Tuesday, June 30, 2009

Kenduri

28 Jun 2009 Bersama Umi Yatie, Intan dan Syahir ke Tg Malim hantar Jaja mendaftar diri di UPSI. Kesihan dengan jaja terpaksa duduk tingkat 4 (paling atas) kolej Zaaba dibandar proton city yang sunyi dan serba kekurangan. Masa nak hantar barang kebiliknya lelah la juga kami memanjat tangga. Tak apa la Jaja cekalkan hati untuk mengharungi cabaran ni, abah dan mama sentiasa mendoakan kejayaan mu.

Yang sedihnya hari ni saya tak berkesempatan untuk menunaikan jemputan ke majlis perkahwinan anak perempuan staf pejabat yang juga sahabat saya En Musa Sharif. Sebenarnya saya tersalah congak, ingat nak pergi selepas hantar jaja ke Tg Malim , malangnya tersangkut kat situ hingga magrib baru sampai balik kerumah. Apa pun saya nak ucapkan tahniah la kepada En Musa yang menerima menantu pertama tu.

Semalam 27 Jun 2009 saya , Tuan Ali dan Arif berkesempatan ke Nilai menunaikan jemputan ke majlis perkahwinan anak lelaki SI Ismail Md Zin . Meriah betul kendurinya.

Yang tak meriahnya kisah Sm Mail yang menolak tawaran Tuan Ali untuk naik satu kereta kerumah SI Ismail. Masa saya call Sm Mail dia masih kat rumah , saya kata " Cik Mail, Tuan Ali ajak pergi sekali tunggu dekat Briged Tengah kita orang pergi jemput". Sm Mail kata pada saya " Saya bawa kereta sendiri sebab saya nak balik lambat nak tolong-tolong kat rumah SI Ismail dulu, saya tunggu dekat tol Bukit Mahkota".

Akhirnya bukan Sm Mail yang tunggu kami tetapi kami yang terpaksa tunggu di Plaza tol Bukit Mahkota.

Lepas makan kat rumah SI Ismail bila Tuan Ali ajak balik SM Mail kata " Tuan balik la dulu saya lambat lagi nak jumpa kawan-kawan dulu". Tapi apa yang berlaku sungguh mengejutkan, masa kami kat highway Seremban -KL tiba-tiba terserempak kereta Sm Mail yang berada dihadapan kami. Kata Tuan Ali "Poooraaah... macam ni punya orang pun ada ka".

Lepas tu saya dengar cerita dari kawan-kawan, mungkin kerana nak tebus kesilapannya yang terlanjur tu, masa kenduri rumah En Musa Sm Mail membantu di dapur dari pagi sampai majlis selesai. Kata Baluk " Cik Mail tunggu sampai majlis habis dan dapat la bawa balik gulai".

Friday, June 26, 2009

Rejab

25 Jun 2009 Sebaik melangkah masuk kedalam pejabat saya nampak Kak Ros asyik tersenyum-senyum seolah-olah ada sesuatu yang mencuit hatinya. Saya tak ambil kisah sangat kerana mungkin Kak Ros masih teruja dengan ibadat puasa bulan Rejab. Kata Kak Ros pada saya semalam “ Rugi Tuan tak puasa atau membuat amalan bulan Rejab, besar pahalanya”.

Alhamdulillah kerana masih ada orang yang nak mengingatkan kita supaya sentiasa ingat tanggung jawab kita kepada Allah Swt. Ya la kan … kita ni asyik suruh orang buat kerja dunia tetapi kita sendiri lalai dan lupa tanggung jawab terhadap allah dan hari akhirat. Salah sikit atau orang terlupa nak buat kerja yang kita suruh kita akan melenting macam dunia dah nak kiamat, tapi bila kita tak laksanakan perintah allah , kita macam tak kisah dan tak ambil peduli langsung kewajipan kita tu. Allah hu akbar! Allah hu akbar! Allah hu akbar!

Harida jangan marahkan saya tau,kerana masa marah tu saya terlalai kerana digoda oleh syaitan supaya sakitkan hati awak. Sebenarnya awak tak salah pun pasal mesin gastetner yang rosak tu. Saya yang salah kerana tak periksa balik selepas dibaiki. Jangan marah ya..

Cerita pasal Kak Ros duk senyum-senyum pagi ni hanya terbongkar bila Kak Ros tanya saya “ Tuan tak tengok ke rancangan Jangan Tidor Lagi semalam”. Baluk tiba-tiba menyampuk “ Ha.. saya buka saja tv nampak Kak Ros, dia senyum-senyum tengok kat kamera, langsung tak boleh control sampai nampak pipi dia tu naik tinggi sikit , Min duduk sebelah dia boleh control senyum, malu saya nak tengok ” .

Rugi saya tak tengok rancangan tu… tapi kata Kak Ros “ Minggu depan ada lagi , kami duduk barisan depan pulak , lagi la kamera focus kat saya”. Kepada peminat Kak Ros jangan lupa tunggu depan TV 3 malam khamis minggu depan.

Kepada Abang Zul Mamak jangan la terkejut dengan tingkah laku Salmi hari ni, sebenarnya semalam dia begitu focus bila dengar saya sembang dengan Kak Ros pasal ibadat bulan Rejab ni. Sebab tu dia sanggup pagi-pagi belikan nasi untuk kita dan ambil alih kerja cleanner sampai Bibi pun disuruhnya berehat . Saya harap kita dapat bagi dia pengecualian dari menyertai pertandingan Bowling petang Jumaat ni.

Tuesday, June 23, 2009

Father Day 2009

21 Jun 2009 Anak saya Syahir tiba-tiba menghulurkan kepada saya sebatang pen yang dihiasi dengan sekumtum bunga, katanya "Happy father day" . Lepas tu Syahir memeluk dan mencium saya. Umi Yatie yang memerhati drama singkat tu berkata " Tengok tu anak ingat nak bagi hadiah kat abah" . Saya hanya diam saja kerana takut kalau tersalah cakap ada orang yang akan minta belanja bukan-bukan.

22 Jun 2009 Sebaik saya sampai kat pagar rumah dari pejabat lebih kurang jam 9.00 malam , anak saya intan berlari keluar diikuti oleh syahir. Syahir yang belum sempat basuh tangan kerana tengah makan nasi membantu saya membuka pintu pagar. Lepas tu Syahir minta beg yang saya bawa, masa tu juga Intan serahkan kepada saya sepucuk surat berhias sambil berkata " Happy Father day abah". Intan kemudian cium tangan saya.

Sebaik saya masuk kedalam rumah anak saya Izzah pula menyerahkan sebuah beg kecil terpangpang huruf "LOVE" sambil mencium saya. Kerana terlalu gembira agaknya la , saya letakkan dulu hadiah yang diterima diatas Almari. Syahir yang tak sabar nak tengok hadiah dari kakaknya suruh saya buka beg tersebut tapi saya kata " Tunggu lepas abah mandi dulu".

Masa saya tengah mandi Intan bersuara dari luar " Abah jangan lupa tau tampal hadiah Intan kat pejabat abah" . Saya hanya jawab ringkas " Ok la Intan".

Masa saya nak kedapur , Syahir yang asyik mengikut saya tiba-tiba bertanya " Abah dah guna ka pen yang are-ee bagi semalam". Saya kata "Dah guna dah", Syahir tanya lagi "Ada dakwat tak abah" saya jawab sambil mengajukan soalan " Dakwat ada, mana Are-ee dapat pen tu?" Selamba sahaja Syahir menjawab " Are-ee ambil dalam raga kat atas peti ais ni". Saya hanya ketawa dalam hati .

Lepas tu Syahir paksa saya buka hadiah yang diberi oleh Izzah. Saya dapat hadiah Tali leher dan kancing baju yang cantik sekali. Kad ucapan yang diselitkan amat bermakna untuk saya . Kad ni akan saya pamirkan dipejabat saya.

Terima kasih anak-anak , abah sayang kamu semua .

Saturday, June 20, 2009

Reunion

Berkongsi mengingati kisah silam amat menyeronokkan. Bila bersendirian di usia yang dah lanjut ni, bila terkenang kisah-kisah silam tu terasa kembali muda.... err sorry rasa nak kembali semula kezaman kanak-kanak dan zaman remaja dulu. Nak melalui semula detik-detik dan kenangan manis yang dah ditinggalkan. Ada perkara yang rasa patut dibuat masa tu,tetapi kita tak buat. Ada juga perkara yang tak patut dibuat tetapi kita dah lakukan dengan penuh emosi. Mungkin bagi orang lain dia dah lupa perkara tu , tapi bagi kita perkara tu sentiasa tergambar kat dalam kepala kerana menyentuh perasaan kita.

Masa yang silam yang dah berlalu tak kan kembali, memang sah dan benar . Tapi mungkin tak salah kan , kalau kita kembalikan nostalgianya. Saya amat terharu dengan usaha saudara Ahmad Md Saman mengesan rakan-rakan lama yang dah lama terpisah untuk menganjurkan "reunion" rakan-rakan sekolah Tingkatan 1-5 SMJ 1971-1975. Cadangnya nak jemput sekali cik gu-cik gu kita yang dah banyak berjasa tu.

Kalau susah-susah sangat nak cari tempat berkumpul mungkin kita boleh sewa Mes Polis di Graysand Port Dickson yang saya rasa amat sesuai untuk berkumpul sambil beriadah. Sewanya hanya RM 80.00 sehari untuk seunit rumah 3 bilik. Kalau tak salah saya ada lebih 30 unit rumah disana.

Mudah-Mudahan usaha ini akan menjadi kenyataan.

Nostalgia


19 Jun 2009 Jumaat keluar dari pejabat untuk solat jumaat agak terlambat. Masa sampai dekat barek Bukit Aman , khutbah dah mula dibaca oleh Ustaz Hj Ghazali . Menariknya petikan ayat quran yang dibacakan oleh Ustaz Hj Ghazali amat menyentuh perasaan saya. Bukannya apa, kerana selepas saya keluar dari hospital tempoh hari emak saya suruh saya hafal ayat tersebut , katanya " Hang hafal ayat ni , doa untuk penyakit hati".


Lebih kurang jam 4.00 pm Sahabat saya Ahmad Md Saman dan Ahmad Munir Hj Yusof bawa seorang sahabat lagi Mazli Ahmad yang dah 36 tahun tak jumpa datang keBukit Aman. Sebaik jumpa Mazli saya kata padanya "Rupa hang dari dulu sampai sekarang tak berubah no".
Masa kami bersembang-sembang kat cafeteria saya pasti Mazli bukan saja tak berubah rupa tetapi perangai pun tak berubah.


Mazli macam saya juga masa kat Sekolah Menengah Jitra dulu, kami aktif dalam sukan ragbi dan olahraga. Pertemuan kami kali ini lebih menyemarakan hasrat dihati untuk bertemu kembali dengan semua rakan-rakan masa sekolah SMJ dulu. Banyak nostalgia yang nak kami berkongsi bersama . Banyak perkara yang masih diingati oleh Mazli , Ahmad Md Saman dan Munir telah hilang dari ingatan saya. Saya amat seronok apabila ingatan tersebut dikembalikan semula.


Lepas sahabat-sahabat saya beredar dari Bukit Aman, saya dan Tuan Ali terus ke Perfect Bowl Selayang untuk riadah hujung minggu kami. Bila sampai kat Perfect Bowl Yunus , Min dan anak-anak serta ibunya dari Sarawak dah ada kat sana. Minggu ni saya masih tewas pada Tuan Ali kerana saya hanya main tiga game. Tuan Ali kerana nak kalahkan juga saya terpaksa main lima game.


Sedihnya Mary dan Zulia yang janji nak datang tak datang. Bukan itu saja "handphone" pun tak angkat.

Sunday, June 14, 2009

Batu Anam

14 Jun 2009 Min jemput kami keMajlis perkahwinan adiknya Saiful anggota polis trafik Johor Bahru. Tuan Ali janji nak pergi tapi tarik diri di saat-saat akhir kerana keletihan baru balik dari hantar anaknya kat kolej di Batu Pahat. Sm Mail amat kecewa kerana dah booking durian di Tangkak kononnya nak makan bersama Tuan Ali dan keluarganya.

Abang Alwi yang baru balik dari hantar isteri kat KLIA dan Salmi yang katanya berdebar bila terima call dari Sm Mail jadi bidan terjun ikut kami keBatu Anam , Segamat.

Saya kesihan dengan Abang Alwi yang nampak keletihan, katanya " Saya dah la tidor lewat terpaksa bangun pukul 4.00 pagi nak hantar isteri ke KLIA". Nampaknya Abang Alwi kena tinggal lagi kerana sekolah dah nak buka, Cik gu Suzy terpaksa balik semula ke Pulau di Sarawak. Saya sekadar boleh berkata "Sabar saja la bang Alwi , cekalkan hati mu menghadapi dugaan ni".

On The Way ke Batu Anam kami singgah dirumah X Sjn Ismail yang dah jadi kontraktor berjaya di Gemas. Hanya isterinya Anoi saja ada dirumah, Mail ada di Pulau Kapas tengah beriadah disana. Lepas berbual-bual bertanya khabar kami meneruskan perjalanan keBatu Anam. Hasrat nak makan nasi ayam di Gemas terkubur kerana kedai yang jual nasi tu tutup hari Ahad.

Sebelum tu kami juga melawat rumah saya di Taman Sentosa , Gemas yang penyewanya dah enam bulan tak bayar sewa. Malangnya rumah berkunci tetapi siapa pun tak ada, yang ditinggalkan sebuah kereta proton stria yang cukai jalan dah tamat tempoh bulan januari 2009. Yang ini memang nasib saya, dalam hati saya berkata " Aku pun kena sabar juga menempuh dugaan ni, jangan nak nasihat Abang Alwi saja suruh sabar". Kalau ikut cakap Sm Mail dia suruh saya rantaikan saja pintu-pintu dan potong bekalan air dan api. Tak kejam ka macam tu..?


Kami sampai di Batu Anam jam hampir pukul 2.00 pm , perut dah menggelodak betul. Saya tengok Abang Alwi dan Salmi dah tak sabar nak jamah nasi. Bila Min sampai beritahu pengantin belum sampai , tengah duk bersiap , saya kata " Kami nak makan dulu la kerana nak balik cepat". Salmi pula cepat-cepat menambah " Kami ada jauh perjalanan lagi ni". Saya faham la dia memang dah betul-betul lapar. Bila soalan makan diajukan kepada Min dia pun jawab " Saya pun tak makan lagi, nak ikut sekali dengan pengantin" Kata Sm Mail " Kalau macam tu kami makan dulu la , tengah lapar ni".

Lepas makan tak ada pulak yang kalut nak balik, Sm Mail boleh pergi cari kawan-kawan pula bersembang. Akhirnya kami tunggu sampai pengantin sampai, bila dapat seraga buah tangan dari Min baru kami beredar meninggalkan majlis. Rugi Tuan Ali tak dapat makan masakan Kurma daging orang Segamat yang lazat tu.. tapi Min ada kirim seraga buah tangan untuk Tuan Ali.

Tahniah la untuk Min dan Yunus dapat adik ipar yang lawa tu.

Masa perjalanan balik kami ikut Tangkak , maklum la nak makan durian yang ditempah oleh Sm Mail. Puas la kami makan durian kelas satu yang dibeli oleh adik Sm Mail katanya harga Rm 18 sekilo. Lepas tu kami beli la pulak untuk keluarga dirumah.

Kesempatan berada di Tangkak kami pun teruja juga dengan diskaun 80% kain-kain pasang 3D yang berjuntai-juntai di kedai kain disitu. Salmi bukan main borong lagi , saya pun lingkup juga la RM 200 lebih, tetapi puashati kerana memang murah harga yang ditawarkan. Rasanya lain kali boleh datang lagi ni...

Saturday, June 13, 2009

Baja

Balik kampong sekali sekala saja tapi macam-macam perkara nak buat. Rasa macam tak cukup masa, cakap dengan Bos dan kawan-kawan pejabat " Saya balik kg sehari dua saja lepas tu balik semula K.L, kalau ada apa-apa saya ada kat rumah". Bila dah jumpa adik beradik yang sama-sama balik kerana nak hadir bicara kuasa pada 9 Jun 2009 lain pula jadinya. Maklum lah kami semua ni dah migrasi ketempat lain tinggal mak saja kat kampung ditemani oleh anak kakak saya abang Faizal yang kebetulan bekerja kat IPDP Kangar. Berulang alik la dia setiap hari ke tempat kerjanya.
Kebetulan dah balik kampong Mahadir ajak saya dan Man pergi ke Pokok Sena tengok kebun getah yang kami beli dua tahun lepas . Katanya " Baja getah yang kita dapat dari Risda ada 20 kampit lagi yang belum tabur, jom la kita pi tabur sendiri".

Masa sampai kat kebun saya kata pada Mahadir " Aku ingat aku tak mampu la nak tabur, awat hang tak ajak sekali budak-budak kat rumah saad tu, kita upah saja depa tabur". Saya hanya sekadar usung guni-guni baja dari dalam kereta ke kebun, lepas tu berehat tengok Man dan Mahadir tabur baja tu.

Seronok tengok pokok-pokok getah dah besar , kata Man " Tiga tahun lagi boleh menoreh la". Saya kata " Betui ka ni , aku tenguk pokok tu kecik lagi, nak buat pelan toreh pun tak boleh lagi". Mahadir cepat-cepat menyampuk " Lepas kena baja ni, pokok-pokok ni menyembung la". Dalam fikiran saya mungkin juga la kerana saya tengok pokok-pokok getah ni tengah lebat berpucuk.
















9 Jun 2009 kami sekeluarga kecuali Man yang terpaksa bergegas balik ke Penang untuk hadir periksa PTK, berkumpul di Pejabat Daerah Kubang Pasu untuk bicara kuasa pusaka
peninggalan aruah bapa saya.

Tiga puluh enam

7 Jun 2009 -Tiga tahun mungkin masa yang singkat tetapi Tiga puluh Enam tahun satu tempoh yang merubah segalanya. Saya dah tak ingat tapi Hashim masih ingat, katanya dengan penuh perasaan " Aku ingat lagi hang tumbuk aku kena kat dagu ni, betul-betul kat sini di pavilion sekolah". Osma mungkin tak ingat tapi saya masih ingat katanya kepada saya " Nak jadi samseng ya" bila tengok saya pakai baju sekolah tak butang kat dada.

Bila jumpa kat rumah Kak Ja saya tanya Osma " Kenal tak saya?" Osma hanya menggelengkan kepala. "Saya Che Azmi Kg Tanah Merah " kata saya perkenalkan diri sendiri. Berkerut dahi Osma nak ingat siapa saya. Bagi saya nak kenal Osma mudah kerana mata dan senyumannya tak berubah. Begitu juga Noran Harun langsung tak ingat saya , walau pun kg dia sebelah kg saya. Masa saya sekolah dulu saya selalu gunting rambut kat kedai Pak Cha datuk Noran. Kata Hashim "Noran ni masa sekolah dulu pendiam dan misteri sikit, tapi sekarang jadi peramah , tu yang buat aku tak cam dia"

Sebenarnya saya dah bayang perkara ni akan berlaku , bila keluar dari kereta masa mula-mula sampai kat rumah Kak Ja , saudara Ahmad Saman kata " Anak aku kata kawan-kawan ayah nampak muda lagi, tapi ayah dah nampak tua". Sebenarnya saudara Ahmad kita ni sembunyikan wajah mudanya disebalik jambang dan janggutnya. Munir pula kata " Aku ingat la, ramai yang dah berubah , susah nak kenai sapa, tapi Hashim mudah kita nak kenai , tengok yang berdiri tangan cengkoi tu dia la".Berdiri dalam kumpulan kawan-kawan lama, saya benar tak tau nak kata apa sekadar hulur tangan bersalam. Dalam kepala berserabut cuba nak ingat nama, Ahmad Jaafar tegur saya " Hai Mie dulu hang banyak cakap pasai apa diam pulak" . Nak tenangkan fikiran saya kata " Banyak sangat yang dah berubah susah nak kenai tu yang diam ni".

Yang lelaki mudah sikit nak kenai , dulu hitam sekarang pun hitam , yang putih tu putih la . Bagi wanita ni susah sikit nak cam , bukan pasai terlalu rendang ka apa, cuma apa yang saya ingat masa sekolah dulu depa tu kulit gelap-gelap macam saya juga, tapi bila dah berumur ni semua dah jadi putih-putih belaka. Kata Munir bila saya ajukan persoalan ni " Perempuan ni bila depa dah kerja, depa guna macam-macam kosmetik sebab tu dulu kulit gelap sekarang jadi cerah" .

Kepada Cik gu Aliyah dan suami tahniah kerana dah dapat menantu. Dapat cucu nanti jangan lupa bagi tau kami.

Thursday, June 4, 2009

Jangan Tidur lagi

3 Jun 2009 dengan bantuan Sm Mail ,hari ini dapat juga saya mengganti cermin kereta saya yang retak . Kesilapan saya adalah kerana menginsurankan cermin kereta saya terlalu rendah cuma rm 300 manakala kos mengganti cermin tersebut rm 500. Terpaksalah saya top up rm 200 lagi. Terima kasih saya kepada Sm Mail kerana bantu saya cari kedai cermin kereta yang murah tu.

Sebenarnya Sm Mail adalah seorang yang baik dan suka menolong orang , tak kira siapa dia akan tolong. Saya sendiri dah banyak kali mendapat bantuan dari Sm Mail. Kerana pengalaman luasnya bertugas hampir 20 tahun di Kuala Lumpur Sm Mail tahu serba serbi termasuk sepak terajang warga kota Kuala Lumpur. Saya bukan nak bodek cuma menceritakan kebenaran dan kenyataan. Kerana itulah agaknya Bos kami Tuan Ali bagi gelaran PM OB kepada Sm Mail.

Kat Perfect Bowl Selayang Mall nama PM OB ni memang terkenal betul. Kata Tuan Ali " Pasukan Peking Duck ni, kalau tak ada PM OB tak meriah la, nak kata Badut bukan Badut , kira penglipur lara lah". Saya kata pada Tuan Ali " Apa tidaknya tuan, Sm Mail tu ada macam-macam saka, jangan datang saka harimaunya sudah la, silap hari bulan pecah kepala Zul Mamak tu".

Saya juga teringat berita kat TV dua hari berturut-turut berita mengenai ribut kuat yang melanda Negeri Kedah dan Perak. Kasihan pada saudara-saudara kita yang bumbung rumah hilang diterbangkan angin , rumah runtuh dihempap pokok dan kemusnahan harta benda. Harapan kita agar bantuan yang dijanjikan disalurkan segera untuk meringankan beban mangsa-mangsa yang terlibat .

Kat pejabat hari ni Kak Ros jadi perhatian ramai kerana kemunculannya dipejabat hari ini dengan gaya dan penampilan yang sungguh mengejutkan. Kak Ros berseluar putih dan berbaju merah macam pakaian ogy masa berlakun dalam filem Ali Setan. Kata OCS Tuan Hj Tahir " Pakai seluar panjang masih ok tutup aurat, jangan pakai skirt sudah la".
Saya tertanya-tanya mengapa secara tiba-tiba Kak Ros menukar gaya dan penampilannya yang terkenal dengan baju kurung tu.

Tanda tanya dan kemuskilan kami hanya terjawab apabila Kak Normah kata " Ros , Min dan Asni nak ikut rombongan Perkep jadi penonton rancangan " Jangan tidur lagi " terbitan TV 3". Saya tertanya-tanya " Nak tengok rancangan tu kena pakai seluar ka". Kata Kak Normah " Tak la kena pakai seluar tapi Kak Ros tu nak bergaya la sikit, tak boleh ka".

Jadi tumpuan la Kak Ros hari ni, ramai orang duk tunggu nak ambil gambar dengan Kak Ros tapi dia tak layan langsung. Macam artis la Kak Ros.. kalau ya pun jangan la lari bila tenguk peminat berpusu nak ambil gambar.

Tuesday, June 2, 2009

Cacamerba

Malam ni saya tak ada kerja nak buat, nak pergi pasar Umi yatie dan Jaja awal-awal dah pergi. Nak tidor tak mengantuk lagi . Syahir dan Intan ajak saya cipta lagu dan menyanyi. Inilah lagu cacamerba yang kami cipta dan nyanyikan bersama.

Jeling Jeling Jeling
ekor mata ikut saja
Teleng Teleng Teleng
leher pun ikut jua
Senyum Senyum Senyum
lesung pipit timbul dimuka
Gelak Gelak Gelak
hingga keluar air mata

Jangan Jangan Jangan
main main mata
Nanti Nanti Nanti
awak jatuh cinta
Tunggu Tunggu Tunggu
masa pasti tiba
Bila Bila Bila
awak dah dewasa

Monday, June 1, 2009

Final

31 Mei 2009 lepas selesai makan dimajlis perkahwinan anak SUPM di Mess Pegawai Kanan Bukit Aman, saya bergegas ke Komplek sukan Keramat . Kejohanan Petanque Kebangsaan Persatuan Petanque Malaysia berlangsung disana sejak semalam 30 Mei 2009.

Sebenarnya masa tengah makan tadi juru latih Pasukan Petanque PDRM Kpl Rasit Desa telepon saya katanya " Tuan, pasukan lelaki kita berjaya masuk final bertemu pasukan Perak , tetapi pasukan wanita terkandas di semi final kalah kepada pasukan Kelantan, Ina isteri Zali tu main untuk Kelantan ". Saya terus tanya " Final pukul berapa?" , kata Pak Tam " Ikut jadual pukul 3.00 pm", saya kata " kalau macam tu , lepas kenduri nanti , saya terus ke Keramat la".

Saya sampai di Komplek sukan Keramat tepat pukul 3.00 pm tapi saya nampak pemain-pemain PDRM masih berehat dikaki lima bilik persalinan. Saya tanya " Belum main lagi ka , pukul berapa stat final, kata Pak Tam pukul 3.00 pm". Penolong juru latih Sjn Rasit Abas yang berada disitu jawab " Games stat pukul 3.30 pm tuan" . Lepas tu Sjn Rasit hulur sebungkus buah apple dan sunkist yang siap potong kepada saya.

Kpl Mat Zin Seremban dengan bangganya menceritakan kepada saya kehebatan dia menamatkan perlawanan " triple" semasa kalahkan pasukan Kelantan 3 -2 di separuh akhir.

Untuk acara shooting yang dilangsungkan semalam 30 Mei 2009 Konst/W Shazleen Sharif yang mengwakili pasukan wanita mendapat Naib Johan, tetapi L/Kpl Zainuri bagi pasukan lelaki tewas.
Bertarung dengan Pasukan Perak di Final , pasukan PDRM gagal mempamirkan kehebatan dan tewas 3 - 0 termasuk kemenangan percuma kepada Perak untuk acara Double yang diwakili oleh Shamsul Azlan dan Mohd Hafis . Saya nampak pemain pasukan PDRM macam kehilangan punca, semua teknik yang dibuat tidak menjadi langsung.
Walau apa pun setingggi-tinggi tahniah untuk pasukan PDRM kerana berjaya ke Final.