Friday, June 18, 2010

Oto N Out

17 Jun 2010 Hujung minggu yang begitu menguji kesabaran saya , pagi-pagi selepas menghadiri mesyuarat Post Mortem Sukan kayak saya terus terlibat dengan ujian sistem keselamatan kebakaran bangunan baru. Sistem canggih yang keseluruhan dikawal secara otomatik yang memerlukan tindakan susulan dalam masa 3 minit kepada petugas Kem Komandan untuk mengenalpasti lokasi dan situasi sebenar kejadian .

Tindakan sususlan ini perlu cepat kerana dalam situasi ini 6 sistem keselamatan beroperasi secara otomatik . Bayangkan dalam keadaan tertentu petugas terpaksa mendaki tangga sehingga 32 tingkat kerana dalam situasi tersebut semua lif secara otomatik akan "grounded". Satu tugas yang berat dan mencabar dan memerlukan skil serta stamina untuk petugas bilik kawalan kebakaran dan keselamatan. Apa pun saya percaya dan yakin keupayaan petugas Kem Komandan untuk menguasai sistem ini.

Ujian hari ini agak memuaskan hati tetapi minggu depan kami akan buat ujian dan latihan lagi kerana ujian hari ini mengenalpasti beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki.

Fikirkan nasib terumbang ambing MP Batu Tian Chua , senyuman dan ketawa besarnya semalam bertukar menjadi muram gara-gara ketidak tentuan mentaksir Artikal 48 dan Artikal 53 Perlembagan Persekutuan saya jadi risau. Saya terfikir semula sistem kebakaran yang diuji . Adakah sistem yang saya fikir selamat itu benar-benar selamat atau masih terdapat kelemahan disegi teknikalnya? Saya nak baca dengan teliti manual nya sebelum ujian kali kedua minggu depan.

Tian Chua dah dihukum dan dia bayar tunai denda Rm 2000 yang dikenakan tanpa membuat sebarang rayuan penangguhan kerana masa itu dia dan peguamnya begitu yakin dia tidak kehilangan kerusi Parlimen Batu.

Karpal Singh dengan tegas berpendapat kemungkinan Tian Chua kehilangan kerusi akibat hukuman tersebut . Tian Chua dan peguam-peguamnya mula hilang keyakinan dan gelabah berusaha untuk mentaksir Artikal 48 dan Artikal 53 Perlembagaan Persekutuan mengikut kehendak mereka.

Inilah perkara rutin yang menjadi amalan para peguam. Saya tak ada ijazah undang-undang maka tak ada autoriti untuk membuat taksiran . Hanya sekadar membaca dan membuat taksiran sendiri dimana saya yakin Tian Chua sudah out walau pun penjaga garisan belum mengangkat bendera merahnya.



Bapa saya dulu pernah berpesan " Dalam apa keadaan pun walau kita tidak nampak sebarang cacat celanya , kita kena kaji dan teliti sehalusnya sebelum membuat keputusan "

Saya hanya nak kata " Kita nampak tak ada , orang lain pulak nampak ada . Jangan kata mereka salah kerana mungkin makrifat mereka tu lebih tinggi dari kita".

No comments:

Post a Comment