Monday, February 14, 2011

Army @ Stepped Down V

14 Februari 2011   Kumpulan penunjuk perasaan  yang masih berkumpul kat Dataran Tahrir mendesak  mahukan supaya Majlis presiden diujudkan, parlimen dibubar dan pembebasan  segera tahanan politik bagi menunjukan respon peralihan kepada demokrasi dan pemerintahan awam. 
Penunjuk perasaan  juga mengesa   Majlis Angkatan Tentera agar menghapuskan segera undang-undang darurat yang memberi kuasa luas kepada polis.
Apa yang saya rasa sedih ialah nasib anggota-anggota polis Mesir , disebalik penghinaan dan kejian oleh penunjuk perasaan kerana tindakan terdahulu mereka semasa tercetus rusuhan  , kini mereka pun terpaksa sama-sama menunjuk perasaan pula untuk mendapatkan layanan kerja dan gaji yang setimpal.
Apa yang Majlis Angkatan Tentera putuskan semasa mesyuarat pertama mereka ialah membubarkan parlimen dan menggantung perlembagaan. Mesir kini berada dibawah Undang-Undang  Tentera. Peralihan hanya akan dilaksanakan dalam tempoh enam bulan atau sehingga   pemilihan presiden dan pilihhanraya dapat dijalankan.
Dalam tempoh ini kerajaan sementara yang dilantik oleh Hosni Mubarak pada 25 Jan 2011 semasa bermulanya protes akan dikekalkan sehingga kabinet baru ditubuhkan.
Apa yang menariknya ialah apabila Majlis Angkatan Tentera menekankan sebarang pindaan kepada perlembagaan yang akan dilaksanakan oleh Jawatan kuasa yang dilantik oleh kerajaan sementara akan patuh kepada semua perjanjian antarabangsa yang dibuat semasa pemerintahan Hosni Mubarak khasnya perjanjian perdamaian 1979 dengan Israel.
Adakah selepas ini Tentera pula terpaksa berhempas pulas dengan penunjuk perasaan sekiranya mereka masih berdegil di Tahrir Square? Adakah selepas ini mereka juga akan di caci oleh penunjuk perasaaan kerana tindakan mereka?
Saya hanya tertanya-tanya adakah Mesir akan terus bergolak selepas ini atau keamanan segera pulih di negara islam ini.

No comments:

Post a Comment