Wednesday, June 30, 2010

Sarkar

29 Jun 2010 Beberapa orang kenalan termasuk Kak Ros menegur tajuk posting saya semalam " Sang Sarkar Bergaya , Kedah Berpesta" . Memang betul teguran mereka kerana mereka percaya saya merujuk Team Petanque PDRM kepada "Sang Saka Biru" yang menjadi kebanggaan warga PDRM .

Saya sendiri mulanya berpendapat sepatutnya saya merujuk Pasukan Petanque PDRM sebagai "Sang Saka Biru" . Tetapi saya mungkin mempunyai pandangan yang berbeza dalam membuat rujukan, maka saya memilih perkataan "Sarkar" sebagai rujukan untuk Team Petanque PDRM .

Sebenarnya saya peminat film Hindi box office " Sarkar " dan saya nak Pasukan Petanque PDRM mempunyai ramai penyokong seperti pengikut "Sarkar".

Terima kasih kepada semua yang menjenguk blog saya. Tq

Monday, June 28, 2010

Sang Sarkar Bergaya , Kedah Berpesta


28 Jun 2010 Kejohanan Petanque Maksak 2010 yang bermula pada 25 Jun 2010 telah berakhir semalam 27 Jun 2010. Saya bersyukor kehadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnianya tepat jam 1.45 pagi tadi pasukan Petanque PDRM selamat kembali ke Bukit Aman. Perjalanan pergi dan balik yang sungguh menyeronokkan. Terima kasih kepada Abang Hanafi yang begitu berhati-hati dan cermat memandu di jalan raya.

Banyak detik-detik manis yang di bawa balik dari Perlis untuk diingati dan di kenang sebagai hadiah penyertaan pasukan kami di kejohanan petanque Maksak 2010. Pasukan Petanque PDRM tetap bergaya walau pun hanya sekadar berjaya mempertahan kedudukan naib johan berpasukan lelaki dan memenangi tempat ketiga bagi berpasukan wanita. Agaknya memang tuah pasukan lelaki Kedah untuk bersorak gembira tahun ni walau pun diatas kertas pasukan kami lebih hebat dari mereka. Pasukan Kedah tewas kepada PDRM semasa saingan diperingkat kumpulan dan nyaris tersingkir tanpa kemenangan PDRM keatas Pasukan Perlis . Apa pun Tahniah untuk Kedah ....negeri kelahiran ku.

Sebagai ingatan saya amat berbangga untuk menyenaraikan gandingan Team Lelaki dan Wanita Pasukan Petanque PDRM bagi tahun 2010.

Ketua Kontinjen : Supt Ali bin Ahmad
Ketua Pasukan : ASP Che Azmi bin Bidin
Juru Latih : Cif Insp. Kamaruzaman bin Endut
P/Jurulatih : Kpl Syed Padir bin Syed Kadir
Urusetia : SM Ismail bin Ahmad
Sjn Adnan bin Abd Aziz

Atlit Lelaki : SI Hj Mohd Tahir bin Abd Malek
SM Rosli bin Harun
Kpl Rasit bin Desa
Kpl Zainal Abidin bin Wahid
Kpl Azmi bin Othman
Kpl Mohd Zin bin Yusof
Kpl Hamzah bin Adam
LKpl Mohd Zainuri bin Abdullah
LKpl Shamsul Azlan bin Samsudin
Kons Mohd Hafis bin Jamalulail
Kons Mohd Azmir bin Aripin

Atlit Wanita : Insp Ratna bt Borhan
Sjn Radziah bt Abd Aziz
Sjn Nooraini bt Ibrahim
Sjn Norina bt Ibrahim
Sjn Noraini bt Mohd Amin
Kpl Shamsiah bt Mohd Taib
LKpl Shazleen bt Sharif
LKpl Azlina bt Md Saad
LKpl Fadriyah bt Mustafa
LKpl Norzaima bt Abd Majid
Puan Idasuhana bt Aris

Disamping itu terima kasih tak terhingga kepada penyokong pasukan PDRM khas kepada Tuan Alzafani dan Dato Zaidi yang memberi sokongan moral untuk kejayaan pasukan PDRM. Sumbangan yang dihulurkan banyak membantu menyemarakkan semanngat kami semua.

Saat-saat manis di Maksak 2010....

.




Saturday, June 19, 2010

Petanque

19 Jun 2010 Petang semalam niat dihati nak menjenguk Team Petanque Maksak 2010 PDRM tapi tak sempat. Pagi ini cuti hari sabtu saya ambil kesempatan berkunjung ke Bde Tengah PGA Cheras untuk meninjau latihan yang dijalankan.

Saya kagum dengan semangat dan kegigihan Team Petanque PDRM yang begitu tekun menjalani latihan dibawah kelolaan jurulatih C/Insp Kamaruzaman dan Kpl Syed Padil. Cuaca panas yang membakar kulit langsung tidak dihiraukan ....membara betul semangat mereka nih.





Saya hanya nak kata " Sasaran kita tahun 2010 ialah untuk menjadi juara berpasukan kategori lelaki dan wanita".


Friday, June 18, 2010

Oto N Out

17 Jun 2010 Hujung minggu yang begitu menguji kesabaran saya , pagi-pagi selepas menghadiri mesyuarat Post Mortem Sukan kayak saya terus terlibat dengan ujian sistem keselamatan kebakaran bangunan baru. Sistem canggih yang keseluruhan dikawal secara otomatik yang memerlukan tindakan susulan dalam masa 3 minit kepada petugas Kem Komandan untuk mengenalpasti lokasi dan situasi sebenar kejadian .

Tindakan sususlan ini perlu cepat kerana dalam situasi ini 6 sistem keselamatan beroperasi secara otomatik . Bayangkan dalam keadaan tertentu petugas terpaksa mendaki tangga sehingga 32 tingkat kerana dalam situasi tersebut semua lif secara otomatik akan "grounded". Satu tugas yang berat dan mencabar dan memerlukan skil serta stamina untuk petugas bilik kawalan kebakaran dan keselamatan. Apa pun saya percaya dan yakin keupayaan petugas Kem Komandan untuk menguasai sistem ini.

Ujian hari ini agak memuaskan hati tetapi minggu depan kami akan buat ujian dan latihan lagi kerana ujian hari ini mengenalpasti beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki.

Fikirkan nasib terumbang ambing MP Batu Tian Chua , senyuman dan ketawa besarnya semalam bertukar menjadi muram gara-gara ketidak tentuan mentaksir Artikal 48 dan Artikal 53 Perlembagan Persekutuan saya jadi risau. Saya terfikir semula sistem kebakaran yang diuji . Adakah sistem yang saya fikir selamat itu benar-benar selamat atau masih terdapat kelemahan disegi teknikalnya? Saya nak baca dengan teliti manual nya sebelum ujian kali kedua minggu depan.

Tian Chua dah dihukum dan dia bayar tunai denda Rm 2000 yang dikenakan tanpa membuat sebarang rayuan penangguhan kerana masa itu dia dan peguamnya begitu yakin dia tidak kehilangan kerusi Parlimen Batu.

Karpal Singh dengan tegas berpendapat kemungkinan Tian Chua kehilangan kerusi akibat hukuman tersebut . Tian Chua dan peguam-peguamnya mula hilang keyakinan dan gelabah berusaha untuk mentaksir Artikal 48 dan Artikal 53 Perlembagaan Persekutuan mengikut kehendak mereka.

Inilah perkara rutin yang menjadi amalan para peguam. Saya tak ada ijazah undang-undang maka tak ada autoriti untuk membuat taksiran . Hanya sekadar membaca dan membuat taksiran sendiri dimana saya yakin Tian Chua sudah out walau pun penjaga garisan belum mengangkat bendera merahnya.



Bapa saya dulu pernah berpesan " Dalam apa keadaan pun walau kita tidak nampak sebarang cacat celanya , kita kena kaji dan teliti sehalusnya sebelum membuat keputusan "

Saya hanya nak kata " Kita nampak tak ada , orang lain pulak nampak ada . Jangan kata mereka salah kerana mungkin makrifat mereka tu lebih tinggi dari kita".

Tuesday, June 15, 2010

Untung Tak Mau Rugi

15 Jun 2010 Fikiran dah buntu tak tau apa nak buat, kerja pejabat menimbun. Nak lari pergi cuti bos pulak tak ada. Tension betul nih....

Nak hilang tension dan serabut kat kepala saya nak ketawa sorang-sorang dengan gimik politik gila orang melayu. Nak tau sama-sama kita dengar apa kata tokoh-tokoh pemimpin parti Islam kat Malaysia tentang perubahan Visi dan Misi parti mereka.

Apa kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang

(1) Kerjasama politik yang diamalkan dalam Pakatan Rakyat - bersama PKR dan DAP - sekarang ini dibuat berdasarkan al-Quran dan diizinkan syarak.

(2)Kerjasama dengan Umno yang diibaratkan sebagai menggadaikan prinsip dan akhlak, tidak boleh dijadikan contoh dalam Islam.

(3)Berdasarkan al-Quran dan muzakarah ulama yang dirakamkan dalam kitab-kitab, umat Islam dibenarkan melibatkan masyarakat bukan Islam dalam urusan politik.

(4)Amalan politik dalam Islam berbeza dengan sembahyang. Dalam mengerjakan sembahyang berjemaah, yang jadi imam mesti Islam, makmumnya pun Islam.

(5)Dalam politik, pemimpinya Islam, tetapi petugasnya boleh diambil daripada kalangan Islam dan bukan Islam.

(6) Pas tolak UMNO kerana Umno mengamalkan pendekatan perkauman sempit.

(7) Gagasan dengan BN tak boleh selesai masalah kerana BN masih tebal dengan perkauman dan dipimpin oleh pemimpin2 yang rasuah.


Ini pula apa yang dikata oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat

(1)Bagi menjayakan perjuangan Islam, umat Islam masih perlu bergantung kepada masyarakat bukan Islam .

(2) Nabi Muhammad juga melakukannya pada zaman awal penyebaran agama Islam, termasuk mendapatkan perlindungan daripada bapa saudaranya Abu Talib yang tidak memeluk agama Islam.

(3)Tahaluf atau kerjasama politik PAS dengan DAP dalam Pakatan Rakyat mengambil iktibar daripada sunah Rasulullah .

(4)Nabi dulu berjuang sampai kena potong perkataan 'rasulullah' dalam perjanjian Hudaibiah antara Nabi Muhammmad dan kafir quraish . Nabi sanggup buat begitu asal Islam boleh bertahan.

Bapa saya pernah berkata " Dalam politik semua ada justifikasi, betul atau salah fikir la sendiri".

Saya hanya nak kata " Politik semua boleh , asalkan menguntungkan diri sendiri"

Saturday, June 12, 2010

Hangus Jadi Abu

12 Jun 2010 Saya begitu tertarik dengan Sumpah Melayu oleh Onn Jaafar yang dipetik oleh saudara Rocky bru dari blog SatD.

KAMI, umat Melayu beragama Islam pada hari ini berjanji tidak akan berhasad dengki, khianat dan iri hati, bertelagah dan berbalah sama sendiri.

KAMI berjanji akan bersatu padu dan patuh menegakkan agama Islam.

KAMI juga berjanji akan bekerja kuat untuk menyara diri dan keluarga kami.

KAMI sedia bersaing sesama umat Melayu dan kaum-kaum lain dengan jujur dan terhormat.

KAMI umat Melayu bersumpah setia untuk:

Mempertahankan kepentingan dan hak Melayu;

Mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu;

Memperjuangkan ikhtisad dan pelajaran bangsa Melayu; dan

Mempertahankan maruah Negara supaya aman sejahtera.

Saya teringat kata-kata yang pernah diucapkan oleh Mantan PM Tun Dr Mahathir yang berkata " Melayu mudah lupa".

Dalam hati saya berkata " Betul Melayu mudah lupa tapi tak apa , Hang Tuah kata,'Tak kan Melayu hilang didunia' ".

Saya terkejut bila anak kecil saya yang berdiri disebelah saya tiba-tiba berkata " Abah kalau orang mudah lupa solat , masuk neraka hangus kena bakar kan , kalau hangus dia jadi abu kan ?".

Saya bingkas bangun untuk menunaikan solat asar. Nasib baik ada anak untuk mengingatkan saya yang mudah lupa ni. Alhamdulillah.

Friday, June 11, 2010

Buta Perut @ Gaji Buta

11 Jun 2010 Jumaat Ini adalah kisah manusia-manusia yang tidak bersyukur dengan nikmat Allah . Tiada kerja mereka minta kerja tetapi selepas diberi kerja dan gaji yang lumayan ini pula yang mereka lakukan. Nak kata mereka-mereka ni tidak berpelajaran tak boleh juga kerana sebab mereka berpelajaran lah mereka diambil bekerja. Agaknya mereka-mereka ni buta perut kut.

Hari ini Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mendedahkan pekung yang berbunyi seperti berikut.

(1)Bagi tempoh dari Januari hingga Mac tahun ini seramai 621 pegawai awam diambil tindakan tatatertib, berbanding 353 dalam tempoh yang sama tahun lepas.

(2)Pegawai awam kumpulan sokongan yang diambil tindakan seramai 546 orang (87.9 %).

(3) Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional 73 Orang.

(4) Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi 2 orang.

(5) Pegawai Badan Berkanun Persekutuan (BBP) merekodkan bilangan paling tinggi diambil tindakan iaitu seramai 245 orang berbanding seramai 69 orang yang diambil tindakan tahun lepas.

(6) Kesalahan Pelanggaran Tata kelakuan sebanyak 399 kes (61 %).

(7) Kesalahan kerana Tidak Hadir Bertugas 141 kes (21.6 %).

(8) Hukuman yang paling kerap dijatuhkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib ialah amaran. Seramai 256 pegawai telah diberikan amaran . Sejumlah 133 pegawai pula telah dikenakan denda.

(9) Seramai 103 pegawai dihukum buang kerja , 72 pegawai pula dilucutkan hak emolumen dan 46 pegawai dikenakan hukuman ditangguh pergerakan gaji.

(10) Pendedahan secara terperinci oleh JPA adalah selari dengan prinsip dan amalan ketelusan untuk meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan dalam perkhidmatan awam.

Bapa saya dulu berpesan " Bila kamu dah bekerja dengan kerajaan, kamu dah buat akujanji . Jangan nak mengelat pulak , pegang lah amanah tu sampai kamu bersara nanti"

Saya hanya nak kata " Kalau dah rasa tak mampu nak buat kerja yang diamanah kan lebih baik berhenti , tak baik makan gaji buta".

Wednesday, June 9, 2010

Dayung


Seronak merakamkan gambar-gambar kenangan saya bersama Tuan Ali semasa menghadiri Majlis Perasmian dan Penutup Pertandingan Kayak Dan Perahu Panjang Maksak 2010 .
Pasukan PDRM mempamirkan kehebatan apabila berjaya menjulang Piala Tan Sri Ismail Adam yang dipertandingkan.



Saya hanya nak kata " Terima kasih kepada anak-anak buah yang bertungkus lumus mengusung kayak , kerusi meja dan memasang hiasan keliling tasek selama 3 hari kejohanan berlangsung ".

Sunday, June 6, 2010

Boundry N Bluff Road + Presint 6

6 Jun 2010 Pukul 4.30 pagi baru sampai balik kerumah. Badan lengoh dan letih selepas bersidai dalam kereta . Omongnya saya dengan empat sahabat dan Syahir anak manja saya baru balik dari berkunjung ke utara semenanjung . Kami menjadi wakil Tuan Ali dan sahabat-sahabat di Kem Komandan untuk merai dan menunaikan jemputan majlis perkahwinan rakan sekerja kami Mohd Arif dan pasangannya yang jelita Amy.



Kami sampai dirumah Arif Jalan Sempadan , Air Itam pun dah pukul 4.30 petang. Tak sangka pulak jalan raya sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur begitu sesak. Agaknya kerana ramai orang balik kampung musim cuti sekolah dan kenduri kahwin ni. Bila kami hubungi Kak Mary katanya dia dan Kak Mon dah nak bertolak balik. Tapi kami seronok jugak bila tenguk Farah dan kawannya masih menunggu untuk bertemu muka dengan kami sebelum berlepas balik keKedah.

Walau pun lewat sampai kami diberi layanan istemewa oleh pengantin dan keluarganya. Puas hati kami menghabiskan makanan lazat yang dihidangkan.






Walau pun keletihan tapi kami tetap seronok dengan perjalanan ini, lebih-lebih Abang Akob yang kali pertama menjejak kaki ke Pulau Mutiara tu. Masa balik dia paksa kami bawa dia melawat ke Bukit Bendera dan Padang Kota Lama . Balik ke seberang pun dia tak nak ikut jambatan nak naik Feri pulak. Dalam hati saya berkata " Meragam betul la dia ni " . Apa-apa pun untuk Abang Akob "lain kali kita boleh pergi lagi , kita bawa Syarif lobo sama supaya kita boleh makan itik kat rumah dia".
Kalau tak kerana terpaksa ke Putrajaya pagi ini, mungkin kami bermalam kat Penang atau Kedah saja. Letih sangat la... kesian dengan Abang Salmee yang terpaksa berjegil mata untuk bawa kami balik ke Kuala Lumpur dengan Selamat . Alhamdulillah...

Pukul 9.30 pagi saya dengan Tuan Ali bergegas pula ke Komplek Sukan Air Presint 6 Putrajaya untuk bersama-sama di Majlis perasmian dan penutup Pertandingan Sukan Perahu Panjang dan Kayak Piala Tan Sri Ismail Adam Maksak 2010 . PDRM menjadi juara keseluruhan , Johor tempat kedua dan ATM tempat ketiga. Tahniah! untuk Team PDRM.


Selesai majlis saya dan Tuan Ali terus bergegas ke Masjid Bukit Aman untuk bersama-sama di Majlis perkahwinan staf Kem Komandan Mardiana dan Asraf . Selamat Pengantin baru dan didoakan kekal bahagia hingga keakhir hayat untuk Mardiana dan Asraf.

Friday, June 4, 2010

Tolak N Kait


4 Jun 2010 Beruntungnya bagi orang-orang yang ditakdirkan dapat kerja dalam syarikat macam ni. Kerja 10 bulan sahaja tapi gaji yang dibayar pula untuk tempoh 14 bulan kerja. Susah nak percaya tapi inilah hakikatnya yang dah terpancar dikalayak umum .

Tak kisah la kalau mak bapak dia orang yang keluar duit untuk modal syarikat tu tapi yang jadi kisah ni syarikat tu dimodalkan dengan duit kerajaan yang tentunya jugak duit rakyat.

Inilah kenyataan yang nak saya kongsi bersama manalah tahu tahun ni kerajaan Malaysia pun boleh jadikan contoh untuk memberi motivasi kepada kakitangan awam nya .....

(1) Pegawai kanan dan kakitangan Kumpulan anak syarikat kerajaan negeri dan pemegang konsesi perlombongan pasir, dibayar bonus yang banyak berjumlah lebih RM503,613.59 hanya 10 bulan selepas syarikat memulakan operasi.

(2) Pengerusi bukan eksekutif menerima bonus RM48,000 , pengarah eksekutif RM82,000 bersamaan 4 bulan gaji selepas sepuloh bulan mengurus syarikat. Enam pegawai kanan syarikat juga menerima bonus 4 bulan gaji manakala 22 staf lain diberi bonus 1.5 bulan gaji.

(3) Bonus yang diberi berdasarkan sasaran pendapatan syarikat sebagai motivasi . Amalan yang diakui tidak pernah berlaku dalam sektor korparat.

Moyang saya dulu pernah berkata " Sepanjang hidup ni dari muda sampai ke tua embah dah bekerja keras , tebang pokok dan hutan buat kampung hanya dengan kapak beliung pusaka ni . Embah tak pernah pun minta bonus sebab apa yang embah buat ni semata-mata untuk anak cucu dan cicit embah di kemudian hari. Hang Pa jaga la kampung ni elok2 ".

Saya hanya nak kata " Embah orang sekarang tak guna kapak beliung lagi , depa dah guna jentolak dan jengkait . Mana yang dia orang boleh tolak diorang tolak dan mana yang boleh dikait mereka akan kait sampai licin"

Wednesday, June 2, 2010

4 Balak @ Maritim

2 Jun 2010 Semalam saya agak terkejut apabila sekilas pandang ternampak kelibat ASP Rashid menyelinap masuk ke pejabat Tuan Ali . Yang mengejutkan saya adalah kerana ASP Rashid berpakaian serba putih berbeza sekali dengan penampilannya sebelum ini . Saya tak nak ganggu kerana mungkin ada hal penting nak dibincangkan dengan Tuan Ali.

Tak lama selepas itu Tuan Ali telefon saya katanya " Tuan Azmi mai la sini jumpa sahabat kita ni".

Saya bergegas kepejabat Tuan Ali , ketawa besar Tuan Ali dengan ASP Rashid . Saya terus tanya ASP Rashid " Bila Tuan tukar masuk Marin pulak ni?" . Tersilap rupanya saya bila Tuan Ali kata " Dah join Maritim ni , empat balak atas bahu". Saya yang selalu berlagak tahu menyampuk pulak " Wah Tuan dah jadi komander kapal la ni" . Tuan Rashid cepat menyampuk " Saya Kapten bertugas di bahagian perundangan tak bawak kapal duk kat darat saja ".

Hebat betul la Tuan Rashid ni dari seorang ASP terus ditawarkan jawatan Kapten yang sama taraf ACP dalam PDRM . Tuan Ali pun nampak berminat je nak join Maritim . " Betul ke ni tuan?, harap-harap jangan la tuan pulak beralih angin " .

Saya sempat ambil gambar Tuan Ali dan Tuan Rashid untuk publish kat blog ni.....


Suatu ketika dulu bapa saya pernah berkata kepada saya " Allah cipta makhluknya , dan setiap makhluk yang dicipta itu telah ditetapkan dengan rezki masing-masing. Bila rezki yang ditetapkan tu dah habis , maka habis la hayatnya"

Saya cuma nak kata " Kalau lah itu hakikatnya , saya memohon keampunan dari Allah dan bersyukur diatas segala rahmat dan nikmat yang telah dikurniakan kepada saya".