7 Jun 2009 -Tiga tahun mungkin masa yang singkat tetapi Tiga puluh Enam tahun satu tempoh yang merubah segalanya. Saya dah tak ingat tapi Hashim masih ingat, katanya dengan penuh perasaan " Aku ingat lagi hang tumbuk aku kena kat dagu ni, betul-betul kat sini di pavilion sekolah". Osma mungkin tak ingat tapi saya masih ingat katanya kepada saya " Nak jadi samseng ya" bila tengok saya pakai baju sekolah tak butang kat dada.
Bila jumpa kat rumah Kak Ja saya tanya Osma " Kenal tak saya?" Osma hanya menggelengkan kepala. "Saya Che Azmi Kg Tanah Merah " kata saya perkenalkan diri sendiri. Berkerut dahi Osma nak ingat siapa saya. Bagi saya nak kenal Osma mudah kerana mata dan senyumannya tak berubah. Begitu juga Noran Harun langsung tak ingat saya , walau pun kg dia sebelah kg saya. Masa saya sekolah dulu saya selalu gunting rambut kat kedai Pak Cha datuk Noran. Kata Hashim "Noran ni masa sekolah dulu pendiam dan misteri sikit, tapi sekarang jadi peramah , tu yang buat aku tak cam dia"
Sebenarnya saya dah bayang perkara ni akan berlaku , bila keluar dari kereta masa mula-mula sampai kat rumah Kak Ja , saudara Ahmad Saman kata " Anak aku kata kawan-kawan ayah nampak muda lagi, tapi ayah dah nampak tua". Sebenarnya saudara Ahmad kita ni sembunyikan wajah mudanya disebalik jambang dan janggutnya. Munir pula kata " Aku ingat la, ramai yang dah berubah , susah nak kenai sapa, tapi Hashim mudah kita nak kenai , tengok yang berdiri tangan cengkoi tu dia la".Berdiri dalam kumpulan kawan-kawan lama, saya benar tak tau nak kata apa sekadar hulur tangan bersalam. Dalam kepala berserabut cuba nak ingat nama, Ahmad Jaafar tegur saya " Hai Mie dulu hang banyak cakap pasai apa diam pulak" . Nak tenangkan fikiran saya kata " Banyak sangat yang dah berubah susah nak kenai tu yang diam ni".
Yang lelaki mudah sikit nak kenai , dulu hitam sekarang pun hitam , yang putih tu putih la . Bagi wanita ni susah sikit nak cam , bukan pasai terlalu rendang ka apa, cuma apa yang saya ingat masa sekolah dulu depa tu kulit gelap-gelap macam saya juga, tapi bila dah berumur ni semua dah jadi putih-putih belaka. Kata Munir bila saya ajukan persoalan ni " Perempuan ni bila depa dah kerja, depa guna macam-macam kosmetik sebab tu dulu kulit gelap sekarang jadi cerah" .
Kepada Cik gu Aliyah dan suami tahniah kerana dah dapat menantu. Dapat cucu nanti jangan lupa bagi tau kami.
The King, his family and U
1 week ago
Dulu mana buleh lebih lebih ramahnya Mie. Sat lagi kalau lebih kata nak mengorat pulak. Lagi pun tu yang dikatakan exposure. Dunia masa tu cuma SMJ dan Pekan Jitra saja. Kedai gunting pun pak cha. Tapi bila dah telepas ke Kuala Krau, Tampin , Gemas nu mana hala deh lagi. Dah pandai masak lemak cili padi ( dah tak sebut cabai melaka dah ) mesti la ada perubahan. Tapi orang kata kalau dapat mempertahankan imej atau rupa selepas 36 tahun, tu dikira hebat laa.
ReplyDelete