Monday, February 28, 2011

'Jenahak' Greysands

25 Feb 2011 Jumaat Perkampungan selama lima hari di Greysands Port Dickson berakhir hari ini. Lepas upacara perasmian penutup dan penyampaian sijil saya bersama peserta kursus menikmati hidangan tengahari terakhir kami di Greysands. Istimewanya kami dapat makan sup seekor ikan Jenahak Merah yang baru didaratkan dari laut. Peserta kursus berkongsi membeli ikan tersebut dari nelayan Pantai dengan harga RM 150 seekor. Sedap sampai menjilat sudu kata abang Alwi.

Apa yang mengejutkan dan membuatkan saya begitu terharu ialah apabila dalam sibuk-sibuk bersalam nak balik , ada seorang peserta kursus tiba-tiba berkata kepada saya “ Tuan , sedap-sedap ikan Jenahak yang mahal, yang kita makan ni , tak boleh nak lawan dengan nilai ilmu yang saya dapat lima hari berkursus kat sini”. Saya balas balik kat dia “ Alhamdulillah la , kalau macam tu”.

Kursus Keselamatan Kawasan dan Bangunan siri 1/2011 bermula pada 22 Februari 2011. Seramai 35 peserta dikalangan anggota dari semua unit Kem Komandan Bukit Aman menghadiri kursus ini. Saya dan Sm Lok U @ Mail Besi bertindak sebagai Fesilitator , urusetia kursus pula dilaksanakan oleh Abang Alwi dan Haslina .

Tuan Ali yang sepatutnya hadir menjadi penal persembahan peserta ,hanya sempat menghadiri satu slot ceramah yang diprogaramkan kepadanya. Selepas ceramah dia terpaksa bergegas ke Bukit Tinggi , Pahang menghadiri bengkel 3 hari anjuran Lembaga Perlesenan Getah Malaysia. Katanya lepas ceramah “Tuan Azmi ganti saya la jadi penal persembahan peserta “.

Tahniah saya kepada Abang Alwi dan Haslina yang begitu berjaya mengatur dan mempastikan program kursus berjalan dengan lancar. Kesian juga kat peserta kursus dah la nak keluar dari kawasan Mes pun tak boleh, nak mandi laut pun tak dibenar oleh urusetia . Sampaikan wakil mereka saudara Fauzi berjumpa saya minta kebenaran nak mandi laut sehari sebelum balik. Saya pun tumpang juga mandi dengan mereka hari tu. Kejam juga rupanya Abang Alwi ni….hihihi

Macam biasa , agaknya dah jadi budaya kut , malam terakhir berkampung peserta kursus anjur ‘malam mesra’ siap dengan karaoke lagi. Pengacara Aref dan Izhar menghidupkan suasana , gelagat Sm Lok U pula menggeramkan anak-anak muda termasuk saya. Bisik saya kat Abang Alwi “ Hang tenguk tu , orang tua tak sedar diri”. Lepas tu kami berdua ketawa mengekek-ngekek ….hihihi.

Seronok nak publish gambar kenangan masa kursus ni…











Friday, February 18, 2011

Provokasi N Pro Demokrasi @ Teluk

[Terkini : 18 Februari 2011  Reuters melapurkan sumber Tentera Mesir mengesahkan permohonan dua kapal perang Iran melalui Terusan Suez diluluskan oleh Kementerian Pertahanan Mesir]

Posting Asal


17 Februari 2011 Khamis   Hanya sekadar nak berkongsi buah fikran dan pandangan dengan rakan-rakan khasnya Tuan Ali , Sm Mail Lok U , Kak Ros dan semua rakan-rakan pejabat.

 Bagi CC Kak Normah kira ok la jugak sebab dia dah menunaikan haji , tapi kami yang belum pergi ni agak gusar sikit terutamanya SM Lok U yang baru mendaftar untuk ke Mekah . Adakah lepas ni kita boleh lagi dengan selesanya berkunjung ke Timur Tengah untuk menunaikan rukun islam yang kelima?

Berita dari Teluk yang baru diterima.....hihihi

 Israel menganggap kehadiran dua buah kapal perang Iran berhampiran Terusan Suez sebagai provokasi oleh negara islam tersebut. Adakah pemerintah tentera yang kini berkuasa di Mesir akan membenarkan Iran membawa kapal perangnya melalui terusan suez ? Adakah pihak berkuasa di Mesir sekarang akan memecah tradisi lebih 31 tahun selepas Perjanjian damai Mesir Israel pada tahun 1979?

Dibawah undang-undang antara bangsa , kapal perang tersebut berhak melalui terusan suez . Bagaimana pun kelulusan melalui terusan  oleh kapal perang mana-mana negara perlu mendapat kelulusan daripada Kementerian pertahan dan Kementerian Luar Mesir.

Adakah situasi ini akan menghangat lagi rantau Teluk yang sedang bergelora ?  Negara Barat dan Amerika khasnya sekarang semakin beriya-iya menghasut rakyat di Negara Teluk untuk bangkit menjatuhkan  kerajaan yang memerintah. Adakah Amerika dan sekutunya akan mengambil peluang provokasi tentera Iran yang dicanang oleh Israel ini untuk menghalalkan penglibatan tentera mereka di Teluk?  

Sama-sama lah kita saksikan permainan Amerika dan Barat dalam persaingan menguasai kekayaan diTeluk.

Apa yang saya nak tanya  "Adakah umat islam di Teluk akan terus leka dan dibuai dengan nyanyian musuh-musuhnya sehingga membawa kepada kehancuran ummah?"

Wednesday, February 16, 2011

1 Malaysia , 1 Ummah

15 Februari 2011  Mengingati sejarah kelahiran Nabi Muhammad Saw setiap tahun membuatkan saya tidak lupa tarikh 12 Rabiul Awal . Walau pun saya tidak bersama rakan-rakan  berarak sambil berselawat di Putrajaya, saya mengikuti dengan penuh keinsafan perarakan tersebut dikaca TV sambil berselawat sama.....



"Ya Allah selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti Engkau kurniakan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia. Ya Allah, berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti telah yang Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia".


Yang membuatkan saya memerah otak untuk berfikir ialah apabila dalam ucapan YAB Menteri Jamil Khir Johari yang tersentuh sedikit peristiwa yang dialaminya semasa berada di Mesir semasa menguruskan kepulangan pelajar-pelajar Malaysia yang terperangkap dalam kekecohan diMesir.


Sama-sama lah kita mendoakan agar saudara muslim kita di Mesir akan menikmati kehidupan yang lebih gemilang dan tidak terperangkap dengan tindak tanduk musuh-musuh islam yang kini berusaha menguasai negara tersebut dan dunia Arab amnya.


Apa yang kita dapat lihat hari ini ialah bagimana Amerika dan pihak Barat yang sedang berusaha untuk merialisasikan kehendak mereka. Amerika dan Barat sedang memainkan peranan penting untuk memecah belah perpaduan umat muslim dinegara Teluk yang menjadi idaman mereka sejak dulu lagi. 


Amerika dan negara barat cuba mengalih kegagalan mereka membendung peningkatan pengangguran  dinegara mereka . Dengan mengujudkan krisis di negara Arab disamping mengalih perhatian rakyat , Amerika dan negara barat juga mengaku telah dapat  mengaut keuntungan segera. 


Mereka mengaut keuntungan dengan menjadikan berjuta-juta Muslim di negara Teluk hidup melarat bagi satu tempoh yang belum dapat dijangkakan. Cubalah kita bayangkan apakah yang telah mereka lakukan terhadap umat islam di Iraq sejak serangan mereka 8 tahun lalu.  Sehingga sekarang rakyat Iraq masih berbunuh sesama sendiri , begitu jugalah yang menimpa nasib muslim di Afganisthan. 


Adakah saudara muslim kita akan terus terperangkap dan berperang sesama sendiri dengan permainan zionis Amerika dan sekutunya? Kalau lah kita melihat dan dapat mengerti betapa seronoknya puak-puak barat ini bertepuk tangan meraikan kejayaan mereka memecah belah persaudaraan islam dan memerhati kehancuran dan kebinasaan kerajaan islam yang dibenci oleh mereka selama ini. Sama-sama lah kita renung-renungkan.


Sebenarnya Amerika masih berhati-hati dengan keadaan di Mesir , kalau kita dengar  kenyataan pemimpin-pemimpin mereka khasnya Obama dan Hilary clinton , apa yang dibimbangi mereka ialah peralihan kuasa di Mesir tidak menepati acuan mereka.  Mereka takut perancangan mereka menjadikan kerajaan boneka di Mesir akan dirompak oleh perjuang-pejuang islam tulin rakyat Mesir bagi menubuhkan negara islam yang berdaulat. 


Maka tidaklah kita hairan , kalau kita hari ini dihidangkan melalui berita di BBC , CNN dan Al Jazera protes-protes yang berterusan di negara Teluk. Mereka terus membuat spekulasi untuk menyemarakkan perjuangan menentang pemerintah yang sebenarnya diprovokasikan oleh agen-agen Amerika dan Barat.


Adakah puak syiah dan sunni di Iran akan terus bertempur kerana terpengaruh dengan permainan Amerika ini? Adakah mereka dapat ditenteramkan oleh kerajaan Iran. 


Adakah Mesir boleh mengharapkan pertubuhan Ikwanul Muslim (Muslim Brotherhood) yang kini tanpa disedari dibiayai dan  dipengaruhi Yahudi mengembalikan kegemilangan islam? 


Apa pun , demi islam yang mulia ini marilah kita bersama-sama berdoa kehadrat Allah swt  mudah-mudahan , agenda jahat Amerika dan Barat dapat ditentang habis-habisan. Biarlah Amerika dan negara barat dengan demokrasi ala mereka , dan bumi Islam yang mulia ini biarlah kita perjuang dan pertahankan bersandarkan ajaran quran dan hadis.


Selamat Menyambut Maulidur Rasul " 1 Malaysia , 1 Ummah"

Monday, February 14, 2011

Army @ Stepped Down V

14 Februari 2011   Kumpulan penunjuk perasaan  yang masih berkumpul kat Dataran Tahrir mendesak  mahukan supaya Majlis presiden diujudkan, parlimen dibubar dan pembebasan  segera tahanan politik bagi menunjukan respon peralihan kepada demokrasi dan pemerintahan awam. 
Penunjuk perasaan  juga mengesa   Majlis Angkatan Tentera agar menghapuskan segera undang-undang darurat yang memberi kuasa luas kepada polis.
Apa yang saya rasa sedih ialah nasib anggota-anggota polis Mesir , disebalik penghinaan dan kejian oleh penunjuk perasaan kerana tindakan terdahulu mereka semasa tercetus rusuhan  , kini mereka pun terpaksa sama-sama menunjuk perasaan pula untuk mendapatkan layanan kerja dan gaji yang setimpal.
Apa yang Majlis Angkatan Tentera putuskan semasa mesyuarat pertama mereka ialah membubarkan parlimen dan menggantung perlembagaan. Mesir kini berada dibawah Undang-Undang  Tentera. Peralihan hanya akan dilaksanakan dalam tempoh enam bulan atau sehingga   pemilihan presiden dan pilihhanraya dapat dijalankan.
Dalam tempoh ini kerajaan sementara yang dilantik oleh Hosni Mubarak pada 25 Jan 2011 semasa bermulanya protes akan dikekalkan sehingga kabinet baru ditubuhkan.
Apa yang menariknya ialah apabila Majlis Angkatan Tentera menekankan sebarang pindaan kepada perlembagaan yang akan dilaksanakan oleh Jawatan kuasa yang dilantik oleh kerajaan sementara akan patuh kepada semua perjanjian antarabangsa yang dibuat semasa pemerintahan Hosni Mubarak khasnya perjanjian perdamaian 1979 dengan Israel.
Adakah selepas ini Tentera pula terpaksa berhempas pulas dengan penunjuk perasaan sekiranya mereka masih berdegil di Tahrir Square? Adakah selepas ini mereka juga akan di caci oleh penunjuk perasaaan kerana tindakan mereka?
Saya hanya tertanya-tanya adakah Mesir akan terus bergolak selepas ini atau keamanan segera pulih di negara islam ini.

Sunday, February 13, 2011

Army @ Stepped Down IV

13 Februari 2011   Ketua Majlis Tertinggi Angkatan Tentera Mesir Mohamed Hussein Tantawi kini adalah orang yang paling berkuasa di Mesir . Peranan beliau lah yang akan menentukan peralihan kuasa dan pembaharuan yang diharapkan oleh rakyat Mesir.


Pendedahan oleh Wikileaks mengatakan pada tahun 2008  Kedutaan Besar AS di Kaherah menghantar isyarat menyifatkan Mohammed HusseinTantawi sebagai "Anjing Comel kesayangan Mubarak"  kerana hubungan dan hormatnya kepada Mubarak.  Beliau merupakan pegawai peribadi Mubarak dan keluarganya sebelum menjawat jawatan tertinggi dalam angkatan tentera.  Beliau  berkhidmat sebagai Menteri pertahanan kerajaan Mubarak sejak tahun 1991.  


Adakah Amerika terkejut dengan tindakan Tantawi yang tidak memberi peluang kepada Naib Presiden Omar Sulaiman untuk menguruskan peralihan kuasa di Mesir?


Bacalah kenyataan Presiden Obama yang dikeluarkan selepas kejatuhan dan pengunduran Hosni Mubarak dari tampuk kekuasaannya.....


There are very few moments in our lives where we have the privilege to witness history taking place. The people of Egypt have spoken. Their voices have been heard. And Egypt will never be the same. By stepping down, President Mubarak responded to the Egyptian people's hunger for change. but this is not the end of Egypt's transition. It's a beginning. I'm sure there will be difficult days ahead and many questions remain unanswered. But I am confident that the people of Egypt can find the answers, and do so peacefully, constructively, and in the spirit of unity that has defined these last few weeks, for Egyptians have made it clear that nothing less than genuine democracy will carry the day.



"The military has served patriotically and responsibly as a caretaker to the state and will now have to ensure a transition that is credible in the eyes of the Egyptian people.  That means protecting the rights of Egypt's citizens, lifting the emergency law, revising the constitution and other laws to make this change irreversible, and laying out a clear path to elections that are fair and free. Above all this transition must bring all of Egypt's voices to the table for the spirit of peaceful protest and perseverance that the Egyptian people have shown can serve as a powerful wind at the back of this change. The United States will continue to be a friend and partner to Egypt. We stand ready to provide whatever assistance is necessary and asked for to pursue a credible transition to a democracy.
"I'm also confident that the same ingenuity and entrepreneurial spirit that the young people of Egypt have shown in recent days can be harnessed to create new opportunity, jobs and businesses that allow the extraordinary potential of this generation to take flight. I know that a democratic Egypt can advance its role of responsible leadership not only in the region but around the world.
"Egypt has played a pivotal role in human history for over 6,000 years. But over the last few weeks the wheel of history turned at a blinding pace as the Egyptian people demanded their universal rights. We saw mothers and fathers carrying their children on their shoulders to show them what true freedom might look like. We saw young Egyptians say, for the first time in my life I really count. My voice is heard. Even though I'm only one person, this is the way real democracy works. We saw protesters chant ... 'We are peaceful,' again and again.
"We saw a military that would not fire bullets at the people they were sworn to protect. And we saw doctors and nurses rushing into the streets to care for the wound. Volunteers checking protesters to ensure that they were unarmed. We saw people of faith praying together and chanting Muslims, Christians, we are one. And though we know the strains of faith divide too many in this world and no single event will close that chasm immediately, these scenes show us that we need not be defined by our differences. We can be defined by the common humanity that we share.
"And, above all, we saw a new generation emerge, a generation that uses their own creativity and talent and technology to call for a government that represented their hopes and not their fears. A government that is responsive to their boundless aspirations. One Egyptian put it simply—most people have discovered in the last few days that they are worth something, and this cannot be taken away from them anymore. Ever.
"This is the power of human dignity, and it can never be denied. Egyptians have inspired us, and they've done so by putting the eye to the idea that justice is best gained through violence. For in Egypt it was the moral force of nonviolence, not terrorism, not mindless killing, but nonviolence, moral force that bent the arc of history toward justice once more. And while the sights and sounds that we heard were entirely Egyptian, we can't help but hear the echoes of history, echoes from Germans tearing down a wall, Indonesian students taking to the streets, Gandhi leading his people down the path justice. As Martin Luther King said in celebrating the birth of a new nation in Ghana while trying to perfect his own, there's something in the soul that cries out for freedom.
"Those were the cries that came from Tahrir square and the entire world has taken note. Today belongs to the people of Egypt, and the American people are moved by these scenes in Cairo and across Egypt because of who we are as a people and the kind of world that we want our children to grow up in. The word ‘Tahrir’ means liberation. It's a word that speaks to that something in our souls that cries out for freedom. And forever more it will remind us of the Egyptian people, of what they did, of the things that they stood for, and how they changed their country and in doing so changed the world. Thank you."

Saturday, February 12, 2011

Army @ Stepped Down III

12 Februari 2011  Saya cuba mencari-cari sebab musabab mengapa Amerika mula membenci dan mengatur stategi untuk menjatuhkan sekutunya Hosni Mubarak . Sambil terus menyokong Hosni Mubarak Amerika berusaha memainkan sentimen dan mencetuskan kebencian rakyat terhadap Hosni Mubarak.

Strategi yang sama sekali berlainan dengan tindak tanduk Amerika terhadap kepimpinan Iran yang dimusuhinya dan kepimpinan Iraq yang menjadi boneka mereka. Di Mesir  Amerika berperanan sebagai talam dua muka dan bertindak sebagai gunting dalam lipatan untuk menumbangkan kerajaan Hosni Mubarak.  Hakikatnya sebenarnya Amerika mahu mendapatkan pengganti Hosni Mubarak yang boleh berperanan sebagai boneka mereka untuk menjadi pemimpin kerajaan Mesir .

Mungkin ramai kawan-kawan termasuk Kak Ros dan Tuan Ali akan mengatakan saya hanya membuat spekulasi kerana tak gembira dengan situasi di Mesir .  Mungkin Kak Ros akan berkata " Tuan buat cerita ni kerana tuan hari tu , geram kat orang-orang yang buat demo kat Malaysia kut ".

Apa yang saya nak kata tetap saya kata  " Amerika sebenarnya tak suka Hosni Mubarak dah lama , dan dah lama juga la mereka merancang untuk menggantikan Hosni Mubarak dengan pemimpin lain yang boleh mereka main kilas-kilas tangan....hihihi".

Nak tahu mengapa pemimpin Amerika dan barat tak suka dan geram dengan Hosni Mubarak ?

Inilah puncanya Hosni Mubarak dibenci dan perancangan dibuat untuk memaksa beliau mengundurkan diri dari tampuk pemerintahan tanpa disedari oleh rakyat Mesir......

1,  Tahun 1989 Hosni Mubaraklah yang membawa Mesir kembali kepangkuan Liga Arab selepas keahlian Mesir digantung oleh pertubuhan tersebut kerana marah dengan tindakan presiden Anuar Sadat yang menanda tangani perjanjian Kem David tajaan Amerika pada 17 Sept 1978.
2.   Pada tahun 1991 semasa perang Teluk Parsi sokongan Hosni Mubarak kepada Amerika berbaloi apabila Eropah melupuskan hutangnya berjumlah $ 20 Bilion disamping saguhati kerajaan Kuwait  $ 500,000.00 bagi setiap askar Mesir yang berjaya mengusir askar Iraq dari Kuwait.
3.   Pada tahun 2003 Hosni Mubarak mahukan dunia menyelesaikan terlebih dahulu konflik Israel-Palestin sebelum tindakan menyerang Iraq dilaksanakan. Mesir tidak menyokong Amerika.
4.   Hosni Mubarak menjadikan Mesir sebagai negara yang sentiasa memberi sokongan padu kepada tindakan oleh Pertubuhan Liga Arab dan bantuan kepada Palestin terutamanya kumpulan Fatah pimpinan Yasser Arafat. Sokongannya kepada Sidang kemuncak Beirut 2002 dan Sidang Kemuncak Riyadh 2007 yang diusahakan oleh Liga Arab tidak disenangi oleh Amerika.

Sama-sama lah kita tunggu dan lihat adakah Majlis Angkatan Tentera Mesir  yang mendapat pembiayaan tahunan tak kurang AS 1.3 Billion daripada Amerika dapat melepaskan diri mereka dari terus mengikut kehendak Amerika bagi memilih kerajaan yang benar-benar bebas dari cengkaman Amerika.

Wallah Hu Aklam.

Army @ Stepped Down II

12 Februari 2011 Saya masih berfikir mengenai pengunduran x militery Presiden Hosni Mubarak yang telah memerintah Mesir selama 29 tahun . Hebat juga la kan selepas ambil alih pemerintahan dari Anuar Sadat pada tahun 1981 beliau terus menggantung perlembagaan dan memerintah secara "authoritarian rule" .


Mungkin kita tak perlu terkejut sangat bila kita tahu kekebalannya selama ini kerana dilindungi oleh Amerika dan tak heran jugalah kita kalau kita tahu , kejatuhan dan pengunduran Mubarak juga adalah permainan tangan-tangan Amerika melalui protes kumpulan pro demokrasi. 


Perbezaan antara kejatuhan Saddam Hussain di Iraq dengan kejatuhan Hosni Mubarak ialah Saddam Hussain jatuh apabila Tentera Amerika dan Barat bergabung tenaga menyerang Iraq dengan bom dan kereta kebal tetapi di Mesir Amerika dan sekutu-sekutunya bergabung tenaga dengan rakyat Mesir melalui protes jalanan....hihihi


Tak percaya apa yang saya kata, cuba kaji balik siapakah kalau bukan Amerika yang membiayai Pasukan Tentera Mesir AS1.3 billion setahun sehingga menjadikan Pasukan Tentera Mesir di kedudukan ke 10 terbaik didunia. Mubarak pergi berundur , siapa yang ambil alih pemerintahan Mesir kalau bukan tentera yang dibiayai oleh Ameraka itu? Siapakah yang akan menentukan peralihan kuasa nanti? .....hihihi


Tak heran la kalau kita dengar ucapan  Presiden Amerika selepas pengunduran Mubarak "Kami telah mendapat inspirasi dari Mesir, saya yakin Rakyat Mesir dapat mencari jawapannya"....hihihi


Apa yang saya nak kata sebenarnya ialah " Amerika telah belajar dari pengalamannya semasa kejatuhan Regim Shah Iran 32 tahun lalu dan kerakusan mereka menyerang Iraq pada tahun 2003. Sekarang Amerika ada stategi baru untuk menjadi Polis Dunia" ....hihihi

Bapa saya dulu selalu kata " Orang cerdik akan belajar dari pengalaman pahit untuk mencipta kejayaan, kalau kamu nak selamat cari asasnya jangan hanya berjuang kerana retorik semata-mata" 



Army @ Stepped Down

12 Februari 2011  Saya baru lepas menonton siaran berita  CNN , berita terkini yang dilapurkan adalah keputusan Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan dan menyerahkan kuasa pemerentahan kepada Majlis Angkatan Tentera Mesir.

Pihak tentera Mesir telah mengeluarkan kenyataan akan meminda perlembagaan dan  mengadakan pilihan raya yang adil  dan saksama Sept 2011.

Mesir kembali kepada pemerintahan tentera selepas rakyat bermandi darah di Tahrir square . Persoalan yang bermain dikepala saya ,adakah rakyat Mesir yang sedang bergembira meraikan kejatuhan Presiden Hosni Mubarak akan terus gembira selepas ini? Atau pun mereka akan senasib dengan rakyat Iraq yang sebelum ini meraikan kejatuhan Saddam Hussain?

Kepada Tuan Ali mungkin  masih ingat perbualan kita beberapa hari lepas , bukankah sudah jadi kenyatan?.....hehehe

Yang saya nampak semasa siaran berita tadi adalah kegembiraan pemimpin-pemimpin kuasa barat dan lonjakan harga saham dipasaran Dow Jones dan Nasdaq seperti dilaporkan Bloomberg . Persoalannya kenapa mereka ni seronok sangat ya?  Ya la , sebab yang jatuh tu orang islam la kan...hampeh.

Yang lebih menyeronokan saya pengumuman kerajaan Switzerland’s sebaik mengetahui kejatuhan kerajaan Mesir  untuk membekukan semua asset Hosni Mubarak dinegara tersebut....hihihi


Kerana saya dah mengantuk , sama-samalah kita tunggu apa yang akan berlaku seterusnya.....

Thursday, February 3, 2011

Lepar Hilir 20110203

3 Februari 2011  Kepada rakan-rakan saya  yang berbangsa cina  saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan " Gong Xi Fa Cai". Semuga kehadiran tahun Arnab kali ini akan membawa kejayaan dan kecemerlangan dalam kehidupan kita.

Hari ini juga ramai kaum keluarga , sahabat handai dan rakan taulan yang mengambil kesempatan memeriahkan cuti umum untuk mengadakan majlis kenduri.  Sampai yang menerima jemputan pun dah tak boleh nak buat keputusan , mana satu nak pergi.

Dalam hati berbisik juga "Ada 365 hari dalam setahun mengapa la saudara mara dan sahabat-sahabat saya ni pilih 3 hb Februari nak buat kenduri ?  Kepada saudara mara dan rakan karib yang mana kaki saya tak terjejak kat tangga rumah tu , minta maaf banyak-banyak la ya...".

Dua tahun dulu saya dah janji nak pergi , maka hari ni terpaksa la saya tunaikan janji untuk menghadiri majlis perkahwinannya.  Saya hanya bawa anak bongsu ikut serta , malu dengan bos saya Tuan Ali yang satu famili sanggup meluang masa untuk meraikan majlis perkahwinan mantan PA nya tu....

Selamat Pengantin Baru ditujukan kepada Noor Aznie Abu Kassin @ Farah dan pasangannya Suhairi Hj Ali. Doa kami semuga perkahwinan ini, aman bahagia , dikurniakan anak-anak yang salih , rumah tangga kekal hingga keakhir hayat.

Apa lagi yang ada , kalau bukan gambar-gambar yang menjadi bukti kehadiran dan  kenangan kami .......hihihi




Federal Territory Day

1 Februari 2011   Sambutan hari Wilayah Persekutuan,  kerana berpejabat di Empayar Wilayah maka bercuti lagi la saya.....seronok dan gembira jugak la ...hihihi

Rupanya tahun ini, genaplah 37 tahun bagi Bandaraya Kuala Lumpur, 27 tahun Labuan dan  10 tahun Putrajaya merayakan sambutan di bawah entiti Wilayah Persekutuan. Khabarnya ini adalah kali ketujuh sambutan dibuat secara bersama menggabungkan ketiga-tiga Wilayah.

Tema sambutan yang dipilih pada tahun ini ialah “1Wilayah Persekutuan Menjuarai Transformasi”. Patut la sahabat-sahabat kami kat pejabat Kem Komandan seperti Syarif Lobo , Gobi , Abang Akob dengan bantuan sahabat-sahabat karib mereka berhempas pulas memanjat dan mengikat bendera Wilayah Persekutuan dimana saja ruang yang boleh .

Nampak gayanya macam lebih bendera kat Bukit Aman dari Komplek Dbkl la pulak,,,hehehe.

Tak apa la Abang Akob Oii, kalau kita tak sambut hari wilayah siapa lagi yang nak sambut kan? Tak kan nak harapkan lanun-lanun Somalia tu yang sambut. Suruh depa panjat kapal pasang bendera boleh la.

Tapi heran ya, kenapa lanun-lanun tu muda sangat, macam budak baru lepas sekolah je....agaknya mereka yang jadi lanun tu dikalangan pelajar-pelajar yang dipilih untuk program  ' practical training'  saja kut ?.

Nak marah pun tak sampai hati kerana terlebih rasa simpati kat mereka lanun-lanun remaja hingusan  tu . Agaknya mereka tersepit dalam perjuangan untuk hidup dan akhirnya  menjadi mangsa keadaan.
Rasanya amat-amat bersyukur la kerana kehidupan kita kat Malaysia ni, tak perlu  jadi lanun macam mereka untuk mendapatkan sesuap makanan .....

Kerana rasa amat seronok menyambut hari Wilayah , saya bawa isteri saya menunggang VTS 200 saya mendaki Bukit dipinggir 'Kelang Valley'. Sambil menghirup udara nyaman,  kami berdua menikmati keindahan Bandaraya Kuala Lumpur yang tersergam indah dengan penuh kesyukuran diatas kurniaan Allah swt ini.

Kami juga sempat posing kat situ untuk kenang-kenangan. Begitu hebat dan menawan, lelaki kacak berteman wanita anggun ..... hehehe