Monday, June 1, 2009

Final

31 Mei 2009 lepas selesai makan dimajlis perkahwinan anak SUPM di Mess Pegawai Kanan Bukit Aman, saya bergegas ke Komplek sukan Keramat . Kejohanan Petanque Kebangsaan Persatuan Petanque Malaysia berlangsung disana sejak semalam 30 Mei 2009.

Sebenarnya masa tengah makan tadi juru latih Pasukan Petanque PDRM Kpl Rasit Desa telepon saya katanya " Tuan, pasukan lelaki kita berjaya masuk final bertemu pasukan Perak , tetapi pasukan wanita terkandas di semi final kalah kepada pasukan Kelantan, Ina isteri Zali tu main untuk Kelantan ". Saya terus tanya " Final pukul berapa?" , kata Pak Tam " Ikut jadual pukul 3.00 pm", saya kata " kalau macam tu , lepas kenduri nanti , saya terus ke Keramat la".

Saya sampai di Komplek sukan Keramat tepat pukul 3.00 pm tapi saya nampak pemain-pemain PDRM masih berehat dikaki lima bilik persalinan. Saya tanya " Belum main lagi ka , pukul berapa stat final, kata Pak Tam pukul 3.00 pm". Penolong juru latih Sjn Rasit Abas yang berada disitu jawab " Games stat pukul 3.30 pm tuan" . Lepas tu Sjn Rasit hulur sebungkus buah apple dan sunkist yang siap potong kepada saya.

Kpl Mat Zin Seremban dengan bangganya menceritakan kepada saya kehebatan dia menamatkan perlawanan " triple" semasa kalahkan pasukan Kelantan 3 -2 di separuh akhir.

Untuk acara shooting yang dilangsungkan semalam 30 Mei 2009 Konst/W Shazleen Sharif yang mengwakili pasukan wanita mendapat Naib Johan, tetapi L/Kpl Zainuri bagi pasukan lelaki tewas.
Bertarung dengan Pasukan Perak di Final , pasukan PDRM gagal mempamirkan kehebatan dan tewas 3 - 0 termasuk kemenangan percuma kepada Perak untuk acara Double yang diwakili oleh Shamsul Azlan dan Mohd Hafis . Saya nampak pemain pasukan PDRM macam kehilangan punca, semua teknik yang dibuat tidak menjadi langsung.
Walau apa pun setingggi-tinggi tahniah untuk pasukan PDRM kerana berjaya ke Final.

No comments:

Post a Comment