1 Februari 2011 Sambutan hari Wilayah Persekutuan, kerana berpejabat di Empayar Wilayah maka bercuti lagi la saya.....seronok dan gembira jugak la ...hihihi
Rupanya tahun ini, genaplah 37 tahun bagi Bandaraya Kuala Lumpur, 27 tahun Labuan dan 10 tahun Putrajaya merayakan sambutan di bawah entiti Wilayah Persekutuan. Khabarnya ini adalah kali ketujuh sambutan dibuat secara bersama menggabungkan ketiga-tiga Wilayah.
Tema sambutan yang dipilih pada tahun ini ialah “1Wilayah Persekutuan Menjuarai Transformasi”. Patut la sahabat-sahabat kami kat pejabat Kem Komandan seperti Syarif Lobo , Gobi , Abang Akob dengan bantuan sahabat-sahabat karib mereka berhempas pulas memanjat dan mengikat bendera Wilayah Persekutuan dimana saja ruang yang boleh .
Nampak gayanya macam lebih bendera kat Bukit Aman dari Komplek Dbkl la pulak,,,hehehe.
Tak apa la Abang Akob Oii, kalau kita tak sambut hari wilayah siapa lagi yang nak sambut kan? Tak kan nak harapkan lanun-lanun Somalia tu yang sambut. Suruh depa panjat kapal pasang bendera boleh la.
Tapi heran ya, kenapa lanun-lanun tu muda sangat, macam budak baru lepas sekolah je....agaknya mereka yang jadi lanun tu dikalangan pelajar-pelajar yang dipilih untuk program ' practical training' saja kut ?.
Nak marah pun tak sampai hati kerana terlebih rasa simpati kat mereka lanun-lanun remaja hingusan tu . Agaknya mereka tersepit dalam perjuangan untuk hidup dan akhirnya menjadi mangsa keadaan.
Rasanya amat-amat bersyukur la kerana kehidupan kita kat Malaysia ni, tak perlu jadi lanun macam mereka untuk mendapatkan sesuap makanan .....
Kerana rasa amat seronok menyambut hari Wilayah , saya bawa isteri saya menunggang VTS 200 saya mendaki Bukit dipinggir 'Kelang Valley'. Sambil menghirup udara nyaman, kami berdua menikmati keindahan Bandaraya Kuala Lumpur yang tersergam indah dengan penuh kesyukuran diatas kurniaan Allah swt ini.
Kami juga sempat posing kat situ untuk kenang-kenangan. Begitu hebat dan menawan, lelaki kacak berteman wanita anggun ..... hehehe
The King, his family and U
1 week ago
No comments:
Post a Comment