12 Februari 2011 Saya cuba mencari-cari sebab musabab mengapa Amerika mula membenci dan mengatur stategi untuk menjatuhkan sekutunya Hosni Mubarak . Sambil terus menyokong Hosni Mubarak Amerika berusaha memainkan sentimen dan mencetuskan kebencian rakyat terhadap Hosni Mubarak.
Strategi yang sama sekali berlainan dengan tindak tanduk Amerika terhadap kepimpinan Iran yang dimusuhinya dan kepimpinan Iraq yang menjadi boneka mereka. Di Mesir Amerika berperanan sebagai talam dua muka dan bertindak sebagai gunting dalam lipatan untuk menumbangkan kerajaan Hosni Mubarak. Hakikatnya sebenarnya Amerika mahu mendapatkan pengganti Hosni Mubarak yang boleh berperanan sebagai boneka mereka untuk menjadi pemimpin kerajaan Mesir .
Mungkin ramai kawan-kawan termasuk Kak Ros dan Tuan Ali akan mengatakan saya hanya membuat spekulasi kerana tak gembira dengan situasi di Mesir . Mungkin Kak Ros akan berkata " Tuan buat cerita ni kerana tuan hari tu , geram kat orang-orang yang buat demo kat Malaysia kut ".
Apa yang saya nak kata tetap saya kata " Amerika sebenarnya tak suka Hosni Mubarak dah lama , dan dah lama juga la mereka merancang untuk menggantikan Hosni Mubarak dengan pemimpin lain yang boleh mereka main kilas-kilas tangan....hihihi".
Nak tahu mengapa pemimpin Amerika dan barat tak suka dan geram dengan Hosni Mubarak ?
Inilah puncanya Hosni Mubarak dibenci dan perancangan dibuat untuk memaksa beliau mengundurkan diri dari tampuk pemerintahan tanpa disedari oleh rakyat Mesir......
1, Tahun 1989 Hosni Mubaraklah yang membawa Mesir kembali kepangkuan Liga Arab selepas keahlian Mesir digantung oleh pertubuhan tersebut kerana marah dengan tindakan presiden Anuar Sadat yang menanda tangani perjanjian Kem David tajaan Amerika pada 17 Sept 1978.
2. Pada tahun 1991 semasa perang Teluk Parsi sokongan Hosni Mubarak kepada Amerika berbaloi apabila Eropah melupuskan hutangnya berjumlah $ 20 Bilion disamping saguhati kerajaan Kuwait $ 500,000.00 bagi setiap askar Mesir yang berjaya mengusir askar Iraq dari Kuwait.
3. Pada tahun 2003 Hosni Mubarak mahukan dunia menyelesaikan terlebih dahulu konflik Israel-Palestin sebelum tindakan menyerang Iraq dilaksanakan. Mesir tidak menyokong Amerika.
4. Hosni Mubarak menjadikan Mesir sebagai negara yang sentiasa memberi sokongan padu kepada tindakan oleh Pertubuhan Liga Arab dan bantuan kepada Palestin terutamanya kumpulan Fatah pimpinan Yasser Arafat. Sokongannya kepada Sidang kemuncak Beirut 2002 dan Sidang Kemuncak Riyadh 2007 yang diusahakan oleh Liga Arab tidak disenangi oleh Amerika.
Sama-sama lah kita tunggu dan lihat adakah Majlis Angkatan Tentera Mesir yang mendapat pembiayaan tahunan tak kurang AS 1.3 Billion daripada Amerika dapat melepaskan diri mereka dari terus mengikut kehendak Amerika bagi memilih kerajaan yang benar-benar bebas dari cengkaman Amerika.
Wallah Hu Aklam.
The King, his family and U
1 week ago
No comments:
Post a Comment