Saturday, July 11, 2009

Bowling untuk Farah

Jumaat 10 Julai 2009 Abang Zul Mamak telah mengatur pertandingan bowling khas untuk meraikan Farah. Ramai yang ambil bahagian termasuk Arif yang katanya kali pertama pegang bowl. Tuan Ali siap bagi arahan kepada Abang Zul Mamak supaya sediakan "Hamper" untuk pemenang. Mana Abang Zul dapatkan "Hamper" tu saya tak tau, tapi bila tengok cara bungkusnya saya agak la "Hamper" tu dibawa dari Mini Market bapanya. Farah pula kerana nak bagi tau orang kampong ajak Wana staf pejabat JPJ untuk temankan dia melontar bowl. Mungkin kerana Farah pun baru nak berjinak dengan bowling,dalam salah satu adengan melontar bowl , Farah dah jatuh terguling , nasib baik tak cedera.


Dikalangan peserta wanita yang ambil bahagian Eliza telah mempamirkan permainan yang menarik tapi tak la sampai menewaskan saya. Tuan Ali kata " Macam ni punya permainan, Eliza ni boleh jadi wakil pasukan PDRM". Dalam pertandingan petang ni Tuan Ali masih memegang title "Juara" walaupun terpaksa lambung siling kerana markahnya sama dengan Salmi. Kami semua macam tak percaya si Salmi tu boleh dapat point begitu tinggi. Tapi dikalangan peserta yang saya nampak paling ceria ialah Abang Nizam. Sebenarnya saya tak tanya pun tapi Abang Nizam yang bagi tau " Tuan , saya kalah tak pa , lapan puluh ringgit sumbangan dari Abang Zul, Gobi. Alwi dan Syarif dah masuk kocek ". Abang Nizam dapat tempat ketiga . saya dibelakangnya diikuti oleh Syarif Dol ditempat kelima. Abang Zul Mamak, Alwi, Akob , Arif , Eliza, Farah dan Wana pun menang juga, tapi menang sorak aja la...Jangan marah ya..

Selepas tiga kali jadi mangsa kepada Abang Nizam , isteri Gobi terus ajak balik bagi menyelamatkan suaminya . Kata Abang Nizam " Minggu depan saya belanja tuan lagi main bowling, belanja tuan ada ong la". "Terima kasih aja la Nizam , saya dengar cerita untuk games ni pun si Salmi dengan Baluk tu terpaksa top up".

Saya berkesempatan mengambil beberapa keping gambar untuk kenangan bersama Farah , Wana dan Eliza. Kerana gambar Tuan Ali dan Abang Zul bersama Eliza lebih cun , gambar saya dan Eliza terkeluar dari senarai untuk publish.






Terima kasih kepada Saudara Khair dari IPD Gombak yang membantu dan turut sama memeriahkan pertandingan petang ni.

No comments:

Post a Comment