Friday, June 11, 2010

Buta Perut @ Gaji Buta

11 Jun 2010 Jumaat Ini adalah kisah manusia-manusia yang tidak bersyukur dengan nikmat Allah . Tiada kerja mereka minta kerja tetapi selepas diberi kerja dan gaji yang lumayan ini pula yang mereka lakukan. Nak kata mereka-mereka ni tidak berpelajaran tak boleh juga kerana sebab mereka berpelajaran lah mereka diambil bekerja. Agaknya mereka-mereka ni buta perut kut.

Hari ini Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mendedahkan pekung yang berbunyi seperti berikut.

(1)Bagi tempoh dari Januari hingga Mac tahun ini seramai 621 pegawai awam diambil tindakan tatatertib, berbanding 353 dalam tempoh yang sama tahun lepas.

(2)Pegawai awam kumpulan sokongan yang diambil tindakan seramai 546 orang (87.9 %).

(3) Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional 73 Orang.

(4) Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi 2 orang.

(5) Pegawai Badan Berkanun Persekutuan (BBP) merekodkan bilangan paling tinggi diambil tindakan iaitu seramai 245 orang berbanding seramai 69 orang yang diambil tindakan tahun lepas.

(6) Kesalahan Pelanggaran Tata kelakuan sebanyak 399 kes (61 %).

(7) Kesalahan kerana Tidak Hadir Bertugas 141 kes (21.6 %).

(8) Hukuman yang paling kerap dijatuhkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib ialah amaran. Seramai 256 pegawai telah diberikan amaran . Sejumlah 133 pegawai pula telah dikenakan denda.

(9) Seramai 103 pegawai dihukum buang kerja , 72 pegawai pula dilucutkan hak emolumen dan 46 pegawai dikenakan hukuman ditangguh pergerakan gaji.

(10) Pendedahan secara terperinci oleh JPA adalah selari dengan prinsip dan amalan ketelusan untuk meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan dalam perkhidmatan awam.

Bapa saya dulu berpesan " Bila kamu dah bekerja dengan kerajaan, kamu dah buat akujanji . Jangan nak mengelat pulak , pegang lah amanah tu sampai kamu bersara nanti"

Saya hanya nak kata " Kalau dah rasa tak mampu nak buat kerja yang diamanah kan lebih baik berhenti , tak baik makan gaji buta".

No comments:

Post a Comment