Friday, December 31, 2010

STOP N START

31 Disember 2010 Sebelum meninggalkan pejabat Kak Ros, Shakila, Eliza , Hamidah dan Dewi mengucapkan selamat tinggal dan selamat tahun baru kepada saya. Wah! seronok pun ada , sedih pun ada. Seronok sebab besok dapat cuti mengejut , terima kasih untuk team bola sepak Malaysia. Yang sedihnya besok hari terakhir tahun 2010 dan saya tak sempat nak habiskan cuti tahunan saya yang berbaki 30 hari lagi yang dah tak boleh nak dibawa kehadapan.

Sedih betul.....dah tiga tahun berturut-turut tak dapat habiskan cuti macam tu jugak. Kepada Bos saya Tuan Ali saya nak kata macam ni " Tuan, saya mohon jasa baik tuan, tahun 2011 awal-awal tahun lagi saya nak 'booking' cuti , sekian terima kasih". Dan jawapan yang saya nanti dari Tuan Ali pulak harapnya berbunyi begini " Insyaallah ,tuan Azmi isi borang cuti walau pun tanpa pengganti saya akan sokong".

Dan akhirnya saya nak ketawa kuat-kuat supaya semua orang ingat saya dapat APC 2009 sebab tak pernah ambil cuti sakit . Bukannya apa sebab ada sahabat-sahabat saya kata mereka malu bila tengok senarai APC 2009 yang terselit juga senarai kaki ponteng dan kaki repot sakit. Hebat betul penal yang buat pemilihan tu ya! ambil masa setahun untuk buat penilaian tapi tak sempat nak tengok personal fail orang yang dipilih. Hampehhh......

Harap-Harap dimasa hadapan penal sebelum buat keputusan semak la dulu personal fail setiap calun. Lagi satu nak kata " Jangan duk nampak pengampu-pengampu sekeliling kita saja , yang duk jauh dan tak nampak tu pun bekerja jugak". Dan satu lagi nak tambah " Katakan 'TIDAK' kepada calun yang dikemukakan atau mengemukakan diri melalui pintu 'BELAKANG' sampai Bos sendiri pun tak tahu".

Kata Nazneen " Tuan sedih sebab tak dapat APC 2009 la tu ". Tapi saya kata " Tak ada la saya nak sedih-sedih tak dapat APC , saya tengah seronok ni tengok senarai APC 2009 sebab kakitangan awam dan anggota Kem Komandan yang tak pernah dapat APC semua dapat .

Tahniah kepada Cc Kak Normah, Kak Ros dan Kak Haridah dan semua yang dapat APC 2009. Tuan Ali dah buat tapisan halus dan semuanya memang layak untuk dapat APC 2009. Jangan lupa buat kenduri dah la".

Kak Ros memang pandai men 'delete' kata-kata yang menyebabkan orang lain marah bila kita tersilap cakap. Kata Kak Ros " Pegawai tu dapat APC 2009 sebab dia dah nak pencen kut tuan". Dan saya pun kata " Ooo ye le dia dia dah nak pencen lagi 5 tahun sebab tu dia perlu diberi APC 2009".

Dalam hati saya berkata la pulak " Patut la Tuan Ali yang tak pernah cuti sakit, cuti pun datang kerja dan tiga per empat masa dia habis di pejabat tak layak dapat APC sebab dia lambat lagi nak pencen". Saya nak gelak sampai keluar air mata kerana jawapan yang muncul kat screen " Apa kata survey? Yes, Yes, Yes ".

Akhirnya kepada semua para sahabat khasnya pembaca blog saya , saya nak ucapkan " Terima kasih kerana melayari blog saya sepanjang tahun 2010 dan jangan tinggalkan saya sepanjang tahun 2011, insyaallah".

Wednesday, December 29, 2010

U R GREAT

29 Disember 2010 Hari ini genap 11 bulan 2 hari pelancaran Amalan 5S untuk dibudayakan dalam PDRM khasnya bagi IPP Bukit Aman, IPK KL dan IPK Selangor. Pelancaran disempurnakan oleh mantan IGP Tan Sri Musa Hassan http://bigrace-cbazmi.blogspot.com/2010/01/5-s-pdrm.html .

Saya masih ingat betapa sibuknya warga PDRM Bukit Aman khasnya warga Kem Komandan berkorban tenaga , fikiran dan masa untuk menjadikan 5 S sebagai amalan dan budaya hidup. Bergotong royong dengan penuh semangat kerjasama nak pastikan perancangan terlaksana mengikut jadual. Bos kami Tuan Ali menjadi pencetus semangat hijrah ini http://bigrace-cbazmi.blogspot.com/2010/01/hijrah.html

Sudah jadi kebiasaan sesuatu yang hendak dilaksana ada pro dan kontra. Ada juga dikalangan warga yang bersikap negatif mengambil remeh dan memandang sinis perancangan yang dibuat. Tetapi bagi sebahagian besar warga PDRM yang berfikiran positif menganggap amalan 5 S sebagai cabaran dan landasan untuk mempertingkatkan imej PDRM setanding dengan lain-lain agensi kerajaan yang telah memperolehi sijil amalan 5 S dari NPC.

Alhamdulillah hari ini 29 Disember 2010 sebagai warga PDRM kami berbangga sekali, apabila PDRM Bukit Aman telah diperakui dengan Anugerah Sijil Amalan 5S oleh NPC .

Saya hanya nak kata " Kita buat apa yang kawan-kawan buat, kita dapat apa yang kita berhajat"

Friday, December 24, 2010

Fly Away

24 Disember 2010 (Jumaat) Tuan Ali dan Sm Mail masih bercuti. Khabarnya Tuan Ali bersama anak dan isteri berkunjung ke Sabah menghadiri majlis perkahwinan anak rakannya. Yang menjadi tanda tanya kepada saya mengapa SM Mail tanpa anak dan isteri juga khabarnya terbang ke Sabah.

Kerja kat pejabat pulak tiba-tiba saja datang bertimbun-timbun macam nak menguji kesabaran saya. Persiapan untuk pensijilan 5 S pada 29 Disember 2010 amat membebankan sampai terpaksa ikut anak2 buah bekerja hingga tengah malam. Kerana terpaksa kerja keras dan bergelumang dengan habuk Sjn Anuar akhirnya tumpas dan terpaksa bertemu doktor untuk mendapat bantuan hayat.

Bertambah la lagi pening kepala saya apabila OCS Tn Hj Tahir juga ambil cuti pergi ke Kelantan , balik dari Kelantan pergi pulak join persiapan Pasukan Petanque PDRM untuk menyertai pertandingan Petanque Piala Malaysia anjuran PPM yang akan berlangsung di Melaka pada 25-26 Disember,2010.

Saya juga nak ambil bahagian , kalau tak dapat team utama , team 'B' pun ok juga tetapi kerana tak join latihan mungkin saya tak layak. Terima kasih kepada Tuan Kamaruzaman dan Tn Hj Tahir yang menyenaraikan saya sebagai salah seorang pemain untuk Team 'B'. Tapi yang menjadi persoalan saya," bolehkah saya menggunakan tiket sebagai Pengelola untuk mengizinkan saya bermain?". Mungkin itu salahguna kuasa , akhirnya saya ambil keputusan untuk jadi penonton saja.

Saya mengucapkan selamat bertanding dan mendoakan kejayaan pasukan Petanque PDRM.

Akhirnya nak publishkan selawat 'tafrijiyah' atau 'kamilah' yang pernah diajar oleh bapa saya untuk amalan...

Sunday, December 19, 2010

Lubuk Kawah

18 Disember 2010 Pukul 10.00 pagi rombongan kami yang diketuai oleh Tuan Ali mula bergerak dari Kuala Lumpur. Destinasi kami adalah Kg Lubuk Kawah, Kuala Kangsar. Kami nak bersama-sama Staf pejabat kami Hidayah dimajlis perkahwinannya.


Kesian kat kawan2 seperti Abang Alwi yang dah planning nak pergi tapi terhalang kerana kesihatan anak tak mengizinkan untuk ditinggal . Tak apa Abang Alwi yang penting niat kita , kalau Allah dah tak izinkan nak buat macam mana.

Macam Syarif Lobo tu memang dia tak nak pergi , itu pun bersebab 'isteri tunggu masa lagi sebulan nak bersalin'. Ada jugak yang berniat nak pergi tapi terpaksa ambil cuti balik kampong kat Sabah sebab dah janji dengan famili, macam Kak Harida kita tu.

Apa-apa pun janganlah diambil hati sangat , kita hanya merancang tapi yang menentukan Allah swt .



Pergerakan dari Kuala Lumpur hingga ke R & R Tapah agak membosankan kerana kenderaan yang kami naiki dipaksa mengekori konvoi "Festival Proton'.

Saya juga amat bersimpati dengan abang-abang Mat Motor berkuasa tinggi yang begitu tertekan kerana dipaksa memperlahankan pergerakan dan dipaksa macam kami untuk mengekori dibelakang konvoi tersebut.

Dalam hati saya berkata-kata juga " Nak berkonvoi siapa pun tak kisah , tapi jangan la paksa orang lain ikut berkonvoi, bukan ke laluan kat highway tu luas? , bagi la peluang orang yang nak cepat jalan dulu".



Pukul 1.30 tengahari kami sampai di Kg Lubuk Kawah , lepas berjalan kaki sejauh lebih kurang 1 km kami sampai dirumah Hidayah disambut dengan begitu mesra. Tuan Ali bersama keluarga dan SM Ismail yang dah pun sampai dulu, sedang sibuk menjamu selera.


Bagi kaum wanita yang bersama-sama saya, macam tak nak lepas peluang terus naik keatas rumah, nak tengok persiapan pengantin. Kata Tuan Ali " Orang perempuan memang macam tu , depa nak kena tengok dulu persiapan tu, nanti balik nak buat bahan cerita kat kawan-kawan. Tak sah kalau pi makan kenduri tak melawat bilik pengantin".



Malas nak menunggu , saya join Tuan Ali makan dengan berselera.



Lepas makan sahabat kami SM Mail yang hanya menunggu untuk dijemput, telah memilih lagu yang dipopularkan oleh Ahmad Jais 'Di Ambang Sore' untuk menghiburkan para jemputan. Kata saya kepada Tuan Ali "Sedap pulak suara Sm Mail hari nih. Patut la dia hari ni duk cakap perak
je".






Dah puas tengok pengantin yang kelihatan berseri-seri sambil makan disuap , kami minta izin dari tuan rumah untuk mengundurkan diri meninggal majlis. Banyak jugak kenangan yang semuanya manis untuk dibawa balik jadi bahan cerita .

Bagi saya berjumpa dengan sahabat lama mantan SI Salim yang dah lama tak jumpa sukar untuk dilupakan.

Sebelum balik ke Kuala Lumpur kami sempat bersantai sekejap di bandar Kuala Kangsar sambil pekena laksa dan cendolnya yang popular . Kata Kak Normah " Kami tengok ada sorang tu dia hirup kuah laksa sampai licin, tentu sedap , kami pakat beli bungkus bawa balik".




Akhirnya perjalanan kami yang sungguh menyeronokkan itu berakhir jam 6.30 petang apabila rombongan kami sampai balik ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah....

Saya hanya nak kata " Selamat pengantin baru Hidayah , kami semua doakan agar istana yang dibina kekal bahagia hingga keakhir hayat"

Thursday, December 16, 2010

Asyura

16 Disember 2010 @ 10 Muharram 1432 Nak memperingati hari Asyura dan kelebihan yang dikurniakan Allah :

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.

13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Saya hanya nak kata " Dulu tak berapa ambil berat tentang kelebihan2 anugerah Allah swt ni mungkin kerana tak ada ilmu , sekarang ni kalau dah ternyata kelebihannya mengapa pulak nak dibiar berlalu begitu saja. Wallah hu Aklam"

Saturday, December 11, 2010

ROLLCALL

10 Disember 2010 Dah hujung tahun maka sibuklah nak tutup "akaun" sasaran kerja tahun 2010. Usaha dah usaha tetapi masih ada juga sasaran yang dirancang tidak dapat disempurnakan. Macam selalu kita duk kata " kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan jadi ke tidak , sempurna ke tidak".

Sebelum buka "akaun " baru tahun 2011 dan sempena semangat hijrah yang masih berkobar, Tuan Ali mengarahkan supaya pegawai dan anggota Kem Komandan buat "O group" .

Kata Tuan Ali " Nak jumpa semua anggota nak luah yang terbuku dihati dan nak dengar rintihan" . Katanya lagi " Dah luah dan dengar, nak lontarkan pula saranan dan harapan. Nak pastikan Cawangan Kem Komandan berupaya memberikan perkhidmatan yang terbaik dan bermutu ".

Masa saya berbual-bual dengan Tuan Ali saya yakin massage yang akan disampaikan oleh Tuan Ali bertemakan " Disiplin Dan Integriti Menjamin Kecemerlangan" akan memberi impak yang berkesan kepada semua anggota Kem Komandan.

Alhamdulillah bersandarkan diatas semangat kerjasama dan disiplin yang tinggi , lebih daripada 200 anggota termasuk pegawai kanan mempamirkan "turn Out" yang amat memberangsangkan.

Tahniah kepada Unit Tatatertib yang diketuai oleh Sjn Anuar yang dibantu oleh Kpl Yahya, Kpl Zuliawaty dan L/Kpl Mohd Alwi . Tak lupa juga kepada petugas-petugas saudara Syarif Lobo, Abang Akob , Baluk , Gobi , Eliza dan semua yang terlibat dalam penganjuran majlis. Kem Komandan amat berpuashati dengan perjalanan majlis yang begitu tersusun dan teratur.

Kepada yang tidak berpeluang untuk hadir semasa majlis berlangsung saya publishkan gambar -gambar semasa majlis berlangsung.....










Saya hanya nak kata " Bercakap apa yang kita dah buat lebih baik daripada bercakap apa yang kita nak buat ".

Saturday, December 4, 2010

PROTAP NO 15


4 Disember 2010 Semalam Tuan Ali menarik nafas lega apabila persiapan menyambut rombongan delegasi Kepolisian Negara Republik Indonesia (KAPOLRI) telah berjalan dengan lancar dan teratur.

Rombongan delegasi Kepolisian Negara Republik Indonesia diketuai oleh Yang Terhormat, Bapak Jenderal Polisi Drs Timur Pradopo, Kepala Kepolisian Republik Indonesia.

PDRM dan POLRI telah sepakat untuk memperbaharui iltizam menggembeling tenaga dan kepakaran melalui semangat kerjasama dua hala memerangi jenayah trans nasional dan keamanan dikawasan sempadan. Perjanjian kerjasama melakar sejarah baru bila Pasukan Polis kedua-dua negara bersama-sama Menandatangani Prosedur Tetap (PROTAP) Malindo No. 15 PDRM-POLRI.

Y. Bhg Tan Sri Bapak Da'i Bachtiar, Duta Besar Republik Indonesia , YDH IGP Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, YDH DIG Datuk Hussin bin Hj Ismail, YDH Pengarah-Pengarah PDRM , Yang Terhormat Bapak dan Ibu dari Kepolisan Negara Republik Indonesia dan Pegawai-Pegawai Kanan PDRM telah hadir dimajlis tersebut.

Saya berusaha untuk memahami PROTAP MALINDO

1. PROTAP MALINDO dibentuk sejak penubuhan kerjasama GBC MALINDO (General Border Committee Malaysia-Indonesia) pada tahun 1972.

2. GBC MALINDO merupakan perintis kepada dua buah pasukan kepolisan iaitu PDRM-POLRI.

3. Sidang pertama GBC MALINDO dilaksanakan melalui termetrinya prosedur tetap yang dikenali sebagai PROTAP MALINDO berlangsung pada 24-25 Julai 1972 di Kota Kecil Parapat, Sumatera Utara.

4.GBC MALINDO telah berjalan selama lebih daripada 38 tahun.

5.Pada tahun 2005 apabila pola keamanan telah berubah arah dari era kemunisme dan perang dingin kepada era jenayah trans nasioanal, semua Ketua Polis Asean yang bersidang di Bali telah sepakat untuk memerangi jenayah era baru melibatkan jenayah pemerdagangan orang, penyeludupan manusia, pengedaran dadah antarabangsa, jenayah keganasan dan jenayah siber. Untuk itu PDRM dan POLRI berbincang untuk memperluaskan lagi semua aktiviti dibawah kerjasama GBC MALINDO.

6. Dibawah GBC MALINDO semua aktiviti kepolisan tertakluk kepada operasi dan latihan yang dikendalikan oleh pihak tentera.

7. Pada 18 Januari 2007 bertempat di Genting Highland , Pahang, PDRM dan POLRI telah bersidang buat pertama kali dan berjaya menubuhkan Joint POLICE Cooperation Committee (JPCC) Malindo yang setaraf dengan operasi yang dikendalikan oleh tentera.

8. Aktiviti JPCC PDRM-POLRI telah mendapat pengiktirafan sepenuhnya pada sidang GBC MALINDO ke 36 di Kuala Lumpur.

9. Sebelum tertubuhnya JPCC PDRM-POLRI, PROTAP MALINDO No 15 dikenali sebagai PROTAP MALINDO NO.12.

10. Selepas kajian dibuat semasa sidang pertama pada 9-13 Julai 2007 di Melaka PROTAP kemudian telah diubah dari No 12 ke No 15.

11.PROTAP No.1 hingga No 14 adalah buku Panduan Kerjasama antara ATM dan TNI.

.

PROTAP MALINDO NO. 15 mempunyai beberapa bahagian sebagai panduan kerjasama kedua kepolisan iaitu :-

  1. Kerjasama rondaan di perairan antara Pasukan Gerakan Marin (PGM) PDRM dan Polisi Air POLRI.
  2. Kerjasama bidang komunikasi antara PDRM dan POLRI.
  3. Kerjasama rondaan terkoordinasi daratan antara Kontinjen Sabah dengan POLDA KALTIM.
  4. Kerjasama rondaan terkoordinasi daratan antara Kontinjen Sarawak dengan POLDA KALBAR.
  5. Kerjasama menangani kes jenayah antara PDRM dan POLRI.
IGP telah melahirkan harapan dalam ucapannya dengan berkata " Dengan termeterainya prosedur tetap MALINDO NO. 15 antara PDRM dan POLRI pada pagi ini adalah menjadi harapan kita, segala kerjasama dan operasi antara PDRM dan POLRI akan berjalan secara teratur dan penuh keyakinan tanpa sebarang keraguan"

Saya hanya nak kata " Dah jadi adat berjiran , hidup senang bila bermuafakat, tolong menolong membawa berkat"

Friday, December 3, 2010

O-Group

3 Disember 2010 Jumaat Saya tersentak dari lamunan apabila tiba-tiba Kak Ros yang menjingjing fail kebilik saya menegur " Tuan, blog dah tak update ke? Ros tengok posting 'korban' je yang ada, tuan sibuk sangat la kut?".

Saya hanya berdaya nak luah kata-kata " sibuk memang la sibuk , tapi la ni tengah dok pening kepala nak mengadap komputer pun tak daya. Ingat darah dah naik tapi bila ziarah doktor kat klinik Tangling periksa darah nampak ok je, rawatan doktor hanya bagi penadol dengan cream sapu untuk urut urat saraf saja. Kesimpulannya doktor kata mungkin saya mengalami ketegangan dan keletihan".

Akhirnya bila saya fikir-fikir , saya mengakui memang saya keletihan dan tidak mempunyai rehat yang cukup. Masa saya lebih banyak habis di jalan raya dari ditempat tidur , berulang alik dari Kuala Lumpur ke Jitra.

Apa pun saya bersyukur kehadrat Allah swt kerana disebalik keletihan dan kesakitan yang saya alami tersembunyi kegembiraan yang sukar untuk saya gambarkan . Kegembiraan melaksanakan ibadah korban bersama ahli keluarga di Jitra semasa sambutan hari raya kedua aidil adha dan bergotong royong memasak di majlis perkahwinan anak abang saya diKulim pada 28 November 2010

.

Bukan senang nak mengumpulkan ahli keluarga yang bertaburan diutara, timor , barat dan selatan kalau tak ada majlis macam ni. Yang paling seronok dapat tidor bersambung kepala dengan adik beradik macam zaman kanak-kanak dulu. Lebih-lebih lagi diruang-ruang yang kosong pula diselit dengan anak dan cucu . Hanya tuhan yang tahu seronok dan gembiranya......

Saya tidak tahu macam mana perasaan mak saya yang tak letih-letih melayan karenah anak menantu, cucu dan cicit. Berdetik juga dihati saya " Agaknya kalau lah bapa saya masih ada tentu suasana ni lebih bermakna dan meriah .....".

Saya nak publish sikit detik-detik yang menjadi kenangan saya.....

Tuesday, November 16, 2010

PDRM/ATM @ KORBAN

16 Nov 2010 Bersiap-siap nak balik kampong untuk menyambut hari raya aidil adha bersama Mak dan saudara mara kat Kampong. Insyaallah seperti dirancang dengan adik beradik hari raya kedua nanti kami akan melaksanakan ibadah korban. Doa dan harapan kami agar ibadah kami nanti akan mendapat keredhaan dan diterima oleh Allah swt.

Terima kasih kepada Tuan Ahlan yang sudi mengganti tugas saya dan Tuan Ali yang menyokong permohonan cuti saya. Terima kasih tak terhingga kepada Tuan Ali kerana bagitau saya dapat anjakan gaji PTK , nak balik kampong pun bersemangat la sikit. Syukur diatas kurniaan Allah sempena Aidil Adha tahun ni.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Aidil Adha kepada semua staf Kem Komandan , sahabat-sahabat dan semua muslimin dan muslimat. Insyaallah mudah-mudahan Aidil Adha tahun ini kita semua akan memperolehi rahmat dari Allah swt.

Berita menarik yang menggembirakan saya hari ini ialah jalinan kerjasama yang erat antara PDRM dan ATM dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara kita yang tercinta.

Polis serah kepada tentera kawal sempadan
Nov 16, 10 9:46am

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan rasminya menyerahkan tugas mengawal sempadan Malaysia dengan Thailand kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Majlis menandatangani serah menyerah tugas dibuat oleh Panglima Markas Dua Briged Brigadier Jeneral Datuk Zulkifli Mansor dan Panglima Markas Lapan Briged Brigadier Jeneral Abdul Rahim Mutalib bagi pihak ATM manakala Pasukan Gerakan Am (PGA) diwakili Komander Briged Tenggaranya, SAC Abdul Rahim Jaafar.

military tentera askar soldier malaysia 260307 wataniahMajlis penyerahan rasmi, semalam itu yang membabitkan kawasan sempadan Kelantan, Kedah/Perlis dan pantai barat Semenanjung Malaysia disaksikan oleh Panglima Dua Divisyen Mejar Jeneral Datuk Mohd Nor Daud dan Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) bahagian Pasukan Gerakan Am, Pengurusan Sempadan dan Keselamatan Lapangan Terbang, Datuk Salleh Mat Rasid.

Salleh berkata melalui perjanjian itu, ATM akan mengambil alih pengawalan sempadan dari PGA selama enam bulan bagi melihat keberkesanan sebelum kajian dibuat sama ada akan meneruskan tugas itu kepada ATM atau kembali kepada PDRM.

Sepanjang tempoh itu anggota PGA akan ditempatkan di Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Selangor dan Johor bagi membantu Ketua Polis Negara menangani jenayah, katanya kepada pemberita selepas majlis itu.

"Polis memerlukan 10,000 anggota dan pegawai tambahan bagi menjaga keselamatan dalam negara dan tugas itu akan dibuat oleh PGA," katanya.

Sementara itu, Mohd Nor berkata tugas itu akan dilakukan sebaik mungkin sejajar dengan keputusan yang dibuat bersama antara PDRM dan ATM sebelum ini.

Beliau berharap tugas diamanahkan kepada ATM dapat dilakukan dengan berkesan sejajar dengan saranan kerajaan untuk memastikan negara sentiasa selamat daripada ancaman.

"Kita tidak buat apa-apa sasaran dalam menentukan keselamatan dan kejayaan tetapi akan melakukan sebaik mungkin bagi memastikan negara sentiasa selamat dan aman," katanya

Wednesday, October 27, 2010

Angioplasti

Dikemaskini : 28 Okt 2010 Sm Mail selamat menjalani rawatan jantung melalui kaedah Angioplasty. Khabarnya Sm dah kembali sehat dan diberi cuti rehat selama 3 hari.....


27 Okt 2010 Semalam apabila mendapat berita Sm Mail akan menjalani rawatan jantung . Ocs kami Tuan Hj Tahir terus atur majlis doa selamat . Majlis diadakan atas keinsafan bahawa setiap sesuatu hendaklah kembali rujuk kepada Allah swt sebagai tempat memohon pertolongan dan perlindungan.

Firman Allah swt yang bermaksud “ Berdoalah kepadaku , nescaya akan aku perkenankan bagi kamu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahku, akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina” (Surah al-Mukmin : Ayat 60).

Kami berdoa mudah-mudahan Sm Ismail akan selamat menjalani rawatan dan kembali pulih untuk menjalankan tugas......




Kata Tn Hj Tahir " Sama-sama kita memohon dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh , insyaallah permintaan kita akan dimakbulkan oleh Allah swt."