Wednesday, June 2, 2010

4 Balak @ Maritim

2 Jun 2010 Semalam saya agak terkejut apabila sekilas pandang ternampak kelibat ASP Rashid menyelinap masuk ke pejabat Tuan Ali . Yang mengejutkan saya adalah kerana ASP Rashid berpakaian serba putih berbeza sekali dengan penampilannya sebelum ini . Saya tak nak ganggu kerana mungkin ada hal penting nak dibincangkan dengan Tuan Ali.

Tak lama selepas itu Tuan Ali telefon saya katanya " Tuan Azmi mai la sini jumpa sahabat kita ni".

Saya bergegas kepejabat Tuan Ali , ketawa besar Tuan Ali dengan ASP Rashid . Saya terus tanya ASP Rashid " Bila Tuan tukar masuk Marin pulak ni?" . Tersilap rupanya saya bila Tuan Ali kata " Dah join Maritim ni , empat balak atas bahu". Saya yang selalu berlagak tahu menyampuk pulak " Wah Tuan dah jadi komander kapal la ni" . Tuan Rashid cepat menyampuk " Saya Kapten bertugas di bahagian perundangan tak bawak kapal duk kat darat saja ".

Hebat betul la Tuan Rashid ni dari seorang ASP terus ditawarkan jawatan Kapten yang sama taraf ACP dalam PDRM . Tuan Ali pun nampak berminat je nak join Maritim . " Betul ke ni tuan?, harap-harap jangan la tuan pulak beralih angin " .

Saya sempat ambil gambar Tuan Ali dan Tuan Rashid untuk publish kat blog ni.....


Suatu ketika dulu bapa saya pernah berkata kepada saya " Allah cipta makhluknya , dan setiap makhluk yang dicipta itu telah ditetapkan dengan rezki masing-masing. Bila rezki yang ditetapkan tu dah habis , maka habis la hayatnya"

Saya cuma nak kata " Kalau lah itu hakikatnya , saya memohon keampunan dari Allah dan bersyukur diatas segala rahmat dan nikmat yang telah dikurniakan kepada saya".

1 comment:

  1. memang rezeki kita semua dah ditulis sejak azali lagi.Kita cuma berdoa dan beribadat kepada Allah semoga hidup ni aman damai sihat sejahtera.Hapuskan segala macam lanun,kawaq,penyangak dan seribu satu macam jenayah lagi. Insyaalah.

    ReplyDelete