terleka
Fail ada kerja tak ada

Kadang-kadang kita alpa
Arahan ditulis dikertas saja
Kadang-kadang kita terleka
Arahan diambil sambil lewa

Kadang-kadang kita alpa
Kerja banyak menunggu kita
Kadang-kadang kita terleka
Kerja melepas batuk ditangga

Kadang-kadang kita alpa
Kerja dibuat sambil lewa
Kadang-kadang kita terleka
Kerja dibuat tak kena cara

Kadang-kadang kita alpa
Kerja dibuat ikut suka
Kadang-kadang kita terleka
Kerja dibuat jadi bahan ketawa

Kadang-kadang kita alpa
Kerja asyik marah-marah saja
Kadang-kadang kita terleka
Kerja asyik salahkan orang saja

Kadang-kadang kita alpa
Terlupa siapa diri kita
Kadang-kadang kita terleka
Terlupa allah itu maha kaya

CheAzmibidin @
26 April 2009

Sunday, April 26, 2009

Climex

22 April 2009 jam 8.00 pm Majlis perasmian penutup bagi acara sukan Tenpin Bowling dan Petanque diadakan di Dewan Banquet Maktab Polis Di Raja Malaysia Cheras. IGP Tan Seri Musa Hassan sendiri hadir untuk menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang Piala KPN.

Yang membanggakan Tuan Ali ialah ramai VVIP turut hadir antaranya DIG Tan Seri Ismail Omar , Pengarah-Pengarah seperti Dato Seri Bakri Mohd Zinin, Dato Koh Hong San, Dato Razak Bokhari, Dato Fauzi Harun. Ketua Polis Selangor Dato Khalid Ahmad dan Komander Bde Tengah Dato Rosli Mohd Nizam serta Dato Benjamin Hasbi Ketua Urusetia KPN (Penyelidik/Pembangunan) juga turut hadir.

Lain-lain pegawai kanan khasnya staf maktab pun ramai juga yang hadir, tetamu dari lain-lain kontinjen yang mengambil bahagian dalam kejohanan ni jangan kira lah , datang sampai tak cukup tempat duduk. Kelam kabut juga Datin Aina mencari meja dan kerusi tambahan. Kesihan juga saya kepada kawan-kawan pemain petanque dan bowling yang terpaksa makan diluar dewan. Maafkan kami tau .. lain tahun kami buat didewan yang lebih besar lagi.

Malam tu IGP , DIG dan Pengarah Pengurusan begitu sporting menunaikan permintaan untuk mendendangkan lagu-lagu merdu diiringi tarian poco-poco oleh semua VVIP dan jemputan memenuhi ruang tarian.

Semua orang nampak happy malam tu termasuk Mak Leha dan Tuan Ali . Bos kami Tuan Ali bukan main bergaya lagi, sampai dua kali pergi bersalam dengan DIG ambil hadiah. Saya perasan muka Tuan Ali nampak begitu ceria sekali, macam orang dah selesai bayar hutang Along.

Sm Mail malam tu pun macam biasa juga , ada suara-suara mengatakan Sm Mail dah buat kerja Fardhu kifayah. Sm Mail tanpa diarah , tapi saya tahu dengan sucihati dan ikhlas dengan nyaring memberi kata perintah “Kumpulan Sedia” sebaik sahaja IGP melangkah masuk kedalam dewan untuk memulakan upacara.

Sebelum majlis selesai Tuan Ali awal-awal bagi tau Sm Mail , katanya macam ni “ Waktu IGP nak balik nanti tak payahlah bagi kumpulan sedia”. Dalam hati saya berkata “ Agaknya Tuan Ali takut Sm Mail bertambah-tambah lagi pahalanya atau mungkin juga Tuan Ali takut Sm Mail akan bagi kumpulan sedia ½ jam sebelum IGP sepatutnya beredar”.

Komen saya : Malam tu saya nampak Zuliawaty pakai seluar hitam dan berbaju putih. Yang saya peliknya masa kat pejabat dia ada tanya saya “ Tuan, malam ni wanita nak pakai baju apa?” saya kata “ Wanita pakai baju kurung atau kebaya la” Zulia hanya mengangguk tanda setuju. Apa-Apa pun ok la …asal jangan tak pakai baju sudah la.

Kepada Urusetia dan pembawa pelekat yang bertindak sebagai penyambut tetamu malam tu ,tahniah la kerana dah berjaya melaksanakan tugas dengan begitu berjaya . Yang asyik latah tu pun dapat control latahnya. Nak tau apa kata Tuan Ali kat saya “ Harap-harap yang latah tu, jangan pula melatah bila bersalam dengan IGP kecoh jadinya”.

Peking Duck

Saya sebenarnya tak kenal dan tak tahu siapa sebenarnya Beraghost kawan Sm Mail ni.
Saya suka Beraghost kerana dia dah buat kami pecah perut dengan cerita “ Peking Duck”.
Katanya ada seorang pelancung Malaysia yang ketika itu melancung ke Negeri China telah pergi kesebuah restoran di Peking. Pelancung ni berhasrat nak makan itik Peking . Bila berada didalam restoran si pelancung pun order la makanan. Lebih kurang macam ni lah perbualan antara pelancung dengan tukang masak restoran tersebut …

Pelancung bersuara “ Saya mau makan satu ekor “Peking Duck” . Lu angkat mari satu ekor baik punya duck “.

Si tukang masak pun berlari kedapur dan bawakan seekor “duck” yang dah siap dimasak dan diletak diatas meja depan pelancung.

Tukang masak dengan mulut manis berkata “ Ini baik punya “ Peking Duck “ encik boleh cuba"
Si Pelancung dengan menggunakan jari telunjuknya terus cucuk kebuntut duck tersebut dan menciumnya. Dengan marah si pelancung berkata kepada tukang masak “ Lu tipu ini duck bukan “Peking duck” , ini Bangkok mari punya. Saya mau “Peking duck”.

Tanpa berlengah tukang masak berlari kedapur dan kembali semula kemeja pelancung dengan membawa seekor lagi “duck” dan berkata “ Ini duck Peking mari punya“
Si pelancung melakukan perkara yang serupa iaitu mencucuk jarinya kebuntut duck tersebut dan menciumnya.

Sekali lagi pelancung itu marah kepada tukang masak dan meninggikan suara “ Haiya lu lagi mau tipu sama saya, ini bukan “Peking duck” , ini Hongkong mari punya. Saya mau original “Peking Duck” lu ada ka tarak?. “

Tukang masak masuk semula kedapur dan berlari keluar membawa seekor lagi “duck” dan diletak didepan pelancung.
Pelancung sekali lagi mencucuk jarinya kebuntut “duck” dan menciumnya.
Dengan muka yang manis dan gembira pelancung berkata “ Ha ! ini baru betul-betul punya “Peking duck”.

Si tukang masak yang bangang tu terus berkata “ Haiya encik lu banyak pandai la, apa macam lu tau ini original “Peking Duck”.

Pelancung dengan tersenyum berkata “ Haiya itu banyak senang loo..., Lu cucuk lu punya buntut Lu cium la”

Pesan saya : Jangan jadi mangsa kepada orang yang lagaknya macam pakar, kerana penipu dan pembelit ada dimana-mana …Silap hari bulan kita ditipunya hidup-hidup.

Thursday, April 23, 2009

Juara


22 April 2009 Majlis Penyampaian hadiah bagi pemenang acara petanque dan bowling diadakan di Cosmix Bowl Mid Velly. ACP Anuar bin Othman Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) telah menyampaikan hadiah-hadiah. Bagi acara Petanque Kontinjen Bukit Aman telah menjuarai acara berpasukan Lelaki mengalahkan Pasukan Bde Tengah . Pasukan Bde Tengah hanya mampu menjadi juara pasukan Wanita selepas mengalahkan Pasukan Kontinjen Johor. N. Sembilan mendapat tempat ketiga bagi berpasukan Lelaki manakala tempat ketiga berpasukan wanita dimenangi oleh Pasukan Pulau Pinang.

Lepas majlis penyampaian hadiah saya , Tuan Ali , Insp Mizad , Sm Mail dan Arif berlepas balik keBukit Aman. On the Way balik Tuan Ali kata " Ni dah tengahari , kita pi makan nasi ayam kampung la , kalau Sm Mail bayar makan nanti boleh kira kesalahannya dimaafkan lah".

Lepas pekena nasi kami semua berbual-bual dengan rakan lama Sm Mail yang dikenali sebagai Beraghost. Macam-macam cerita lucu kisah pemain judi disampaikan oleh Beraghost termasuk kisah pegawai trafik tertinggal turban tersangkut dipagar semasa lari ketika Ketua Trafik buat pemeriksaan ditempat mereka bermain judi.

Mungkin kerana nak tebus kesalahannya Sm Mail belanja kami makan hari tu. Tapi Tuan Ali ada beritahu saya belanja makan hari tu tak kira kerana Sm Mail tak bayar tunai , hanya masuk akaun. Kata Tuan Ali lagi " Kesalahan hanya boleh dimaafkan hanya kalau bayar tunai , masuk akaun tak boleh kira" Dalam hati saya berkata nampaknya adalah chance makan nasi ayam kampong free lagi, kalau boleh biarlah Sm Mail masuk akaun lagi. Jangan marah...

Wednesday, April 22, 2009

Suka , Duka dan Saka

19 April 2009 telah diatur program pendaftaran dan mesyuarat pengurus-pengurus pasukan petanque dan bowling di Bde Tengah PGA, Cheras. Saya hadir bersama-sama Tuan Ali lebih kurang jam 3.00 pm. Mesyuarat berlangsung dari jam 4.00 pm hingga 5.00 pm dan diikuti dengan majlis raptai penuh.

Seronok la juga tengok aksi Sm Mail yang berusaha bersungguh-sungguh mempamirkan kegagahannya. Abang Akob kami ada buat rakaman Video untuk dipamerkan kepada mereka-mereka yang berminat. Gambar-gambar pun ada....

Kata Tuan Ali kepada saya "Meriah betul" . Tuan Ali seronok tengok anak buahnya Alwi, Gobi, Syarif Dol, Fazli, Nizam, Salmi dan semua gadis-gadis manis yang mengiringi mereka bertungkus lumus buat kerja. Macam ni la best...

Yang mencemaskan Tuan Ali semasa raptai tak ada langsung AJK Induk termasuk penyambut tetamu dan juruacara yang dilantik CI Saiful. Semua AJK yang sepatutnya hadir tak tunjuk muka tanpa khabar dan alasan. Nasib baik ada seorang anggota wanita nama pendeknya Rini boleh ambil alih jadi juruacara .
Lepas raptai saya bersama Tuan Ali , Arif , Umi Yatie dan Putri Rini juruacara dari Bde Tengah pergi menjamu selera di Gerai Sengkuang. Sedap la juga makannya…..

On the way balik kepejabat saya perhatikan Tuan Ali yang cool tu dah jadi hot kerana tak puashati AJK tak ambil berat pasal raptai. Kata Tuan Ali “ Lagi tak selesai majlis ni , saya tak boleh tidor lena, risau kena belasah dengan Mak Leha”.

20 April 2009 saya dengan Tuan Ali seawal jam 7.00 am dah terpacak kat gelanggang petanque sambil berdoa agar majlis perasmian akan berjalan lancar dan teratur. Saya dan Tuan Ali saling memeriksa apa-apa keperluan yang belum diatur dengan sempurna.

Jam 7.35 am saya minta Sm Ismail supaya mengarahkan peserta berkumpul ditempat permulaan supaya penyusunan kedududkan kontinjen berjalan lancar. Bila semua peserta dah berkumpul saya pergi kePentas utama untuk bersama-sama Tuan Ali bagi urusan menyambut ketibaan tetamu .

Masa saya dan Tuan Ali berbual-bual sambil menunggu tetamu, tiba-tiba terdengar suara nyaring Sm Mail mengarahkan peserta bersedia dan terus bergerak kehadapan dengan iringan muzik tanda upacara mengambil tempat oleh peserta telah bermula. Tuan Ali yang terkejut dengan tindakan Sm Mail terus berkata kepada saya “ Kalau ikut program 8.15 am baru peserta bergerak kenapa pukul 8.00 dah bergerak? “

Saya pergi mendapatkan Pak Tam dan tanya “ kenapa cepat sangat ambil tempat , jemputan belum datang lagi” Pak Tam terus jawab “ Saya tak tau , Sm Mail yang suruh bergerak”. Saya tengok Sm Mail buat muka selamba saja.

Saya balik semula kepada Tuan Ali dan beritahu perkara yang berlaku. Saya cuba nak buat kelakar “ kita nak suruh patah balik ke tuan?” Tuan Ali cepat kata “ Mana boleh patah balik , nampak cacat la”.Saya pun menambah “ kalau macam tu kita biar saja la sampai Komander sampai”.kata Tuan Ali “Nak buat macam mana lagi, tunggu saja la. Sm Mail ni tak tau atur cara ka”

Saya dan Tuan Ali kesihan kepada peserta yang terpaksa berdiri ditengah panas. “Nampaknya Mail orang besi ni buat hal lagi, kena ambil tindakan ni”. Saya bagitau Tuan Ali “ Yang bagi arahan tu bukan Sm Mail tapi saka dia, sebab Sm Mail tu ada saka” .

Alhamdulillah majlis selepas tu telah berjalan dengan lancar dan mendapat kepujian daripada Komander SAC II Dato Rosli bin Mohd Nizam. Meriah juga majlis perasmiannya. Kalau tak caya tengok gambar-gambar yang saya muatkan ni… Kalau nak tengok dengan jelas lagi boleh tempah Video CD dengan Abang Akob .

Sayangnya gambar-gambar jelitawan Kem Komandan khasnya Farah , Asni, Nazneen dan Zuliawaty tak ada kerana mereka berada di Cosmix Bowl, Mid-Velly tempat yang lebih prestij. Yang tercongok kat gelenggang petanque hanya lah si Harida yang berbadan dua tu.. Itu pun kerana dia nak memantau pergerakan abang Lan nya. Sorry ya.. ya ..

Kembali kepada kisah Sm Mail selepas sahaja upacara perasmian tamat , saya tak perasan sangat kelibatnya . sekali saya terserempak dengannya dekat khemah urusetia dia terus tanya saya “ Majlis tadi Ok ka tuan?” Saya pun kata “ Majlis Ok tak ada komen tapi Tuan Ali kata kenapa gerak ambil tempat cepat sangat, Cik Mail tak tau jadual dia ka?” Sm Mail kata “ Saya tau jadual, tapi saya geram kepada peserta yang tak dengar cakap bila saya suruh berbaris, saya bagi jalan la , biar depa berdiri tengah panas”

Lepas tu saya tak nampak lagi kelibat Sm Mail . Tuan Ali pun tertanya-tanya mengapa Sm Mail cuba menjauhkan diri darinya . Saya kata “ Sm Mail tu takut Tuan belasah dia la tu” Tuan Ali kata “ Ya la kenapa dia tak tanya saya dulu masa nak bagi arahan bergerak tu, ½ jam peserta kena berdiri tengah panas. Ini kena ambil tindakan ni” . Nasib la Cik Mail saya tak batu api apa pun.

Ini pesan saya untuk Sm Mail

Kalau minat nak jadi khadi
Jangan kawan kaki kelentong
Kalau minat nak main hoki
Jangan berlari dipadang petong
Kalau masih nak kawan Tuan Ali
Beli la roti manis barang setong

Sunday, April 19, 2009

Petanque Piala KPN 2009

Kisah semalam belum lagi selesai tiba-tiba pagi ini 17 April 2009 saya dikejutkan lagi oleh berita mengatakan SI Harun Hassan jurulatih pasukan petanque Bukit Aman dimasuk hospital. Kata Fitri yang menalipon saya “ SI Harun masuk hospital Ampang Putri semalam x c den” saya yang tak sabar terus tanya “ teruk ka , x c den dengan apa? Kata Fitri “ X c den jatuh motosikal, jari tangan patah, tapi hari ni mungkin keluar hospital dan petang nanti dia kata nak datang gelanggang petanque” .

Dalam hati saya mengagak tentulah cedera ringan saja. “Kalau macam tu petang nanti saya jumpa digelanggang la, kerana saya pun ada urusan di Bde Tengah”. Saya pun sememangnya nak juga bertemu dengan pemain petanque Bukit Aman . Kepada rakan-rakan petanque Bukit Aman maaf la ya kerana pengurus ni tak dapat nak turun padang melihat sessi latihan.

Sebelah petang saya dan Tuan Ali selepas berkunjung ke pejabat Ajutan Bde Tengah , kami berdua mengambil peluang bertemu dan bertanya khabar dengan pemain-pemain petanque pasukan Bukit Aman. Alhamdulillah la nampaknya pasukan kita dah benar-benar bersedia . Kata Sjn Nan “SI Hj Tahir berada di top ranking. Sekarang”.

Sedihnya petang tu saya dan Tuan Ali tak dapat bertemu dengan SI Harun kerana katanya masih berada dihospital. Walau bagaimana pun tak pa la kerana Penolong jurulatih Fitri masih tegak berdiri menjadi tulang belakang pasukan Bukit Aman. Khabarnya dia ada sponsor sehelai baju untuk pasukan petanque Bukit Aman. Jangan lupa untuk saya dan Tuan Ali sudah . Mudah saja nak ingat Tuan Ali – XXXL untuk saya - XL sudah kira Ok.

Kepada semua pemain petanque Bukit Aman tahun 2009 kami semua mendoakan kejayaan anda. “ SELAMAT BERJUANG ‘.

Saya Cuma nak kata “ Pertahankan Piala Pusinngan Johan keseluruhan Petanque Piala KPN 2007 yang dipegang oleh Team kita dua tahun lalu”.

Barisan Pasukan Petanque Bukit Aman bagi tahun 2009

Ketua Kontinjen : SUPT Ali bin Ahmad
Pengurus : ASP Che Azmi bin Bidin
Juru Latih : SI Harun bin Hassan
Pen. Juru Latih : WPC Norfitrema bt Ghazali

Pasukan Lelaki : CI Kamaruzaman bin Endut
: SI Hj Tahir bin Abd Malek
: D/SJN Adnan bin Abdul Aziz
: KPL Nordin bin Sharip
: L/KPL Zainuddin bin Jamil
: PC Shamsul Azlan bin Samsudin
: PC Mohd Hafis bin Jamalulail

Pasukan Wanita : PF Shopiah bt Idris
: PF Hamidah bt Ismail
: PF Fazilah bt Naziri
: PF Farahiyah bt Sampul
: WPC Shazleen bt Sharif
: WPC Wan Sayfaa bt Wan Yaakob
: WPC Nor Afizan bt Azmi

Thursday, April 16, 2009

Cobaan Dan Dugaan

15 April 2009 saya tersentak bila mendapat berita Min jatuh m/sikal masa menguruskan insuran untuk kanak-kanak Tabika Kemas Bukit Aman. Kata Asni Min hanya cedera ringan ditangan dan pinggang . Menurutnya lagi m/sikal yang ditunggang oleh Min telah terlanggar sedikit dengan sebuah kereta kancil.

Untuk memudahkan tuntutan insuran dan bagi mengelakan tuntutan yang bukan-bukan dari pemandu kereta kancil , saya mengesyorkan supaya Min membuat lapuran polis. Bagi saya apa guna kenderaan kita dilindungi insuran kalau dalam keadaan susah tidak dapat membantu. Saya call sahabat saya Tuan Zainal untuk membantu Min semasa membuat lapuran kemalangan. Tapi saya tidak tahu Min buat lapuran atau tidak, kerana masa tu dia berada dihospital untuk x-ray. Harap-harap dia tidak alami kecederaan dalaman.

Saya juga dapat makluman yang ASP Saw juga kemalangan jalan raya pada 14 April 2009 dan dimasukan ke HUKM. Khabar yang disampaikan oleh isterinya mengatakan Tuan Saw mengalami patah tangan kiri dan dirawat diwad 5 katil 7 HUKM.

Oleh kerana hari ini Tuan Ali yang menerima jemputan majlis perpisahan bekas menteri dalam negeri di Sunway , jam 5.00 pm Tuan Ali terus balik kerumah. Saya pun ambil kesempatan nak balik awal sikit, jam 6.00 pm saya keluar dari pejabat. Masa sampai di Pintu A saya berjumpa Alwi dan Syarif baru balik dari membeli makanan burung. Khabarnya mereka baru saya terlanggar sebuah kereta tapi tak jatuh cuma No. plate m/sikal saja yang patah. Mungkin kerana nak bersyukur atas rahmat allah mereka berdua ajak saya ke cafeteria Mes untuk makan-makan. Saya yang memang tengah lapar susah nak tolak pelawaan tersebut.

Syarif order kuhteow sup ayam tapi yang datang kuehteow sup daging terpaksa la bungkus kuehteow daging dan order semula kuehteoow ayam. Saya hanya makan nasi putih , sup sayur dan telur dadar manakala Alwi hanya tukar sup sayur kepada sup Tomyam.

Tepat jam 7.00 pm masa tengah makan saya terima call daripada Kak Ros yang dengan pilu dan sedih beritahu rumahnya kena pecah . Kak Ros dan suaminya berada di Balai Polis Kajang untuk buat lapuran . Kata Kak Ros bukan setakat barang kemas yang dicuri , kereta Myvi nya juga dikebas, mungkin pencuri telah terjumpa spare key dalam laci dirumahnya. Katanya lagi tiga rumah jirannya juga dimasuki pencuri. Sabar la kak Ros kami semua amat sedih dan simpati dengan Kak Ros. Doa kami agar pencuri-pencuri tu ditangkap dan Kak Ros dapat balik barang kemas dan kereta yang dicuri.

Kerana waktu dah magrib masa nak balik rumah, saya singgah solat di Masjid Bukit Aman. Dapat jumpa Hj Tahir tanya khabar persiapan pasukan petanque Bukit Aman untuk pertandinngan Piala KPN pada 20 - 22 April 2009. Kata Hj Tahir persiapan ok berjalan lancar cuma duit bantuan dari tabung TKSS belum dapat lagi. Saya kata " sabar dulu la aji kerana Dato belum lulus peruntukan, saya akan bincang dengan SI Ismail".

Mengejutkan lagi bila saya datang pejabat pada 16 April 2009 CC beritahu Tuan Ali maklum dia terlewat sikit kepejabat kerana anaknya kemalangan masa hendak kesekolah. Menurut ceritanya anak Tuan Ali yang menunggang m/sikal baru telah dilanggar oleh kereta. Tapi katanya kecederaannya tak teruk sangat. Saya tunggu cerita lanjut Tuan Ali mengenai kemalangan yang menimpa anaknya dalam blog "coolman".

Tuhan menduga kita. Ayah saya pernah berkata " Anak ku , Allah sentiasa menduga kita dengan bermacam-macam cobaan dan dugaan untuk mempertingkatkan keimanan kita. Cobaan dan Dugaan sebenarnya terdapat hikmah disebaliknya". Sama-samalah kita bersabar dan mencari hikmahnya kejadian yang berlaku. Allah hu Akbar! Allah hu Akbar! Allah hu Akbar! Ya dzal jala liwal ikram.

Monday, April 13, 2009

Panggilan Pulau

9 April 2009 saya kembali bertugas di pejabat selepas dua minggu berehat dihospital dan dirumah. Sebenarnya pada hari sabtu dan isnin lalu saya hadir juga dipejabat tapi kerana masih cuti sakit saya hanya buat kerja yang penting saja.

Alwi sipengantin baru pun dah memulakan tugasnya. Khabarnya Alwi berbulan madu disebuah pulau diSarawak. Bila saya tanya “ Seronok ka Alwi berbulan madu diSarawak?” Alwi dengan wajah berseri berkata “Tak pi mana pun, duduk pulau tuan, sampai rambut naik kembang “ . Saya kata “seronok la duduk pulau tak ada orang kacau”. Alwi senyum meleret-leret……tapi sedih ya , masa balik sorang-sorang aja naik kapal terbang terpaksa tinggalkan isteri di Pulau. Kejam betul la awak ni!

Kalau nak diikutkan nasihat orang tua-tua dulu macam tu la Alwi “ Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan “.

Untuk Alwi jangan la risau , ada sorang kawan kita tu si Salmi isterinya pun dah lama ditinggalkan kat kampong, tapi dia nampak ceria saja hari-hari. Mungkin kita terpaksa cemburu dengan Harida yang asyik berkepit dengan Lan sampai ke gelanggang petanque. Hari jumaat ni 10 April 2009 dia berkepit lagi dengan Lan kat Kota Bahru, Kelantan. Masa kat pejabat katanya sakit pinggang tapi boleh pula duduk berjam-jam dalam Van. Jangan bersalin kat Kota Bahru sudah, susah kami nak melawat.

Di pejabat kami juga terasa sedih dengan pertukaran Hanisah yang kini menjawat jawatan Pembantu Tadbir N17 di Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur. Walau apa pun kami warga PDRM Cawangan Kem Komandan merakam ucapan tahniah kepada Anisah yang berjaya menapak selangkah kehadapan didalam kerjayanya. Kami juga merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada khidmatnya sepanjang tempoh bersama dicawangan Kem Komandan.

Bagi saya yang pernah bekerja dengannya selama 12 tahun amat terasa kehilangan kerana beliau merupakan satu-satu staf yang boleh membaca tulisan saya yang macam tulisan doctor tu. Kami juga akan merindui masakan yang sedap-sedap yang selalu dimasak oleh Anis untuk sarapan dan makan tengahari kami.

Serangkap pantun lama untuk Anis.

Tuai padi antara masak
Jangan nanti layu-layuan
Intai kami antara nampak
Jangan nanti rindu-rinduan

Selamat maju jaya ditempat baru.

Thursday, April 9, 2009

Hospital Pakar Al Islam


26 Mac 2009 Saya bercadang nak ke pejabat tetapi seluruh badan saya terasa amat letih dan tidak bermaya. Saya mengambil keputusan untuk mengambil cuti kecemasan sehari lagi.

Menjelang tengah hari sakit perut dan belakang saya membuatkan saya resah. Akhirnya saya mengambil keputusan mengajak Umi Yatie keklinik Aishah untuk mendapatkan rawatan bagi menahan sakit . Doktor yang merawat saya menasihatkan saya supaya mendapatkan rawatan dihospital. Saya meminta doctor berkenaan merujuk saya kehospital Pakar Al Islam Kg Baru untuk rawatan lanjut.

Syauqi yang kebetulan baru balik kerja menghantar saya dan Umi Yatie ke Kg Baru. Saya mendaftar untuk rawatan dan dirujuk kepada Pegawai Perubatan Dr Anita. Selepas mengambil sample darah untuk ujian dan membuat pemeriksaan fizikal saya disyaki mengalami gastric dan hepartitis.

Saya dirujuk kepada Dr Ishak untuk rawatan lanjut dan dinasihatkan untuk tinggal diWad bagi tujuan rawatan dan pemantauan. Saya yang memang dalam keadaan kesakitan hanya bersetuju dan dibawa ke Wad di Tingkat 2 . Saya diberi suntikan dan ubat untuk dimakan mengikut masa yang ditetapkan. Semasa lawatannya malam itu Dr Ishak beritahu esok beliau akan membuat ujian Ultra Sound dan Skop bagi mengesan punca sakit saya.

Umi Yatie keluar dari Wad meninggalkan saya lebih kurang jam 1.00 pagi.27 Mac 2009.

27 Mac 2009 jam 9.30 pagi saya menjalani pemeriksaan Ultra Sound yang dijalankan oleh Dr Sulaiman. Saya gembira kerana Dr Sulaiman kata dari pemeriksaannya keadaan paru-paru dan Liver saya kelihatan Ok. Alhamdulillah.

Pukul 11.00 pagi saya dibawa kedewan bedah untuk menjalani pemeriksaan skop yang dijalankan oleh Dr Ishak sendiri. Umi Yatie hadir sama untuk menyaksikan prosedur yang dilakukan. Saya tidak tahu apa-apa pun yang berlaku kerana sebelum prosedur dijalankan saya telah diberi ubat tidor secukupnya. Bila saya sedar saya sudah berada diatas katil dalam Wad. Dr Ishak ada bekalkan saya sekeping CD menunjukan prosedur yang dijalankan.

Sepanjang tujuh hari terperap di Wad Hospital saya tak lah jemu sangat kerana mendapat kunjungan dari Tuan Ali dan rakan-rakan pejabat. Kepada semua rakan-rakan dicawangan Kem Komandan dan Jabatan Pengurusan yang telah berkunjung melawat saya hanya dapat saya ucapkan terima kasih tak terhingga. Kunjungan anda semua amat saya hargai.

1 April 2009 saya keluar dari Hospital dan diberi cuti sakit sehingga 8 April 2009. Saya dikehendaki membuat ujian darah sekali lagi pada 7 April 2009. Caj rawatan yang dikenakan kepada saya ialah sebanyak RM 5000.80. Saya hanya membayar sebanyak RM 50.80 daripada Caj tersebut kerana bayaran selebihnya ditanggung oleh pihak insuran saya.

Monday, April 6, 2009

Doktor Oh Doktor

24 Mac 2009 saya rasa kesihatan saya agak merosot kerana seluruh badan saya seperti penuh dengan angin. Perut saya senak dengan rasa yang amat tidak selesa. Saya kuatkan diri saya dan pergi bekerja macam biasa. Selepas balik dari kerja saya mula memikirkan yang saya mengalami gastric dan cuba berehat untuk memulihkannya.

Lebih kurang jam 11.30 malam perut saya semakin sakit, rasa sakit mula merebak kebahagian urat belikat kiri dan kanan. Saya mengajak Umi Yatie bersama Syauqi keklinik Seri Indah di Taman Samudera untuk mendapatkan rawatan. Saya diberikan Ubat C.Omilock 20 mg , T.Buscopan 10mgSy Mint(swecon) 100mg dan ubat Chlorphentramine 4mg (selsema/gatal) dan dikenakan bayaran RM 45.00. Saya yang tak sabar menahan sakit cuba bertanya “ Doktor , saya rasa sakit sangat ni, boleh baik ka?” Kata dokter perempuan muda bangsa India yang merawat saya “ Lepas makan ubat ni sakit Pak Cik akan lega bila sampai rumah nanti”. Terima kasih la doctor …

Sampai balik kerumah saya terus tidor sambil menahan kesakitan.

25 Mac 2009 saya ke pejabat naik kereta bersama Syauqi, perut saya memang masih sakit lagi dan saya rasa amat letih. Apabila sampai dipejabat saya dapat merasakan saya tidak mampu untuk bekerja kerana perut dan belakang saya sakit . Saya beritahu Tuan Ali dan memohon untuk bercuti. Tuan Ali tanpa ragu menyuruh saya bercuti .

SM Mail telah menjemput Norzaid kepejabat dan beritahu saya sakit urat belakang. Memandangkan Norzaid dah ada dipejabat saya terus meminta dia mengurut saya untuk hilangkan sakit belakang dan perut. Selesai mengurut saya minta kebenaran Tuan Ali untuk Arif hantar saya balik kerumah.

Kerana sakit perut dan belakang saya semakin menjadi-jadi saya minta Arif hantar saya keklinik Tanglin untuk mendapatkan rawatan terlebih dahulu. Kerana melihat keadaan saya yang menahan kesakitan doctor yang memeriksa saya mengarahkan saya untuk menjalani pemeriksaan ECG terlebih dahulu. Berdasarkan keputusan ECG Doktor kata jantung saya Normal . Saya beritahu doctor semalam saya sudah dapatkan rawatan gastric, Saya sekali lagi diberi rawatan gastric dengan memberi ubat Mist magnesium trisilicate , Ranitidine 150mg dan Hyoscine N-Butylbromide10mg . Kata doctor kalau tak baik juga datang lagi keklinik atau pergi HKL bila-bila masa. Tq la doctor.

Arif terus hantar saya balik kerumah. Masa dalam perjalanan balik saya menggelisah menahan kesakitan. Sampai rumah makan ubat dan terus baring…

Saya betul-betul tak sihat lagi.

Saturday, April 4, 2009

Batu Uban




Perjalanan dari Naka ke Pulau Mutiara agak memakan masa kerana Hanafi terpaksa memperlahankan pergerakan bas di lebuhraya Alor Star ke Gurun, kerana menyedari sebiji tayar bas telah bocor. Nasib baik selepas keluar dari tol Gurun kami terjumpa kedai tayar. Lega apabila tayar yang bocor telah dapat diganti dengan tayar simpanan.

Lebih kurang jam 7.15 pm 21 Mac 09 kami sampai di Pengkalan Pasukan Gerakan Merin PDRM Batu Uban. Sementara menanti Man datang menjemput saya dan Syahir pergi meninjau rumah transit di tingkat dua perumahan anggota Merin. Rumahnya cantik dan menarik siap dengan katil dan tilam. Diruang tamu ada disediakan TV pulak tu ..

Waktu magrib baru Man dan anak-anaknya sampai , “jem” masa dalam perjalanan dari Ayer Itam katanya.. Kami terus beredar dari Pengkalan Merin ke rumah Man, jauh juga la rasanya nak sampai. Rumah yang didiami Man juga rumah untuk anggota Merin, dia tinggal di tingkat 11. Malam itu kami disajikan nasi gulai udang yang dimasak oleh Mona.

Masa rehat-rehat sebelum tidor Asri call saya minta tolong carikan umpan untuk memancing. Saya dan Man berpusing mencari kedai untuk membeli ikan atau udang tetapi tak jumpa, kedai sayur ada la jumpa. Kami terus pergi ke Pengkalan Merin jumpa Asri dan Mahadir.
Atas nasihat anggota Merin kami pergi ke kawasan Seagate untuk menjala anak udang atau ikan . Kerana tidak yakin akan mendapat udang atau ikan Asri dan Mahadir tak jadi menjala. Kata Asri “orang yang dah lama jala tu pun hanya dapat anak ikan dan udang kecik-kecik saja, apa kita nak dapat?”Akhirnya kami ke Tesco mendapatkan udang dan ikan yang tak perlu dijala.
Lepas hantar Asri dan Mahadir balik keJeti Merin saya dan Man terus balik ke Ayer Itam. Kerana terlampau mengantuk saya tertidor dalam kereta hingga sampai rumah Man.

Pukul 9.30 pagi 22 Mac 09 Sm Mail Call saya katanya pukul 10.00 pagi mereka nak keluar ronda-ronda Penang. Belum pun pukul 11.00 pagi Sm Mail call saya lagi katanya dah selesai ronda dan akan tunggu saya di IPK Penang kerana mereka nak beli belah dulu.. Umi yatie pun nak beli dan belah juga , jadi kami pun minta Man hantar kami ke IPK Penang. Sempat la juga saya dan Intan makan roti bakar bertelur bersama Man dan anak-anak dikedai Mamak tak jauh dari IPK Penang. Umi Yatie dan Syahir ke pasaraya membeli belah tak dapat la makan roti bakar bertelur.

Pukul 12.30 kami bertolak dari Penang ke Kuala Lumpur.

Tayar bocor kami tak heran
Roti bakar bertelur pun kami tak heran
Air hitam lagi kami tak heran
Yang kami heran batu beruban