Friday, June 4, 2010

Tolak N Kait


4 Jun 2010 Beruntungnya bagi orang-orang yang ditakdirkan dapat kerja dalam syarikat macam ni. Kerja 10 bulan sahaja tapi gaji yang dibayar pula untuk tempoh 14 bulan kerja. Susah nak percaya tapi inilah hakikatnya yang dah terpancar dikalayak umum .

Tak kisah la kalau mak bapak dia orang yang keluar duit untuk modal syarikat tu tapi yang jadi kisah ni syarikat tu dimodalkan dengan duit kerajaan yang tentunya jugak duit rakyat.

Inilah kenyataan yang nak saya kongsi bersama manalah tahu tahun ni kerajaan Malaysia pun boleh jadikan contoh untuk memberi motivasi kepada kakitangan awam nya .....

(1) Pegawai kanan dan kakitangan Kumpulan anak syarikat kerajaan negeri dan pemegang konsesi perlombongan pasir, dibayar bonus yang banyak berjumlah lebih RM503,613.59 hanya 10 bulan selepas syarikat memulakan operasi.

(2) Pengerusi bukan eksekutif menerima bonus RM48,000 , pengarah eksekutif RM82,000 bersamaan 4 bulan gaji selepas sepuloh bulan mengurus syarikat. Enam pegawai kanan syarikat juga menerima bonus 4 bulan gaji manakala 22 staf lain diberi bonus 1.5 bulan gaji.

(3) Bonus yang diberi berdasarkan sasaran pendapatan syarikat sebagai motivasi . Amalan yang diakui tidak pernah berlaku dalam sektor korparat.

Moyang saya dulu pernah berkata " Sepanjang hidup ni dari muda sampai ke tua embah dah bekerja keras , tebang pokok dan hutan buat kampung hanya dengan kapak beliung pusaka ni . Embah tak pernah pun minta bonus sebab apa yang embah buat ni semata-mata untuk anak cucu dan cicit embah di kemudian hari. Hang Pa jaga la kampung ni elok2 ".

Saya hanya nak kata " Embah orang sekarang tak guna kapak beliung lagi , depa dah guna jentolak dan jengkait . Mana yang dia orang boleh tolak diorang tolak dan mana yang boleh dikait mereka akan kait sampai licin"

2 comments:

  1. Tuan Azmi, satu hari nanti anda juga akan menjadi orang pencen macam saya ini. Walaupun saya pencen awal ketika berumur 52 th, tetapi saya telah berkhidmat lebih dari 33 tahun termasuklah ketika saya berkhidmt di Singapura. Pencen yg dibayar atas khidmat saya 29 tahun saja, 4 tahun lagi itu dah hilang, peliknya ada yg dapat 4 tahun itu. Harap2 sdra tidak menjadi mangsa seperti saya. Majikan yang perihatin seperti mana yg sdra sebutkan itu, tentunya sentiasa menjaga kebajikan pekerja2nya.
    Saya mendapat surat kepujian pegawai pendakwa terbaik - tapi menegak melintang tak pernah dapat pun - jauh sekali nak naik pangkat. 22 th hanya p/i, i dan k/i.....

    ReplyDelete
  2. Salam Tn Hj,

    Tak cuba semak dengan JPA ke kenapa boleh jadi begiitu . Kalau ada orang dalam kes yang serupa dapat, sepatutnya Tn Hj pun dapat. Cuba2 la buat rayuan balik dengan merujuk kepada mereka yang dapat tu.

    Tak rugi kalau kita cuba....

    Tq.

    ReplyDelete