28 Jun 2009 Bersama Umi Yatie, Intan dan Syahir ke Tg Malim hantar Jaja mendaftar diri di UPSI. Kesihan dengan jaja terpaksa duduk tingkat 4 (paling atas) kolej Zaaba dibandar proton city yang sunyi dan serba kekurangan. Masa nak hantar barang kebiliknya lelah la juga kami memanjat tangga. Tak apa la Jaja cekalkan hati untuk mengharungi cabaran ni, abah dan mama sentiasa mendoakan kejayaan mu.
Yang sedihnya hari ni saya tak berkesempatan untuk menunaikan jemputan ke majlis perkahwinan anak perempuan staf pejabat yang juga sahabat saya En Musa Sharif. Sebenarnya saya tersalah congak, ingat nak pergi selepas hantar jaja ke Tg Malim , malangnya tersangkut kat situ hingga magrib baru sampai balik kerumah. Apa pun saya nak ucapkan tahniah la kepada En Musa yang menerima menantu pertama tu.
Semalam 27 Jun 2009 saya , Tuan Ali dan Arif berkesempatan ke Nilai menunaikan jemputan ke majlis perkahwinan anak lelaki SI Ismail Md Zin . Meriah betul kendurinya.
Yang tak meriahnya kisah Sm Mail yang menolak tawaran Tuan Ali untuk naik satu kereta kerumah SI Ismail. Masa saya call Sm Mail dia masih kat rumah , saya kata " Cik Mail, Tuan Ali ajak pergi sekali tunggu dekat Briged Tengah kita orang pergi jemput". Sm Mail kata pada saya " Saya bawa kereta sendiri sebab saya nak balik lambat nak tolong-tolong kat rumah SI Ismail dulu, saya tunggu dekat tol Bukit Mahkota".
Akhirnya bukan Sm Mail yang tunggu kami tetapi kami yang terpaksa tunggu di Plaza tol Bukit Mahkota.
Lepas makan kat rumah SI Ismail bila Tuan Ali ajak balik SM Mail kata " Tuan balik la dulu saya lambat lagi nak jumpa kawan-kawan dulu". Tapi apa yang berlaku sungguh mengejutkan, masa kami kat highway Seremban -KL tiba-tiba terserempak kereta Sm Mail yang berada dihadapan kami. Kata Tuan Ali "Poooraaah... macam ni punya orang pun ada ka".
Lepas tu saya dengar cerita dari kawan-kawan, mungkin kerana nak tebus kesilapannya yang terlanjur tu, masa kenduri rumah En Musa Sm Mail membantu di dapur dari pagi sampai majlis selesai. Kata Baluk " Cik Mail tunggu sampai majlis habis dan dapat la bawa balik gulai".
The King, his family and U
1 week ago
Lebih naya kes aku Mie. Baca terbalik. Tarikh kenduri 13hb. Aku baca 31hb. Kawan aku tu buat kenduri tumpang kawasan surau. Kebetulan hari tu ada orang lain buat kenduri kat situ. Tengok tak dak pun bayang dia. Toke kenduri rupa macam lain. Bila pulak dia tukag rupa ni?. Jelin tetamu yang mai pun sorang tak kenai. Tak sedap hati aku ambik HP call dia. Rupe-rupenya dia tengah dok makan kenduri ditempat lain.Kenduri dia 13hb aku pi 31hb. Apalagi, perut lapag, minyak kereta pun luak saja. Anak aku kata apa la abah ni....buat malu kompeni saja...
ReplyDelete