Thursday, July 9, 2009

Silatulrahim

Seperti dah dijanji saya, Sm Mail dan Tuan Hj Tahir akan bergabung tenaga untuk menganjurkan jamuan mengeratkan silatulrahim untuk staff Cawangan Kem Komandan. Maklumlah kami dah dapat rezki terpijak tempoh hari. Kerana nak jemput semua rakan-rakan bersama-sama ahli keluarga yang masih berada di Cawangan Kem Komandan dan rakan-rakan yang dah bertukar serta bersara, keputusan kami nak adakan majlis tu dirumah saya saja. Jangan ada rakan-rakan yang tak datang tau... hancur hati kami. Kami dah bajet untuk 400 orang tetamu....

Sempena majlis ni kita juga nak meraikan Kak Anis yang dah bertukar dan Farah yang bakal bertukar . Bos kita Tuan Ali nampak muram saja sejak kebelakangan ni kerana PA dia Farah tu nak tukar ke Kuantan. Sabar la tuan esok lusa kita cari PA baru yang setanding dengan Farah tu. Harap-Harap kawan-kawan Farah Kak Normah , Kak Ros, Harida, Midah , Intan Syakila dan Dewi tak uzurkan diri.

Abang Zul Mamak dah atur program nak main bowling petang jumaat ni, yang seronoknya Kak Anis dan Farah akan turut sama menghayun bowl. Kepada Abang Nizam saya ucapkan banyak-banyak terima kasih kerana sudi belanja saya untuk game petang esok.

No comments:

Post a Comment