Saturday, June 20, 2009

Reunion

Berkongsi mengingati kisah silam amat menyeronokkan. Bila bersendirian di usia yang dah lanjut ni, bila terkenang kisah-kisah silam tu terasa kembali muda.... err sorry rasa nak kembali semula kezaman kanak-kanak dan zaman remaja dulu. Nak melalui semula detik-detik dan kenangan manis yang dah ditinggalkan. Ada perkara yang rasa patut dibuat masa tu,tetapi kita tak buat. Ada juga perkara yang tak patut dibuat tetapi kita dah lakukan dengan penuh emosi. Mungkin bagi orang lain dia dah lupa perkara tu , tapi bagi kita perkara tu sentiasa tergambar kat dalam kepala kerana menyentuh perasaan kita.

Masa yang silam yang dah berlalu tak kan kembali, memang sah dan benar . Tapi mungkin tak salah kan , kalau kita kembalikan nostalgianya. Saya amat terharu dengan usaha saudara Ahmad Md Saman mengesan rakan-rakan lama yang dah lama terpisah untuk menganjurkan "reunion" rakan-rakan sekolah Tingkatan 1-5 SMJ 1971-1975. Cadangnya nak jemput sekali cik gu-cik gu kita yang dah banyak berjasa tu.

Kalau susah-susah sangat nak cari tempat berkumpul mungkin kita boleh sewa Mes Polis di Graysand Port Dickson yang saya rasa amat sesuai untuk berkumpul sambil beriadah. Sewanya hanya RM 80.00 sehari untuk seunit rumah 3 bilik. Kalau tak salah saya ada lebih 30 unit rumah disana.

Mudah-Mudahan usaha ini akan menjadi kenyataan.

4 comments:

  1. Ya Allah... Mazli... semasa saya baca komen dia dlm blog mad saman, saya terbayangkan zamree ahmad (kg padang).memang betul mazli tak berubah.

    ReplyDelete
  2. Ya Allah ...Mazli... semasa saya baca komen dia dlm blog mad saman saya terbayangkan zamree ahmad (kg padang) Memang betul mazli tak berubah.

    ReplyDelete
  3. Idea molek tu Mie. At least kita ada pilihan selain dari Kelab Darulaman di Jitra. Cuma la ni kita tunggu list nama dan alamat terkini dari KakJa. Dia kata dah nak siap dah. Pagi tadi Md Jamil telefon. Dia bagi no. Cikgu Jaafar ( 012 489 7510. Petang aku telefon dia. Seperti Cikgu Wan Bin, nampaknya semua tak sabar menanti tarikh tersebut.

    ReplyDelete
  4. Salam Semua...
    Puan CTROCK... Saya ni banyak berubah dah.... Dulu satu ketika perut saya dengan perut Che Mi tu lebih kurang aja.. tapi bila dah jadi jurulatih sukan , asyik dok kena perli dengan pelatih, berusaha lah saya untuk kembali slim, turun ler sikit dalam 3 kilo. Satu lagi bab rambut, dah mula jarang dan bertukar warna dan bab spek, Che Mi ckp pakai mcm 30 tahun dulu gak cuma power dia bertambah-tambah, mcm juga pada usia kita bertambah dari sehari kesehari... PN CTROCK..saya belum call lagi...tunggu ya....

    LeePakMat

    ReplyDelete