Saturday, July 25, 2009

Beringin Gombak

25 Julai 2009 Bila saya meninjau ke blog ibnu saman saya terbaca komen Mazlee. Seronoknya saya, kerana diistiharkan sebagai pemenang pertama dan cucu saya Tunku Intan Suraya sebagai pemenang kedua terpantas sampai di Dewan Beringin , Gombak.




Saya perturunkan komen saudara Mazlee yang saya petik dari blog Ibnu Saman tu...

Salam kawan dan teman ku....

Terima kasih atas kehadiran pada majlis perkahwinan anak penakan aku siang tadi....
Che Azmi tetamu aku yang pertama sampai bersama sorang cucu yang cukup comey...pas tu dia balik ...pas tu mai lagi tunggu kawan2 lain..Koden bersama isteri Cikgu Musalmah, Mad Mat saman.sampai..Lepas bual2 panjang Koden minta diri kerana masih ada tugas2 lain yang perlu di bereskan.... terima kasih kehadiran tuan bersama isteri...Madud sampai kemudiannya dalam keadaan berpeluh2, letih kelihatannya, terima kasih madud..

Yati dan suami datang bersama dengan Hashim..Aku tgk Hashim dok macam tu gak handsome dan tetap macho..Maklang CT Rokiah sampai sampai 10 minit kemudiannya...
Banyak yang dibualkan dari soal dan cerita sekolah rendah hingga ke menengah sampai le soal kerja..dan berkenaan dengan perjumpaan nanti 7 Ogos di rumah Maklang juga diperbincangkan...

Yati Daud, dari tahun 1973.. ni la baru jumpa.. 2009 tolak 1973... dah lebih kurang 36 tahun tak jumpa, ramah yati tetap mcm tu gak, tak terasa langsung masa bergerak pantas dan Ct Rokiah juga mesra..

Aku ucapkan terima kasih pada yang hadir memeriahkan lagi majlis ini.. pada Harison, Fatimah, Gah dan kawan2 lain yang tak dapat hadir, mungkin kita dapat berjumpa di lain masa, InsyaAllah bila di izinkan nanti....
salam untuk semua teman...

July 25, 2009 5:50 Pm

Saudara Ahmad yang kebetulan nak jemput anaknya yang balik dari UITM di Bas Stand Jalan Pekeliling dan saudara Hashim yang bersamanya singgah la sekejap dirumah saya. Nak jadi cerita buah cempedak yang tumpang kereta saudara Ahmad pun ikut singgah juga tapi masa saudara Ahmad nak balik depa tak mau ikut, malam ni kena goreng la depa. Terima kasih la Mat bawa depa kat rumah saya.

No comments:

Post a Comment