Saturday, February 12, 2011

Army @ Stepped Down

12 Februari 2011  Saya baru lepas menonton siaran berita  CNN , berita terkini yang dilapurkan adalah keputusan Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan dan menyerahkan kuasa pemerentahan kepada Majlis Angkatan Tentera Mesir.

Pihak tentera Mesir telah mengeluarkan kenyataan akan meminda perlembagaan dan  mengadakan pilihan raya yang adil  dan saksama Sept 2011.

Mesir kembali kepada pemerintahan tentera selepas rakyat bermandi darah di Tahrir square . Persoalan yang bermain dikepala saya ,adakah rakyat Mesir yang sedang bergembira meraikan kejatuhan Presiden Hosni Mubarak akan terus gembira selepas ini? Atau pun mereka akan senasib dengan rakyat Iraq yang sebelum ini meraikan kejatuhan Saddam Hussain?

Kepada Tuan Ali mungkin  masih ingat perbualan kita beberapa hari lepas , bukankah sudah jadi kenyatan?.....hehehe

Yang saya nampak semasa siaran berita tadi adalah kegembiraan pemimpin-pemimpin kuasa barat dan lonjakan harga saham dipasaran Dow Jones dan Nasdaq seperti dilaporkan Bloomberg . Persoalannya kenapa mereka ni seronok sangat ya?  Ya la , sebab yang jatuh tu orang islam la kan...hampeh.

Yang lebih menyeronokan saya pengumuman kerajaan Switzerland’s sebaik mengetahui kejatuhan kerajaan Mesir  untuk membekukan semua asset Hosni Mubarak dinegara tersebut....hihihi


Kerana saya dah mengantuk , sama-samalah kita tunggu apa yang akan berlaku seterusnya.....

No comments:

Post a Comment