14 Jun 2009 Min jemput kami keMajlis perkahwinan adiknya Saiful anggota polis trafik Johor Bahru. Tuan Ali janji nak pergi tapi tarik diri di saat-saat akhir kerana keletihan baru balik dari hantar anaknya kat kolej di Batu Pahat. Sm Mail amat kecewa kerana dah booking durian di Tangkak kononnya nak makan bersama Tuan Ali dan keluarganya.
Abang Alwi yang baru balik dari hantar isteri kat KLIA dan Salmi yang katanya berdebar bila terima call dari Sm Mail jadi bidan terjun ikut kami keBatu Anam , Segamat.
Saya kesihan dengan Abang Alwi yang nampak keletihan, katanya " Saya dah la tidor lewat terpaksa bangun pukul 4.00 pagi nak hantar isteri ke KLIA". Nampaknya Abang Alwi kena tinggal lagi kerana sekolah dah nak buka, Cik gu Suzy terpaksa balik semula ke Pulau di Sarawak. Saya sekadar boleh berkata "Sabar saja la bang Alwi , cekalkan hati mu menghadapi dugaan ni".
On The Way ke Batu Anam kami singgah dirumah X Sjn Ismail yang dah jadi kontraktor berjaya di Gemas. Hanya isterinya Anoi saja ada dirumah, Mail ada di Pulau Kapas tengah beriadah disana. Lepas berbual-bual bertanya khabar kami meneruskan perjalanan keBatu Anam. Hasrat nak makan nasi ayam di Gemas terkubur kerana kedai yang jual nasi tu tutup hari Ahad.
Sebelum tu kami juga melawat rumah saya di Taman Sentosa , Gemas yang penyewanya dah enam bulan tak bayar sewa. Malangnya rumah berkunci tetapi siapa pun tak ada, yang ditinggalkan sebuah kereta proton stria yang cukai jalan dah tamat tempoh bulan januari 2009. Yang ini memang nasib saya, dalam hati saya berkata " Aku pun kena sabar juga menempuh dugaan ni, jangan nak nasihat Abang Alwi saja suruh sabar". Kalau ikut cakap Sm Mail dia suruh saya rantaikan saja pintu-pintu dan potong bekalan air dan api. Tak kejam ka macam tu..?
Kami sampai di Batu Anam jam hampir pukul 2.00 pm , perut dah menggelodak betul. Saya tengok Abang Alwi dan Salmi dah tak sabar nak jamah nasi. Bila Min sampai beritahu pengantin belum sampai , tengah duk bersiap , saya kata " Kami nak makan dulu la kerana nak balik cepat". Salmi pula cepat-cepat menambah " Kami ada jauh perjalanan lagi ni". Saya faham la dia memang dah betul-betul lapar. Bila soalan makan diajukan kepada Min dia pun jawab " Saya pun tak makan lagi, nak ikut sekali dengan pengantin" Kata Sm Mail " Kalau macam tu kami makan dulu la , tengah lapar ni".
Lepas makan tak ada pulak yang kalut nak balik, Sm Mail boleh pergi cari kawan-kawan pula bersembang. Akhirnya kami tunggu sampai pengantin sampai, bila dapat seraga buah tangan dari Min baru kami beredar meninggalkan majlis. Rugi Tuan Ali tak dapat makan masakan Kurma daging orang Segamat yang lazat tu.. tapi Min ada kirim seraga buah tangan untuk Tuan Ali.
Tahniah la untuk Min dan Yunus dapat adik ipar yang lawa tu.
Masa perjalanan balik kami ikut Tangkak , maklum la nak makan durian yang ditempah oleh Sm Mail. Puas la kami makan durian kelas satu yang dibeli oleh adik Sm Mail katanya harga Rm 18 sekilo. Lepas tu kami beli la pulak untuk keluarga dirumah.
Kesempatan berada di Tangkak kami pun teruja juga dengan diskaun 80% kain-kain pasang 3D yang berjuntai-juntai di kedai kain disitu. Salmi bukan main borong lagi , saya pun lingkup juga la RM 200 lebih, tetapi puashati kerana memang murah harga yang ditawarkan. Rasanya lain kali boleh datang lagi ni...
The King, his family and U
1 week ago
Terima kasih tuan,sm mail,alwi & salmi,.. Bonus ler dpt adik ipar lawa.. Hihi.. Adik ida kt ofis jgn jealous tau.. Jgn mare..
ReplyDelete