Sunday, July 12, 2009

Seribu Kenangan

11 Julai 2009 seawal jam 9.30 am saya bersama-sama Umi Yatie ke Pasar Selayang. Kami beli semua barang-barang keperluan untuk majlis "silatulrahim" malam nanti. Sarat juga la kereta saya dengan ikan , udang, sotong dan ayam. Nasib baik daging lembu dan kambing telah siap ditempah melalui sahabat kami Asri semalam.

Umi yatie siap dengan tempah pelbagai jenis kueh mueh . Keempat-empat pembantu Umi yati Buk Sol , Normie , Norpi dan Yati dah bersedia untuk menyumbangkan tenaga bagi menjayakan majlis malam nanti. Menjelang tengahari keempat-empat mereka dah sibuk kat dapur. Kak Pah isteri Pak Mid jiran sebelah dan Kak Kiah pun datang membantu.

Pukul 6.00 pm kat depan rumah saya dah mula sibuk, semua staf lelaki kat pejabat dan anggota bujang yang diketuai Fauzi dah berkumpul. Sekelip mata saja saya tengok semua kerusi meja dah tersusun. Peralatan membakar pun dah mengeluarkan asap. Saudara Anuar dibantu anaknya pun dah siap dengan set karaoke.

Majlis malam mesra ini adalah tajaan bersama oleh Tuan Hj Tahir , Sm Ismail dan saya sendiri. Majlis ni hanya sekadar untuk mengeratkan silatulrahim antara staf Kem Komandan dan meraikan Kak Anis dan Farah yang bertukar.

Majlis yang berlangsung selepas tu meriah juga la . Kehadiran Tuan Ali serta isteri dan anak, Tuan Munir dan isterinya Kak Normah CC kami , OC Transpot Tuan Kamaruddin dan Timbalannya serta OC Persenjataan Tuan Sheikh Rosly bersama isteri dan anak-anak amat menggembirakan kami .

Kepada Kak Ros yang terpaksa hantar emaknya ke Melaka serta Hamidah dan Harida yang buat program nak balik kampung terpaksa la belanja kami lepas ni. Kepada Min sekeluarga dan Kak Anis yang terkejar-kejar keMajlis kami selepas ada hal peribadi ditempat lain, kami memang sayang kamu.

Sebagai Flash back majlis kita yang dah berlangsung tu saya publishkan gambar-gambarnya.

No comments:

Post a Comment