Sunday, July 5, 2009

Miang



29 Jun 2009 menjelang tengahari suasana dipejabat agak lengang kerana ramai staf terlibat sebagai Urusetia kursus Penyeliaan Siasatan Tatatertib dah berlepas ke Graysand Port Dickson. Saya sekali lagi dilantik oleh Tuan Ali sebagai Fesilitator dengan dibantu oleh Sm Mail.

Kerana nak pastikan proses pendaftaran berjalan lancar Sm Mail pergi dahulu bersama-sama Urusetia Kak Asni , Mary , Norehan dan Abang Alwi. Malas nak memandu seorang diri saya minta tolong Abang Akob dan Baluk hantar saya ke Greysand. Sampai disana lepas makan malam terus jalankan aktiviti "Ice Breaking". Seramai 35 orang penyelia dari pangkat Kopral ke Sub Inspektor hadir kursus ini.

Selain penceramah jemputan DSP Kamaruzzaman dari Urusetia KPN (Tatatertib) dan Pegawai dari IIM , Tuan Ali juga terlibat menyampai ceramah untuk sabjek-sabjek penting dan turut berkampung kat Graysand menyelia aktiviti persembahan kes oleh peserta kursus.

Macam biasa la bila dah puas bertungkus lumus memerah otak selama 4 hari, malam terakhir peserta kursus adakan malam mesra. Bermacam-macam makanan dihidangkan hinggakan kambing, ikan, udang semua kena bakar . Buah yang bermusim jangan cerita la Durian, manggis , rambutan semua kena koyak.

Kerana Tuan Ali kata perut saya macam tong sampah , saya makan semua jenis makanan yang dihidangkan. Tak mabuk pun ...

Kerana majlis tu ada karaoke , Tuan Ali beberapa kali muncul dengan persembahan yang memukau peserta kursus. Saya pun ambil la kesempatan untuk berduet dengan gadis-gadis pujaan saya Eliza, Nor dan Kak Nab. Abang Zul Mamak dan Abang Nizam yang hadir malam tu sebagai penyanyi jemputan juga tak kurang hebatnya. Kerana tak ada gadis-gadis nak berduet dengan mereka terpaksa la mereka berdua saja berduet. Kasihan ya...



Sedih kerana Farah tak nak menyanyi dengan saya, masa saya panggil nak berduet dia lari kat tepi pantai macam heroin filem hindi. Nasib baik Abang Zul Mamak dan Nizam halang dia terjun dalam laut.

Sm Mail yang tercabar dengan persembahan saya agaknya la , telah melakukan aksi yang bukan-bukan untuk menunjukan popularitinya. Tuan Ali secara terang-terang berkata " Gatai betul orang tua ni" bila melihat Sm Mail berdangdut dan berlagak pandai menyanyi tanpa melihat lirik sambil berkata dengan megahnya" Jangan lupa lirik" . Masa saya pandang kearah abang Zul Mamak dan Abang Nizam saya nampak mereka macam mencemek muka kepada Sm Mail . faham-faham saja la tu .... Masa Abang Zul Mamak , Nizam , Eliza dan Farah nak balik , saya dah rasa nak tumbang kerana pening. Sambil control pening saya mengiring mereka kekereta dan terus balik kebilik kerana dah tak tahan. Mungkin saya mabuk durian dengan manggis kut ..

Sm Mail yang balik kebilik tak lama lepas tu tiba-tiba mengadu kepada saya " Saya dah sakit pinggang ni , menari poco-poco tadi sakit pinggang pulak". Saya hanya ketawa , dalam hati berkata " padan muka , tak sedar diri dah tua macam saya ".

Sebelum tidur saya sempat call Abang Zul Mamak tanya dah sampai mana. Saya pesan pada Abang Zul supaya terus balik kerumah jangan nak merayau-rayau lagi kerana dah larut malam. Mana ada bos yang sayang anak buah macam ni kan ...

No comments:

Post a Comment