Friday, February 18, 2011

Provokasi N Pro Demokrasi @ Teluk

[Terkini : 18 Februari 2011  Reuters melapurkan sumber Tentera Mesir mengesahkan permohonan dua kapal perang Iran melalui Terusan Suez diluluskan oleh Kementerian Pertahanan Mesir]

Posting Asal


17 Februari 2011 Khamis   Hanya sekadar nak berkongsi buah fikran dan pandangan dengan rakan-rakan khasnya Tuan Ali , Sm Mail Lok U , Kak Ros dan semua rakan-rakan pejabat.

 Bagi CC Kak Normah kira ok la jugak sebab dia dah menunaikan haji , tapi kami yang belum pergi ni agak gusar sikit terutamanya SM Lok U yang baru mendaftar untuk ke Mekah . Adakah lepas ni kita boleh lagi dengan selesanya berkunjung ke Timur Tengah untuk menunaikan rukun islam yang kelima?

Berita dari Teluk yang baru diterima.....hihihi

 Israel menganggap kehadiran dua buah kapal perang Iran berhampiran Terusan Suez sebagai provokasi oleh negara islam tersebut. Adakah pemerintah tentera yang kini berkuasa di Mesir akan membenarkan Iran membawa kapal perangnya melalui terusan suez ? Adakah pihak berkuasa di Mesir sekarang akan memecah tradisi lebih 31 tahun selepas Perjanjian damai Mesir Israel pada tahun 1979?

Dibawah undang-undang antara bangsa , kapal perang tersebut berhak melalui terusan suez . Bagaimana pun kelulusan melalui terusan  oleh kapal perang mana-mana negara perlu mendapat kelulusan daripada Kementerian pertahan dan Kementerian Luar Mesir.

Adakah situasi ini akan menghangat lagi rantau Teluk yang sedang bergelora ?  Negara Barat dan Amerika khasnya sekarang semakin beriya-iya menghasut rakyat di Negara Teluk untuk bangkit menjatuhkan  kerajaan yang memerintah. Adakah Amerika dan sekutunya akan mengambil peluang provokasi tentera Iran yang dicanang oleh Israel ini untuk menghalalkan penglibatan tentera mereka di Teluk?  

Sama-sama lah kita saksikan permainan Amerika dan Barat dalam persaingan menguasai kekayaan diTeluk.

Apa yang saya nak tanya  "Adakah umat islam di Teluk akan terus leka dan dibuai dengan nyanyian musuh-musuhnya sehingga membawa kepada kehancuran ummah?"

1 comment:

  1. israel dan amerika takkan membenarkan kapal tu berlalu mesti dia suruh tahan dan suruh balik

    ReplyDelete