21 Jun 2009 Anak saya Syahir tiba-tiba menghulurkan kepada saya sebatang pen yang dihiasi dengan sekumtum bunga, katanya "Happy father day" . Lepas tu Syahir memeluk dan mencium saya. Umi Yatie yang memerhati drama singkat tu berkata " Tengok tu anak ingat nak bagi hadiah kat abah" . Saya hanya diam saja kerana takut kalau tersalah cakap ada orang yang akan minta belanja bukan-bukan.
22 Jun 2009 Sebaik saya sampai kat pagar rumah dari pejabat lebih kurang jam 9.00 malam , anak saya intan berlari keluar diikuti oleh syahir. Syahir yang belum sempat basuh tangan kerana tengah makan nasi membantu saya membuka pintu pagar. Lepas tu Syahir minta beg yang saya bawa, masa tu juga Intan serahkan kepada saya sepucuk surat berhias sambil berkata " Happy Father day abah". Intan kemudian cium tangan saya.
Sebaik saya masuk kedalam rumah anak saya Izzah pula menyerahkan sebuah beg kecil terpangpang huruf "LOVE" sambil mencium saya. Kerana terlalu gembira agaknya la , saya letakkan dulu hadiah yang diterima diatas Almari. Syahir yang tak sabar nak tengok hadiah dari kakaknya suruh saya buka beg tersebut tapi saya kata " Tunggu lepas abah mandi dulu".
Masa saya tengah mandi Intan bersuara dari luar " Abah jangan lupa tau tampal hadiah Intan kat pejabat abah" . Saya hanya jawab ringkas " Ok la Intan".
Masa saya nak kedapur , Syahir yang asyik mengikut saya tiba-tiba bertanya " Abah dah guna ka pen yang are-ee bagi semalam". Saya kata "Dah guna dah", Syahir tanya lagi "Ada dakwat tak abah" saya jawab sambil mengajukan soalan " Dakwat ada, mana Are-ee dapat pen tu?" Selamba sahaja Syahir menjawab " Are-ee ambil dalam raga kat atas peti ais ni". Saya hanya ketawa dalam hati .
Lepas tu Syahir paksa saya buka hadiah yang diberi oleh Izzah. Saya dapat hadiah Tali leher dan kancing baju yang cantik sekali. Kad ucapan yang diselitkan amat bermakna untuk saya . Kad ni akan saya pamirkan dipejabat saya.
Terima kasih anak-anak , abah sayang kamu semua .
The King, his family and U
1 week ago
sebenarnya dia tu org bawahan saya. saya tak salahkan dia..dia malu rumahnya bersepah.. tapi saya terkilan( kalau saya boss datang rumah saya berbesar hati) tapi dia tetap penuhi hajat saya di luar rumahnya. manusia kan macam2..
ReplyDelete