Monday, July 20, 2009

Luar biasa

17 Julai 2009 program biasa tetapi agak luar biasa. Biasanya program ni sebagai riadah hujung minggu saja. Saya sendiri tak boleh nak fikir macam mana tiba-tiba program dah bertukar secara mengejut.

Program hari ni bertukar menjadi luar biasa kerana sambutan diluar dugaan, bos sendiri sponsor lima hamper, ada yang dulu hanya bawa isteri jadi pemerhati register nama isteri sebagai pemain, isteri tak pernah datang tiba-tiba disenaraikan sebagai pemain, ada game dikhaskan untuk anak-anak dan paling luar biasa ada yang dah beberapa kali diajak tak datang tiba-tiba ada dalam senarai dan muncul sebagai pemain . Meriah betul la…

Yang ini pun luar biasa juga, kebiasaannya Tuan Ali akan pastikan sahabatnya kat Gombak tu booking games siap-siap supaya dapat diskaun. Hari ni apabila sampai Perfect Bowl Abang Zul Mamak beritahu saya “ Macam mana ni tuan , games tak booking lagi, tarak diskaun la”. Saya yang mula gelabah tanya Tuan Ali “ Macam mana nak main tuan, nak kena bayar penuh ni”. Tuan Ali kata “ Ta pa la .. kita main juga la”. Lepas tu saya nampak Tuan Ali dan Abang Zul Mamak terus kekaunter, saya tak tau macam mana mereka nak uruskan hal ni.

Tau-tau saya nampak nama-nama 16 orang pemain terpancar kat monitor termasuk nama saya. Lepas tu dapat pula kupon untuk sewa kasut dari Abang Zul Mamak. Kata Tuan Ali ” Kita main lima frame seorang , biar dia orang habis tenaga supaya kita dapat sapu bersih, kerana dia orang tu awal-awal saja bertenaga ”.

Saya dengar cerita Abang Zul Mamak terpaksa Top Up untuk tampung bayaran yang jumlah kesemuanya RM 550 tidak termasuk games untuk anak-anak yang ditanggung sendiri oleh bapa-bapa mereka termasuk la saya sendiri . Luar biasa juga la anak saya jaja dan rakannya yang minggu lepas saya hantar balik Tg Malim tiba-tiba muncul kat Perfect bowl nak tumpang sekaki main bowling.

Masa main memang meriah la... Tuan Ali asyik geleng kepala saja kerana macam-macam adjustment dibuat asyik dapat tiang gol , sampai sebelah dua batang pulak tu. Saya pun menerima nasib yang sama sampaikan markah untuk satu frame tak cecah 100 pun ada. Tak tahu apa la malang hari ni..... Nampaknya lepas ni Tuan Ali tu kena mandi bunga la.

Masa pengumuman hadiah kepada pemenang-pemenang juga, sesuatu yang luar biasa berlaku. Saya sendiri tak tahu macam mana sahabat saya Sm Mail tu tiba-tiba boleh di umum sebagai pemenang tempat kelima. Pada hal game dia teruk macam saya juga , malahan perkiraan saya Tuan Ali dan Tjah lebih hebat dari permainannya .



Bila teringat ugutan Sm Mail yang berkata ” Saya akan bawa kapak masa main bowling hari ni”. Saya hanya mendiamkan diri dan memperakui keputusan tersebut lebih-lebih lagi saya nampak sebahagian catitan markah tu dibuat oleh Sm Mail sendiri . Jangan marah ya saya dedahkan rahsia ini. Tapi apa pun Sm Mail memang cemerlang kerana saya tengok setiap kali dia melontar bowl isterinya asyik geleng kepala saja. Kata Baluk dan Salmi games isteri Sm Mail lebih baik kalau nak dibanding dengan game Sm Mail sendiri.



Tahniah la kepada semua peserta khasnya untuk Abang Alwi yang menang besar hari ni. Kepada Cik gu Suzy kalau terbaca blog ni jangan lupa call Abang Alwi. Untuk rekod kemeriahan bowling kita hari ni saya publishkan buktinya disini ...>

2 comments:

  1. Tuan Azmi nampaknya bermati-matian nak rebut kembali kejuaraan minggu ni. Tak heranlah kalau dia pi ambik Tangkai kat Tok Sami Wad Siam Padang Sera dan ambik ayaq jampi dekat Tok Bomoh belakang Mesjid Naka... Minggu ni pasti sengit la nampaknya....adios...

    ReplyDelete
  2. Cik Azmi,

    Sampai hati kata saya tak ingat.
    Saya ingat... masa tu cik azmi pindah mai dari Labu Besar. Saya ingat lagi sorang cikgu kita yang gelak-gelakan nama Labu Besar tu. Tapi sapa cikgu tu saya dah lupa, tapi cikgu lelaki.

    Bila baca blog ni baru saya tahu rupanya masa di Kulim tu duduk dengan Tok...anak-anak yang dibesarkan oleh tok ni ada banyak keistimewaannya. Sama macam suami saya dibesarkan oleh opahnya...

    ReplyDelete