Sunday, August 2, 2009

Syukur

1 Ogos 2009 Sabtu - Kalau ikut kebiasaannya boleh baring-baring dan lepak kat rumah bersama keluarga . Set dalam calender hari ni programnya nak pergi jemputan kenduri kahwin anak sahabat di Taman Melati, Gombak. Tapi semboyan dah berbunyi panggilan ibu pertiwi menuntut khidmat bakti. Tuan Ali dah pesan semalam katanya " Besok 1 Ogos 2009 Sabtu bagi semua anggota beruniform kerja macam biasa, tiada cuti hujung minggu".

Bagi saya tugas ni penting dan memerlukan pengorbanan semua peringkat anggota polis. Tanggung jawab utama pasukan kita untuk mempastikan keselamatan , keamanan dan ketenteraman dalam negara sentiasa terpelihara. Lebih 27 juta rakyat Malaysia meletakan harapan dan tanggung jawab ini kepada pasukan kita.

Biasa la manusia ni sejak azali lagi mana sama, masing-masing ada pemikiran dan pendapat yang berbeza-beza. Apa pun hakikatnya , undang-undang telah digubal untuk mengikat kita supaya tidak bertindak melangkaui batas-batas dan norma kehidupan sebagai seorang insan. Jangan kerana nak pertahankan ego dan hak, kita lupa hak orang lain disisi undang-undang.

Biasa la kalau ada yang langgar undang-undang maka jadi tanggung jawab penguatkuasa untuk mengambil tindakan . Kalau dah salah tentulah kena hukum , kena la terima hakikat kita dah mencabul hak orang dan redha lah dengan hukuman yang dikenakan. Jangan la undang-undang pula nak kita persalahkan.

Jangan hanya nampak salah orang , salah diri sendiri bagaimana?. Nilai dan jenguk-jenguk juga la kedalam diri sendiri ada tak kesilapan dan kesalahan yang dah dilakukan. Tuding menuding jari ni biasa la, anak yang dibesarkan dengan belaian dan kasih sayang pun ada yang tuding jari salahkan ibu bapa. Agaknya la kalau ibu bapa tu tahu dari awal lagi , mungkin kecik-kecik lagi dah dicampak dalam longkang.

Sebagai manusia yang berakal dan mengakui keagungan agama Islam , kita berpegang teguh kepada kepercayaan dan keyakinan "Tiada yang sebenar-benar ujud melainkan ujudnya Allah taala". Dalam mentadbir makhluknya didunia ini , Allah juga menetapkan peraturan dan hukum-hukum yang wajib dipatuhi.

Sebagai memenuhi syariat yang ditetapkan oleh Allah , kehidupan kita di dunia ni perlu ikut peraturan. Janji dan ketentuan Allah amalan kita akan dihitung di akhirat kelak. Perhitungan di Mahsyar akan menentukan sejauh mana keimanan dan ketakwaan kita dalam melaksanakan perintah Allah. Pembalasan juga telah dijanjikan Allah dengan Syurga dan Neraka.

Kesimpulan saya marilah kita sama-sama bersyukur dengan apa yang telah Allah kurniakan. Yang maha kaya itu Allah, Yang Maha Mengetahui itu Allah dan yang menentukan segalanya juga Allah Subhanahu wataala. Allah Hu Akbar! Allah Hu Akbar! Allah Hu Akbar!

6 comments:

  1. Hai, sejak bila pi mengaji sekolah pondok ni? Sekolah pondok kat mana tu? Padang Sera ka, Pulau Nyior ka, Pulau Maharaja ka, Padang Perahu ka? Hebat tu... Yang sedihnya 95% yang buat demonstrasi ssemalam tu orang Melayu... Bangsa lain mana pi?

    ReplyDelete
  2. Tuan Azmi, nak tanya sikit ni. Pasai apa sejak akhir-akhir ni PMOB dok asyik naik tingkat 30 saja. Dia ada kawan baru kat situ ka?.. Dengaq kata pi masjid berpegangan tangan... Kena g ricky tu..

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya saya belajar pondok sebelah pejabat saya saja. Tak dak masa nak pi belajar jauh-jauh, lagi pun banyak pula belanjanya. Sementara ada tok guru dari UIA kat sini kita belajar la sikit.

    Orang Melayu macam kita ni biasa la, kebanyakan darah jenis "O" dalam erti kata lain Zero. Kalau darah yang dipam dalam otak tu zero faham-faham saja output nya. Mudah la bagi orang-orang yang berdarah A dan B bagi input untuk isi ruang-ruang kosong tu. Sebab tu apa input masuk itulah diterjemahkan.

    Kesihan saya tenguk Pak tua dengan mak tua termengah-mengah duduk atas pembahagi jalan dijalan Kinabalu semalam. Lepas tu terkapai-kapai nak loloskan diri dari asap pedih. Anak mereka yang cerdik pandai tu dimana?.
    Lepas tu saya tenguk pula kat vedio orang-orang yang berdarah A dan B tu bukan main happy sambil mengisi perut kat bilik berhawa dingin. Hidung kembang kuncup kerana kepuasan tenguk pak tua, mak tua dan anak-anak mereka berlari-lari bermain air gatal dan asap pedih ditengah jalan.
    Pendek cerita kombinasi darah A + B mampu menghasilkan formula Angkuh dan Bantah.

    sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Dah siasat dah, saya pun dah jumpa orang tu. Tapi sorry la saya tak minat dengan dia tu..

    ReplyDelete
  5. Takpa biaq Jebon yang uruskan dia..

    ReplyDelete
  6. Jangan jadi macam Saad ('Ad ) Motor dah la... habis tanah jual kat Benggali...

    ReplyDelete