Wednesday, July 29, 2009

Komen

28 Julai 2009 Saya kurang sihat kena "Flu" sikit, badan rasa nak demam aja. Saya bagi tau Tuan Ali kata saya demam tapi saya tak tau la dia percaya ke tidak. Tapi saya tahu Sm Mail , Kak Normah, Kak Ros dan Harida memang tak percaya saya demam. Saya terpaksa hadir mesyuarat pagi dan petang.

Masa rehat tengah hari Sm Mail senyap-senyap ajak Tuan Ali pergi makan. Abang Nizam pula hanya belanja Abang Zul Mamak , Baluk , Alwi dan Gobi makan nasi bungkus. Terpaksa la saya bawa diri .

Kerana saya masih kurang sihat , saya cuba mencari dan memahami realiti kehidupan ini . Akhirnya saya mengambil keputusan untuk mengulas komen Tuan Ali di posting saya semalam.

Kepada Tuan Ali yang dikasihi ,

Dah jadi resam dunia la tuan, yang berpangkat tinggi akan hentam yang berpangkat rendah. Walau pun hentam dan marah mereka tu bukan ada faedah apa pun, selain nak tunjuk kuasa. Yang marah pun tak dapat gaji lebih yang kena marah pun tak kurang gajinya.

Sebenarnya hentan dan marah tu tanda sayang, lebih-lebih yang marah tu mak cik. Biasa la mak cik nak tunjuk kat pak cik yang dia ambil berat dan pandai jaga anak lebih2 anak tiri atau anak saudara.

Kalau Pak cik marah pula tu tandanya suruh kita ingat dia tu bapa,kita ni anak . Biasa la bapa sebelum bagi duit kat anak marah dulu lepas tu anak minta RM 50 dibaginya RM 200. Itu la yang uniknya nilai kasih sayang.

Pak cik tu tak ubah macam bapa kita juga , kalau tak mau kena marah panjang2 buat la macam kita layan bapa kandung kita , sekali2 jumpa pegang tangan erat2 dan tunduk biar muka tu kena pada tangannya. Bukan apa tanda kita hormat pak cik macam kita hormat bapa kita la..

Yang pentingnya apa yang kita buat tu biar la ikhlas dari lubuk hati kita.

Sekian, terima kasih.

2 comments:

  1. salam
    apa kabar pak jang.. lama tak jumpa..

    ReplyDelete
  2. Salam Zul,

    Khabar baik aja la..

    Macam mana hang nak jumpa Pak Anjang, jemput kenduri pun tak mai. Farid dr Sg Besi boleh mai , hang kat Gombak tak mai, apa cerita?

    Hang kat umah ka kat UITM?

    ReplyDelete