24 Mac 2009 saya rasa kesihatan saya agak merosot kerana seluruh badan saya seperti penuh dengan angin. Perut saya senak dengan rasa yang amat tidak selesa. Saya kuatkan diri saya dan pergi bekerja macam biasa. Selepas balik dari kerja saya mula memikirkan yang saya mengalami gastric dan cuba berehat untuk memulihkannya.
Lebih kurang jam 11.30 malam perut saya semakin sakit, rasa sakit mula merebak kebahagian urat belikat kiri dan kanan. Saya mengajak Umi Yatie bersama Syauqi keklinik Seri Indah di Taman Samudera untuk mendapatkan rawatan. Saya diberikan Ubat C.Omilock 20 mg , T.Buscopan 10mgSy Mint(swecon) 100mg dan ubat Chlorphentramine 4mg (selsema/gatal) dan dikenakan bayaran RM 45.00. Saya yang tak sabar menahan sakit cuba bertanya “ Doktor , saya rasa sakit sangat ni, boleh baik ka?” Kata dokter perempuan muda bangsa India yang merawat saya “ Lepas makan ubat ni sakit Pak Cik akan lega bila sampai rumah nanti”. Terima kasih la doctor …
Sampai balik kerumah saya terus tidor sambil menahan kesakitan.
25 Mac 2009 saya ke pejabat naik kereta bersama Syauqi, perut saya memang masih sakit lagi dan saya rasa amat letih. Apabila sampai dipejabat saya dapat merasakan saya tidak mampu untuk bekerja kerana perut dan belakang saya sakit . Saya beritahu Tuan Ali dan memohon untuk bercuti. Tuan Ali tanpa ragu menyuruh saya bercuti .
SM Mail telah menjemput Norzaid kepejabat dan beritahu saya sakit urat belakang. Memandangkan Norzaid dah ada dipejabat saya terus meminta dia mengurut saya untuk hilangkan sakit belakang dan perut. Selesai mengurut saya minta kebenaran Tuan Ali untuk Arif hantar saya balik kerumah.
Kerana sakit perut dan belakang saya semakin menjadi-jadi saya minta Arif hantar saya keklinik Tanglin untuk mendapatkan rawatan terlebih dahulu. Kerana melihat keadaan saya yang menahan kesakitan doctor yang memeriksa saya mengarahkan saya untuk menjalani pemeriksaan ECG terlebih dahulu. Berdasarkan keputusan ECG Doktor kata jantung saya Normal . Saya beritahu doctor semalam saya sudah dapatkan rawatan gastric, Saya sekali lagi diberi rawatan gastric dengan memberi ubat Mist magnesium trisilicate , Ranitidine 150mg dan Hyoscine N-Butylbromide10mg . Kata doctor kalau tak baik juga datang lagi keklinik atau pergi HKL bila-bila masa. Tq la doctor.
Arif terus hantar saya balik kerumah. Masa dalam perjalanan balik saya menggelisah menahan kesakitan. Sampai rumah makan ubat dan terus baring…
Saya betul-betul tak sihat lagi.
The King, his family and U
1 week ago
No comments:
Post a Comment