Wednesday, April 22, 2009

Suka , Duka dan Saka

19 April 2009 telah diatur program pendaftaran dan mesyuarat pengurus-pengurus pasukan petanque dan bowling di Bde Tengah PGA, Cheras. Saya hadir bersama-sama Tuan Ali lebih kurang jam 3.00 pm. Mesyuarat berlangsung dari jam 4.00 pm hingga 5.00 pm dan diikuti dengan majlis raptai penuh.

Seronok la juga tengok aksi Sm Mail yang berusaha bersungguh-sungguh mempamirkan kegagahannya. Abang Akob kami ada buat rakaman Video untuk dipamerkan kepada mereka-mereka yang berminat. Gambar-gambar pun ada....

Kata Tuan Ali kepada saya "Meriah betul" . Tuan Ali seronok tengok anak buahnya Alwi, Gobi, Syarif Dol, Fazli, Nizam, Salmi dan semua gadis-gadis manis yang mengiringi mereka bertungkus lumus buat kerja. Macam ni la best...

Yang mencemaskan Tuan Ali semasa raptai tak ada langsung AJK Induk termasuk penyambut tetamu dan juruacara yang dilantik CI Saiful. Semua AJK yang sepatutnya hadir tak tunjuk muka tanpa khabar dan alasan. Nasib baik ada seorang anggota wanita nama pendeknya Rini boleh ambil alih jadi juruacara .
Lepas raptai saya bersama Tuan Ali , Arif , Umi Yatie dan Putri Rini juruacara dari Bde Tengah pergi menjamu selera di Gerai Sengkuang. Sedap la juga makannya…..

On the way balik kepejabat saya perhatikan Tuan Ali yang cool tu dah jadi hot kerana tak puashati AJK tak ambil berat pasal raptai. Kata Tuan Ali “ Lagi tak selesai majlis ni , saya tak boleh tidor lena, risau kena belasah dengan Mak Leha”.

20 April 2009 saya dengan Tuan Ali seawal jam 7.00 am dah terpacak kat gelanggang petanque sambil berdoa agar majlis perasmian akan berjalan lancar dan teratur. Saya dan Tuan Ali saling memeriksa apa-apa keperluan yang belum diatur dengan sempurna.

Jam 7.35 am saya minta Sm Ismail supaya mengarahkan peserta berkumpul ditempat permulaan supaya penyusunan kedududkan kontinjen berjalan lancar. Bila semua peserta dah berkumpul saya pergi kePentas utama untuk bersama-sama Tuan Ali bagi urusan menyambut ketibaan tetamu .

Masa saya dan Tuan Ali berbual-bual sambil menunggu tetamu, tiba-tiba terdengar suara nyaring Sm Mail mengarahkan peserta bersedia dan terus bergerak kehadapan dengan iringan muzik tanda upacara mengambil tempat oleh peserta telah bermula. Tuan Ali yang terkejut dengan tindakan Sm Mail terus berkata kepada saya “ Kalau ikut program 8.15 am baru peserta bergerak kenapa pukul 8.00 dah bergerak? “

Saya pergi mendapatkan Pak Tam dan tanya “ kenapa cepat sangat ambil tempat , jemputan belum datang lagi” Pak Tam terus jawab “ Saya tak tau , Sm Mail yang suruh bergerak”. Saya tengok Sm Mail buat muka selamba saja.

Saya balik semula kepada Tuan Ali dan beritahu perkara yang berlaku. Saya cuba nak buat kelakar “ kita nak suruh patah balik ke tuan?” Tuan Ali cepat kata “ Mana boleh patah balik , nampak cacat la”.Saya pun menambah “ kalau macam tu kita biar saja la sampai Komander sampai”.kata Tuan Ali “Nak buat macam mana lagi, tunggu saja la. Sm Mail ni tak tau atur cara ka”

Saya dan Tuan Ali kesihan kepada peserta yang terpaksa berdiri ditengah panas. “Nampaknya Mail orang besi ni buat hal lagi, kena ambil tindakan ni”. Saya bagitau Tuan Ali “ Yang bagi arahan tu bukan Sm Mail tapi saka dia, sebab Sm Mail tu ada saka” .

Alhamdulillah majlis selepas tu telah berjalan dengan lancar dan mendapat kepujian daripada Komander SAC II Dato Rosli bin Mohd Nizam. Meriah juga majlis perasmiannya. Kalau tak caya tengok gambar-gambar yang saya muatkan ni… Kalau nak tengok dengan jelas lagi boleh tempah Video CD dengan Abang Akob .

Sayangnya gambar-gambar jelitawan Kem Komandan khasnya Farah , Asni, Nazneen dan Zuliawaty tak ada kerana mereka berada di Cosmix Bowl, Mid-Velly tempat yang lebih prestij. Yang tercongok kat gelenggang petanque hanya lah si Harida yang berbadan dua tu.. Itu pun kerana dia nak memantau pergerakan abang Lan nya. Sorry ya.. ya ..

Kembali kepada kisah Sm Mail selepas sahaja upacara perasmian tamat , saya tak perasan sangat kelibatnya . sekali saya terserempak dengannya dekat khemah urusetia dia terus tanya saya “ Majlis tadi Ok ka tuan?” Saya pun kata “ Majlis Ok tak ada komen tapi Tuan Ali kata kenapa gerak ambil tempat cepat sangat, Cik Mail tak tau jadual dia ka?” Sm Mail kata “ Saya tau jadual, tapi saya geram kepada peserta yang tak dengar cakap bila saya suruh berbaris, saya bagi jalan la , biar depa berdiri tengah panas”

Lepas tu saya tak nampak lagi kelibat Sm Mail . Tuan Ali pun tertanya-tanya mengapa Sm Mail cuba menjauhkan diri darinya . Saya kata “ Sm Mail tu takut Tuan belasah dia la tu” Tuan Ali kata “ Ya la kenapa dia tak tanya saya dulu masa nak bagi arahan bergerak tu, ½ jam peserta kena berdiri tengah panas. Ini kena ambil tindakan ni” . Nasib la Cik Mail saya tak batu api apa pun.

Ini pesan saya untuk Sm Mail

Kalau minat nak jadi khadi
Jangan kawan kaki kelentong
Kalau minat nak main hoki
Jangan berlari dipadang petong
Kalau masih nak kawan Tuan Ali
Beli la roti manis barang setong

No comments:

Post a Comment