Saturday, February 12, 2011

Army @ Stepped Down II

12 Februari 2011 Saya masih berfikir mengenai pengunduran x militery Presiden Hosni Mubarak yang telah memerintah Mesir selama 29 tahun . Hebat juga la kan selepas ambil alih pemerintahan dari Anuar Sadat pada tahun 1981 beliau terus menggantung perlembagaan dan memerintah secara "authoritarian rule" .


Mungkin kita tak perlu terkejut sangat bila kita tahu kekebalannya selama ini kerana dilindungi oleh Amerika dan tak heran jugalah kita kalau kita tahu , kejatuhan dan pengunduran Mubarak juga adalah permainan tangan-tangan Amerika melalui protes kumpulan pro demokrasi. 


Perbezaan antara kejatuhan Saddam Hussain di Iraq dengan kejatuhan Hosni Mubarak ialah Saddam Hussain jatuh apabila Tentera Amerika dan Barat bergabung tenaga menyerang Iraq dengan bom dan kereta kebal tetapi di Mesir Amerika dan sekutu-sekutunya bergabung tenaga dengan rakyat Mesir melalui protes jalanan....hihihi


Tak percaya apa yang saya kata, cuba kaji balik siapakah kalau bukan Amerika yang membiayai Pasukan Tentera Mesir AS1.3 billion setahun sehingga menjadikan Pasukan Tentera Mesir di kedudukan ke 10 terbaik didunia. Mubarak pergi berundur , siapa yang ambil alih pemerintahan Mesir kalau bukan tentera yang dibiayai oleh Ameraka itu? Siapakah yang akan menentukan peralihan kuasa nanti? .....hihihi


Tak heran la kalau kita dengar ucapan  Presiden Amerika selepas pengunduran Mubarak "Kami telah mendapat inspirasi dari Mesir, saya yakin Rakyat Mesir dapat mencari jawapannya"....hihihi


Apa yang saya nak kata sebenarnya ialah " Amerika telah belajar dari pengalamannya semasa kejatuhan Regim Shah Iran 32 tahun lalu dan kerakusan mereka menyerang Iraq pada tahun 2003. Sekarang Amerika ada stategi baru untuk menjadi Polis Dunia" ....hihihi

Bapa saya dulu selalu kata " Orang cerdik akan belajar dari pengalaman pahit untuk mencipta kejayaan, kalau kamu nak selamat cari asasnya jangan hanya berjuang kerana retorik semata-mata" 




1 comment:

  1. Salam,

    Bila pulak duk jadi penganalisis ni? Banyak buat kajian ni tentunya....

    Terima kasih , kerana boleh tumpang fikir2kan...

    ReplyDelete