Wednesday, February 16, 2011

1 Malaysia , 1 Ummah

15 Februari 2011  Mengingati sejarah kelahiran Nabi Muhammad Saw setiap tahun membuatkan saya tidak lupa tarikh 12 Rabiul Awal . Walau pun saya tidak bersama rakan-rakan  berarak sambil berselawat di Putrajaya, saya mengikuti dengan penuh keinsafan perarakan tersebut dikaca TV sambil berselawat sama.....



"Ya Allah selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti Engkau kurniakan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia. Ya Allah, berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti telah yang Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia".


Yang membuatkan saya memerah otak untuk berfikir ialah apabila dalam ucapan YAB Menteri Jamil Khir Johari yang tersentuh sedikit peristiwa yang dialaminya semasa berada di Mesir semasa menguruskan kepulangan pelajar-pelajar Malaysia yang terperangkap dalam kekecohan diMesir.


Sama-sama lah kita mendoakan agar saudara muslim kita di Mesir akan menikmati kehidupan yang lebih gemilang dan tidak terperangkap dengan tindak tanduk musuh-musuh islam yang kini berusaha menguasai negara tersebut dan dunia Arab amnya.


Apa yang kita dapat lihat hari ini ialah bagimana Amerika dan pihak Barat yang sedang berusaha untuk merialisasikan kehendak mereka. Amerika dan Barat sedang memainkan peranan penting untuk memecah belah perpaduan umat muslim dinegara Teluk yang menjadi idaman mereka sejak dulu lagi. 


Amerika dan negara barat cuba mengalih kegagalan mereka membendung peningkatan pengangguran  dinegara mereka . Dengan mengujudkan krisis di negara Arab disamping mengalih perhatian rakyat , Amerika dan negara barat juga mengaku telah dapat  mengaut keuntungan segera. 


Mereka mengaut keuntungan dengan menjadikan berjuta-juta Muslim di negara Teluk hidup melarat bagi satu tempoh yang belum dapat dijangkakan. Cubalah kita bayangkan apakah yang telah mereka lakukan terhadap umat islam di Iraq sejak serangan mereka 8 tahun lalu.  Sehingga sekarang rakyat Iraq masih berbunuh sesama sendiri , begitu jugalah yang menimpa nasib muslim di Afganisthan. 


Adakah saudara muslim kita akan terus terperangkap dan berperang sesama sendiri dengan permainan zionis Amerika dan sekutunya? Kalau lah kita melihat dan dapat mengerti betapa seronoknya puak-puak barat ini bertepuk tangan meraikan kejayaan mereka memecah belah persaudaraan islam dan memerhati kehancuran dan kebinasaan kerajaan islam yang dibenci oleh mereka selama ini. Sama-sama lah kita renung-renungkan.


Sebenarnya Amerika masih berhati-hati dengan keadaan di Mesir , kalau kita dengar  kenyataan pemimpin-pemimpin mereka khasnya Obama dan Hilary clinton , apa yang dibimbangi mereka ialah peralihan kuasa di Mesir tidak menepati acuan mereka.  Mereka takut perancangan mereka menjadikan kerajaan boneka di Mesir akan dirompak oleh perjuang-pejuang islam tulin rakyat Mesir bagi menubuhkan negara islam yang berdaulat. 


Maka tidaklah kita hairan , kalau kita hari ini dihidangkan melalui berita di BBC , CNN dan Al Jazera protes-protes yang berterusan di negara Teluk. Mereka terus membuat spekulasi untuk menyemarakkan perjuangan menentang pemerintah yang sebenarnya diprovokasikan oleh agen-agen Amerika dan Barat.


Adakah puak syiah dan sunni di Iran akan terus bertempur kerana terpengaruh dengan permainan Amerika ini? Adakah mereka dapat ditenteramkan oleh kerajaan Iran. 


Adakah Mesir boleh mengharapkan pertubuhan Ikwanul Muslim (Muslim Brotherhood) yang kini tanpa disedari dibiayai dan  dipengaruhi Yahudi mengembalikan kegemilangan islam? 


Apa pun , demi islam yang mulia ini marilah kita bersama-sama berdoa kehadrat Allah swt  mudah-mudahan , agenda jahat Amerika dan Barat dapat ditentang habis-habisan. Biarlah Amerika dan negara barat dengan demokrasi ala mereka , dan bumi Islam yang mulia ini biarlah kita perjuang dan pertahankan bersandarkan ajaran quran dan hadis.


Selamat Menyambut Maulidur Rasul " 1 Malaysia , 1 Ummah"

1 comment:

  1. pada aku la mie..amerika atau barat tidak salah pasai depa memang musuh Islam dan sememangnya musuh bersikap dan bercita cita memusnahkan musuhnya.Yang perlu disalahkan ialah orang Islam sendiri yang tidak bertaqwa dan menjadi talam dua muka seperti mubarak tu dan beberapa pemimpin arab yang lain serta kaum hartwan yang mengikut hawanafsu. Mereka ni lah yang memeras dan menggunting dalam lipatan. Sukar bagi seluruh rakyat untuk menilai kerana mereka bertopengkan bangsa dan agama. Sebab depa perlu 30 tahun untuk bangun.

    ReplyDelete