Friday, July 31, 2009

Yasmin@Zulkifli

Seperti Ibnu Saman Aljalawi saya juga tertarik dengan kisah Yasmin@Zulkifli Ahmad yang telah kembali kerahmatullah baru-baru ini. Sahabat saya Sm Mail pula ada pertalian keluarga dengan Allahyarham. Perbincangan kami dipejabat pun hangat juga la , masing-masing ada pandangan sendiri.

Saya amat tertarik dengan komen saudara Ibnu Saman di blog Darah59ers. Untuk rakan-rakan pejabat saya khasnya Tuan Ali , Kak Ros, Sm Mail , Kak Normah , Min dan Harida saya paparkan semula komen tersebut untuk tatapan bersama.

Catatan Saudara Ibnu Saman Aljalawi:

Aku tidak pernah kenal siapa dia arwah Yasmin ni sehinggalah tertonton filemnya " Mukhsin". Dilihat dari karya nya itu, ia memang berbakat besar dalam industri media kreatif. Mungkin satu dalam sejuta, kalau pun tidak satu dalam sepuluh juta seperti P. Ramleee dan Stephen Spielberg. Tidak lama lepas itu aku dengar cerita pelik tentang dirinya tetapi tidak pernah kisah sehinggalah hari kematiannya dan membaca komen Darah59ers ini.

Dari maklumat yang diperolehi, jika benar, dia adalah seorang Khunsa. Khunsa dirujuk kepada seseorang yang dilahirkan dengan mempunyai kedua-dua jenis alat kelamin yang berfungsi dengan baik. Apabila baligh, mereka diharuskan memilih salah satu daripadanya mengikut naluri jantina yang lebih cenderong ( kira demokrasi laa). Jika jiwanya lebih kepada lelaki, maka dia harus menjadi lelaki dan begitu sebaliknya.

Proses pembedahan atau penukaran atau seumpamanya ini tidak salah disisi syarak kerana dia perlu melakukannya bagi memudahkan dia menjaga batas-batas hukum dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim. Masalah khunsa ini ada dihurai dalam kitab-kitab Fikh muktabar - bermakna ia bukan perkara asing dan pernah berlaku dan akan terus berlaku.

Khunsa berbeza samasekali dengan Pondan atau bapok atau darai. Berbeza juga dengan Tomboi. Pondan ialah mereka yang sifat-sifat fizikalnya lengkap sebagai lelaki tetapi berjiwa dan bernafsu perempuan. Tomboi pula dirujuk kepda golongan perempuan yang berjiwa dan nafsu sebaliknya. Pembedahan atau penukaran jantina atau pengubahsuaian cara hidup, pakaian, rupaparas dll bagi mereka ini dilarang oleh syarak kerana mereka mempunyai satu saja alat kelamin khusus itu dan lengkap pula dengan segala sifat-sifat fizikal bagi mengenali gender seseorang.

Konklusinya, Yasmin seperti juga manusia lain tetapi telah dipilih untuk menterjemahkan kebesaran Allah Azza Wa Jalla dikalangan hamba-hamanya. Pun satu dalam sejuta.
Arwah memang seorang yang kreatif. Bukan calang orang seni yang boleh menjadi Creative Director kepada agensi pengiklanan sperti Ogilvy & Mather dan Leo Burnett. Menghasilkan slot-slot filem iklan kepada syarikat seperti Petronas. Dan sudah tentu bukan mudah untuk mendapat pengiktirafan dunia melalui filem-filem cereka seperti yang telah dicapainya.

July 29, 2009 11:12 Pm.

No comments:

Post a Comment