Saturday, August 29, 2009
Amanah
Hari Isnin ni 31 Ogos 2009 kita akan sambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 52. Pada 12 Ogos 2009 yang lalu Perdana Menteri telah melancarkan sambutan bulan kemerdekaan di Putrajaya bertemakan 1Malaysia Rakyat didahulukan Pencapaian diUtamakan.
Walau bagaimana pun sambutan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2009 ni akan dibuat secara sederhana dan rengkas saja di Dataran Parlimen, beralasankan sambutan jatuh dalam bulan Ramadhan dan langkah pro aktif bagi mengekang menularnya wabak influanza A (H1N1) dikalangan orang ramai yang mengambil bahagian dalam perbarisan nanti. Sambutan tradisional di Ambang Merdeka yang diadakan di Dataran Merdeka setiap tahun tu pun dibatalkan juga.
Saya memang setuju sangat , keadaan ekonomi yang tak menentu ni pun perlu juga kita fikirkan. Satu lagi yang saya rasa patut difikirkan ialah apa kata dikurangkan sedikit majlis-majlis makan mewah-mewah yang melibatkan penggunaan wang rakyat oleh jabatan-jabatan kerajaan tu. Tak rasa bersalah ka kita makan free mewah-mewah pulak tu , sedangkan rakyat marhaen kat kampung-kampung tu termasuk mak bapak kita nak beli gula untuk bancuh kopi O pun susah. Kalau perkara macam ni tak boleh nak buat , macam mana nak merialisasikan tema 1 Malaysia Rakyat Di Dahulukan Pencapaian Di Utamakan tu.
Persoalan saya " Dimanakah tanggungjawab dan amanah kita mentadbir harta negara".
Besak dan kecik
Kadang-kadang saya pun jadi bodoh juga memikirkan hal ni. Kerja yang nak dibuat ni memang la baik , dapat pahala besar sebab nak jamu orang makan bulan ramadhan , tapi kalau orang yang dok bertungkus lumus buat persiapan tu dibentak-bentak sampai merah muka dan pekak telinga , macam mana pahala nak bertambah. Tak boleh ka orang besak2 ni kalau bercakap tu rendahkan sedikit suara, tak baik jerit-jerit macam suara kaldai yang tak ketahuan punca tu... Bos-Bos kecik tu pun manusia berakal dan berperasaan jugak la..
Malam tadi masa duk tunggu jemputan-jemputan sampai, saya pun dok fikir juga satu kerja bodoh yang terpaksa dibuat oleh Abang Akob, Alwi ,Syarif dan Nizam . Mereka ni ditugaskan untuk pasang pelita minyak tanah dibawah sinaran lampu Neon dan spotlight yang terang benderang. Yang seronoknya pelita yang dipasang tu asyik padam saja ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Bila saya tanya Syarif " Buat apa hang pa pasang pelita ni, buang masa saja" . Kata Syarif dengan kawan-kawannya tu " Arahan tuaaan , Sm Mail suruh pasang, kami mana tau ,ikut arahan saja".
Sebenarnya malam tadi tu saya dok ikut belakang Tuan Ali saja. Tuan Ali pakai baju melayu warna ungu siap dengan bersamping hitam. Gagah betul la ... kalau dia pakai cermin mata hitam Rm 600 yang baru ditempah tu lagi nampak bergaya . Agak saya la kalau dia pakai cermin mata hitam tu, mesti jadi tumpuan punya....macam Rajanikan la agaknya.
Kerana tak mau kalah dengan penampilan Tuan Ali Sm Mail malam semalam tak jadi pakai baju melayu yang dibawanya. Alih-Alih dia pakai uniform dengan lambang PTT lagi. Saya pun nampak hebat juga , cuma butang baju melayu tak cukup dua , tercicir agaknya. Nak pinjam dengan Sm Mail dia kata " Butang baju Tuan dengan butang baju saya tak sama" . Saya diam aja la kerana tahu itu hanya alasan tak nak pinjamkan. Kalau nak pinjamkan boleh bagi lima-lima biji butang tu kerana dia pun bukan pakai baju melayu tu..
Apa-apa pun Sm Mail memang hebat la malam tu, semua pembesar-pembesar yang datang malam tu ditangkapnya. Tuan Ali yang cemburu dengan Sm Mail tu kata kat saya " Tenguk-tenguk dia mesti tangkap tangan punya, hebat betul la... PTT tuuu..".
Yang paling hebatnya Sm Mail malam tu ialah dia boleh usong seperiuk nasi dari dapur caterer bawa kat bawah kenopi bagi rekrut pulapol makan . Kalau bukan kerana usaha Sm Mail tu besar kemungkinan rekrut tu balik perut kosong laa... Tahniah la Sm Mail bukan semua orang boleh buat kerja macam ni. Tapi nak tanya sikit " Masa angkat periuk tu pakai saka ka, alang-alang orang tak daya nak angkat periuk tu. Berat bang..."
Akhirnya terima kasih la kepada Kak Shida yang sudi datang menjenguk Sm Mail. Mudah-mudahan kerja baik yang telah dilaksanakan mendapat keberkatan Allah Subhanahuwataala.
Thursday, August 27, 2009
Cemeti Suci
Hukum dicabar lagi
Petunjuk apa yang dicari
Atau hanya sekadar menduga
Kental pasak tiang seri
Allah Hu Akbar!
Tonggak katanya teguh
Sokong bunyinya ampuh
Yang datang bukan ribut
Sekadar angin sepoi bahasa
Sedarnya sokong masih rapuh
Allah Hu Akbar!
Maulana Mujahid
Di mana cemeti mu
Campak didepan ku
Ku rungkai cabaran ini
Dengan bersaksi kitab suci
Cheazmibidin@27 Ogos 2009
Wednesday, August 26, 2009
Muhasabah
Saya cuba menilai diri saya sebagai seorang insan muslim . Adakah saya benar-benar telah melaksanakan amanah sebagai makhluk Allah di muka bumi ini. cukupkah persedian diri untuk mengadap Allah apabila tiba masanya, seperti janji Allah dalam firmannya dalam surah As-Sajdah ayat 11 yang bermaksud " Katakan lah (wahai Muhammad; " Nyawa kamu akan diambil oleh Malaku'l-Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan) .
Kehidupan didunia yang tak terlepas dari cobaan dan dugaan , yang diturunkan Allah untuk menguji dan memperkukuhkan keimanan , kadang kalanya membuatkan kita terbabas kerana terpengaruh dengan hasutan syaitan yang menyesatkan. Untuk itu saya dengan hati yang tawadzuk melafaskan " Ya Allah, aku memohon keampunan mu , kau ampunkan lah segala dosa-dosa ku, dosa kedua ibu bapa ku , dosa isteri dan anak-anak ku serta keturunan ku dan dosa sekelian Muslimin dan Muslimat. Tiada daya upaya kami melainkan engkaulah yang maha pengampun".
Saya tahu saya tak pernah terlepas dari kesilapan dan kesalahan , kadang-kadang dek kerana godaan syaitan terlepas kata-kata yang kadang-kadang merobek perasaan orang. Kadang-kadang tu kerana nak komen orang terlepas kata-kata yang tak sewajarnya. Kepada Tuan Ali, Sm Mail , Farah , Harida , Kak Normah, Kak Ros , Hamidah ,Syakila, Eliza, Min , Nazneen, Zoly, Asni , Mary , Devi, Abang Zul , Syarif, Nizam, Alwi, Salmee, Fadzli dan Bibi dan semua staf kat Kem Komandan saya nak kata "Pohon maaf diatas segala kesalahan dan kesilapan saya. Yang baik itu dari Allah , yang buruk itu kelemahan diri saya sendiri"
Akhirnya kepada saudara-saudara muslim yang lebih tinggi ilmu islamnya dan pegangan agama lebih sempurna , sama-sama lah kita mahasabah diri dan menilai "Adakah diterima Allah perbuatan kita menghina dan mencaci orang lain semata-mata untuk menunjukan kemegahan, keupayaan dan kemuliaan diri sendiri sehingga kita lupa kebesaran Allah". Nauzubillah....
Sunday, August 23, 2009
Ramadhan II
Ramai kawan-kawan saya yang jauh dan ada yang dah pencen hantar SMS ucap selamat menyambut ramadhan. Sebak juga dada saya bila baca sms ucapan dan doa kebahgiaan untuk saya dan keluarga. Kepada sahabat saya Tuan Wan Said yang pernah sama-sama bergelumang di Cawangan Kem Komandan saya nak kata " Tuan Wan jangan la sedih sangat, pilu hati saya dengar rintihan tu. Biasa la tuan kawan-kawan tu bukan dah tak ingat kat orang pencen tapi sibuk la agaknya tu. Macam saya ni lain la , orang tak selalu sibuk " .
Harap-Harap bulan ramadhan ni tak ada lah orang nak buat sibuk sangat dengan hal dunia ni, cukup la dalam setahun sebelas bulan kita buat sibuk , jadi sebulan ni mai la sama-sama kita cari keredhaan Allah pulak. Tapi saya duk risau juga tengok bos saya tu , nampak-nampak gaya bulan ramadhan ni macam semakin sibuk saja. Saya dok harap sibuk bos tu tak tempias la kat saya. Tapi ya la kan kalau tak tempias kat saya , nak tempias kat sapa pulak, maklum la saya yang paling hampir dengan kaki lima tu.
Selalunya setiap hari bekerja saya dengan bos dan Sm Mail akan balik paling cepat selepas selesai sembahyang magrib. Bos selalu kata " Kita tunggu la biak semua bos-bos besak balik dulu baru kita balik, ada apa-apa hal senang kita tackle". Itu la komitednya bos saya dekat kerja. Kalau bulan ramadhan ni pun macam tu jugak bos , alamat buka puasa dengan air paip la kita.. Insyaallah tak kut noo.. tak kan bos-bos besak tu tak buka puasa dengan famili mereka kut.
Saya ni sebenarnya bukan apa, dalam kelendar saya untuk setahun hanya bulan ramadhan saja saya berpeluang makan semeja dengan isteri dan semua anak-anak kecuali yang duduk jauh iaitu waktu berbuka dan waktu bersahur. Nikmat ni yang saya tak nak lepas dan biar berlalu begitu saja. Walau pun begitu kalau dah terpaksa berada diluar nak buat macam mana.
Akhirnya saya memanjatkan doa kepada Allah Subhanahuwataala agar kita semua dipertemukan dengan malam lailatul qadar diramadhan yang penuh berkat ini. Allah Hu Akbar! Allah Hu Akbar! Allah Hu Akbar!
Thursday, August 20, 2009
Ramadhan
Cakap pasal nak sambut puasa ni, saya seronok juga la baca catatan sahabat-sahabat dalam blog kisah retro sambut puasa masa kecik-kecik dulu. Saya teringat macam mana seronoknya orang kampong saya bergotong royong menyediakan Morey untuk santapan lepas sembahyang tarawikh. Kisah saya dan kawan-kawan sampai serak suara kerana berlawan siapa paling kuat berselawat. Lepas tu punya jahat kami time orang tengah seronok dok beradu, kami usung gendang kulit lembu keliling kampung kononnya nak kejut orang sahur. Seronok betul la masa tu. Bulan ramadhan yang hebat dan penuh keberkatan kata Ibnu Saman Aljalawi.
Tapi semenjak usia dah meningkat ni , duduk pula kat bandaraya semua peristiwa tu tinggal kenangan saja la. Sebab tu la bila tengok sahabat-sahabat yang asyik duk cerita pasai nak buat kenduri sambut puasa dan rancang tu , rancang ni nak buat dalam bulan puasa ni, teransang jugak la saya. Bukan apa , duk fikir betapa rahmatnya allah mengwajibkan umat islam mengerjakan ibadah puasa ramadhan ni.
Tapi yang saya tak boleh faham ada juga sahabat-sahabat kat pejabat datang jumpa saya tanya "bulan puasa ni , boleh balik kerja awal tak?". Yang paling teruk saya rasa ialah ada seorang penyelia tu tanya saya " Bulan puasa ni , upacara istiadat naik turun bendera tu , boleh tak dibatalkan". Mungkin bos saya boleh bagi jawapan yang sesuai kerana kalau saya bagi jawapan mungkin orang-orang tu bukan setakat puasa siang, malam pun dia puasa jugak.
Akhir nya saya memohon kepada Allah Subhanahuwataala agar diberi kepada diri saya, ahli keluarga, sahabat2 dan sekelian muslimin dan muslimat iman dan kekuatan untuk melaksanakan ibadah puasa ramadhan ini dengan sempurna . Selamat menyambut ramadhan Al-Mubarak.
Tuesday, August 18, 2009
Happy birthday bos
Suara Hati
beralas hamparan hijau
menghadap rumah mu
dengan tekad dan hajat
Tuhan ku ....
Lidah ku mengukir lafaz
tiada suara yang zahir
hiba sekali ku rasa
Begitu rapat dengan mu
Jasad ku bagaikan fana bersama mu
Tuhan ku ...
Ku akui keagungan mu
hanya kau yang ujud
aku hanya raahman dan raahim mu
hadir ku hanya dengan izin mu
Tuhan ku ...
Bersama sedu ini
gerak lidah yang tersekat
ku luah rasa
ku curah rahsia ku
yang bukan rahsia bagi mu
Tuhan ku ...
Mohon ku hanya pada mu
kau sucikan jiwa ku
tanamkan dalam diri ku
taqwa dan iman
sebagai sirah kehidupan ku
Tuhan ku ...
Bahgiakan hayat ku
didunia dan akhirat
dengan rahmat dan ehsanmu.
Cheazmibidin@ 18 Ogos 2009
Saturday, August 15, 2009
Obesiti II
14 Ogos 2009 Jumaat -Hari ni seperti biasa saya bersama Tuan Ali dan rakan pejabat berkunjung ke Perfect bowl, Selayang. Saya kasihan kepada Abang Alwi yang basah kuyup kerana menunggang m/sikal JAGUH OREN dalam hujan dari pejabat ke Selayang. Yang saya peliknya Abang Zul Mamak , Arif, Christe dan Gobi tidak pula basah, setahu saya mereka juga naik m/sikal ke Selayang. Bila tanya Abang Alwi jawapannya ialah " M/sikal Jaguh tuan tak ada payung'. Saya faham jawapan tu, sebenarnya m/sikal saya tu tak ada beg nak letak baju hujan la bang..
Permainan hari ni saya berentap dengan Tuan Ali. Dalam Frame kedua saya berjaya kalahkan Tuan Ali sehinggakan Tuan Ali tak senang duduk. Tuan Ali yang berusaha untuk menunjukan kehebatannya, beraksi dengan gaya yang sungguh hebat diframe ke3 hingga ke6. Masa bermain di frame ke 6 tiba-tiba Abang Zul Mamak tanya " Tuan tak sejuk ka, angin masuk kut celah kangkang tu?". Tuan Ali jadi kelam kabut bila sedar seluar jean yang dipakainya rupanya dah terkoyak di bahagian belakang punggung. Nasib baik ada jeket saya boleh buat pelindung sementara. Tak pa Tuan seluar koyak berbaloi , Tuan dah kalahkan saya 5 -1 .
Untuk rakan-rakan pejabat khasnya Kak Ros, pendapat saya berkenaan susutnya 3 inci pinggang Tuan Ali tu salah la . Rupanya ada kena mengena la dengan BMI ni. Dibawah ni saya publishkan artikel dari laman web www.nih.gov.Obesiti merupakan antara masalah lazim yang dialami oleh ramai wanita di negara ini dan di seluruh dunia.Masalah tersebut bukan saja menggambarkan amalan pemakanan seseorang yang tidak betul, bahkan lebih buruk ia kerap diiringi dengan pelbagai penyakit termasuk jantung dan darah tinggi.
Dalam pada itu, kajian terbaru mendapati bahawa wanita mempunyai ukur lilit pinggang yang besar mempunyai risiko meninggal dunia lebih awal berbanding dengan mereka yang mempunyai ukur lilit pinggang yang lebih kecil.
Kajian yang dibuat oleh Universiti Harvard dan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) Amerika Syarikat, menunjukkan wanita yang berpinggang besar lebih cenderung untuk menghidap penyakit yang berkaitan jantung ataupun kanser, walaupun hakikatnya mereka mempunyai berat badan yang ideal dengan ketinggian mereka.
Terdapat kajian sebelum ini yang menunjukkan pengumpulan lemak di bahagian pinggang sebenarnya meningkatkan risiko penyakit.
Untuk menjalankan kajian ini, para penyelidik telah membuat analisis data daripada lebih 44,000 orang wanita diikuti dengan sejarah kesihatan lebih 1,000 jururawat berdaftar di 11 negeri.
"Seperti apa yang dapat diperoleh daripada kajian NIH Obesity Research Task Force, kesan cabaran akibat obesiti, penemuan terbaru menunjukkan bahawa penyelidikan dapat memainkan peranan dalam pemahaman tentang risiko obesiti," jelas Pengarah NIH, Elias A. Zerhouni.
Kumpulan penyelidik yang menjalankan kajian tersebut diketuai oleh Cuilin Zhang dari NIH, Eunice Kennedy Shriver dari Institut Kesihatan Kebangsaan Kanak-kanak dan Pembangunan Manusia (NICHD).
Dana untuk menjalankan kajian ini pula diperoleh daripada NIH, Institut Kanser Kebangsaan dan Institut Diabetis, Pencernaan dan Buah Pinggang Kebangsaan. Kajian ini disokong oleh Institut Darah, Paru-paru dan Jantung Kebangsaan. Hasil kajian ini telah diterbitkan dalam Internet menerusi laman web Circulation.
Semakin hari semakin banyak bukti yang mengaitkan lemak berlebihan di abdomen dengan risiko penyakit diabetes dan jantung. Bagaimanapun perkaitan antara obesiti di bahagian abdomen dengan risiko kematian masih belum dikaji secara meluas.
Kajian terkini menunjukkan bahawa kegemukan di abdomen ada kaitan dengan kematian awal.
Para penyelidik yang menjalankan kajian terhadap 44,000 wanita telah mengikuti rekod sejarah kesihatan dan gaya hidup mereka.
Disebabkan majoriti daripada wanita yang mengambil bahagian dalam kajian itu ialah wanita kulit putih, para penyelidik tidak begitu pasti sama ada hasil kajian mereka boleh digunapakai untuk wanita mahupun lelaki daripada bangsa lain.
Semua wanita yang terlibat dalam kajian pula terdiri daripada jururawat berdaftar. Pada awal kajian dibuat, mereka diminta untuk mengukur ukur lilit pinggang dan paha mereka.
Setiap dua tahun, kumpulan wanita ini diminta untuk mengisi borang kaji selidik tentang kesihatan mereka, memberikan maklumat tentang umur, tahap aktiviti luar, status merokok, diet, tekanan darah dan paras kolesterol.
Para penyelidik ini turut mengkaji punca kematian bagi wanita yang didapati meninggal dunia ketika tempoh kajian ini berlangsung iaitu sebanyak 3,507 kematian dan daripada jumlah itu 1,748 diakibatkan oleh kanser, manakala 751 kerana penyakit berkaitan jantung.
Para penyelidik turut mendapati bahawa wanita yang mempunyai lemak berlebihan di pinggang lebih berisiko untuk mati lebih awal kerana komplikasi jantung berbanding dengan mereka yang berpinggang kecil.
Sebagai contoh, wanita yang bersaiz pinggang sama atau lebih daripada 35 inci dianggarkan untuk meninggal lebih dua kali lebih awal kerana penyakit jantung berbanding dengan wanita yang bersaiz pinggang 28 inci sahaja (mengenepikan indeks berat badan). Sama juga risiko bagi mereka ini untuk meninggal akibat kanser.
Pada masa yang sama, wanita yang mengalami obesiti turut berisiko untuk berhadapan maut lebih awal daripada usia yang sepatutnya.
Menurut para penyelidik, obesiti ditentukan menerusi indeks berat badan (BMI) yang mengukur kesesuaian antara ketinggian seseorang dengan berat badan mereka.
BMI antara 18.5 dikategorikan berat badan yang ideal dan sihat, manakala BMI 30 hingga 39.9 adalah obes.
Saiz ukur lilit pinggang wanita yang lebar adalah tanda pengumpulan lemak berlebihan pada bahagian depan perut, istilah ini dipanggil abdominal obesity.
Menurut kajian Panduan Klinikal Untuk Mengenalpasti, Memerhati dan Rawatan Berat Badan Berlebihan dan Obesiti di Kalangan Orang Dewasa, saiz had pinggang yang sihat ialah 35 inci bagi wanita dan lelaki 40 inci. Saiz ukur lilit pinggang ini boleh diukur keliling pinggang dari paras pusat.
Menurut Dr. Zhang, dalam tahun 2004 lebih daripada satu setengah orang dewasa Amerika mengalami abdominal obesity.
Friday, August 14, 2009
Obesiti
Hari ni Tuan Ali bagi tau saya dengan Sm Mail " Pinggang saya ni sejak masuk program anak Tuan Hashim tu dah kurang 3 inci, seluar pun dah longgar". Saya hanya ketawa dalam hati, bukan tak percaya memang saya percaya pun. Tapi untuk peringatan kepada Tuan Ali saya nak bagi tau la "Untuk BMI ni kita tak ukur pinggang, tak kisah la kalau pinggang Tuan macam pinggang Farah tu, kita hanya timbang berat badan dengan ukur tinggi saja, ".
Kepada Kak Ros . Nazneen , Asni dan Min yang juga dalam kategori Obesiti dinasihatkan usah la risau sangat . Kata bos kita tu " Staf-staf wanita pejabat kita ni walau pun dah beranak pinak , depa pandai jaga badan semua nampak cun-cun macam anak dara la". Kenyataan ni saya bukan la setuju tapi saya nak sokong 100 persen la... sebab bos yang kata.
Tapi saya tak tau la, kenapa projek mulia macam ni pun ada kawan-kawan nak sabotaj . Pagi-Pagi lagi staf pejabat dah diumpan dengan nasi lauk ayam dara oleh Kak Ros. Semua orang termasuk saya bedal sampai tinggal kertas bungkus saja. Dengar cerita Tuan Ali dapat dua bungkus pulak tu.
Sebelum balik pejabat Hj Tahir dengan Sjn Anuar paksa lagi saya dengan Tuan Ali dan Sm Mail makan nasi dengan gulai ayam dan sup ayam. Nasib baik sup ayam tak sempat masak kerana kehabisan gas. Kerana tak nak bazir kami simpan sup ayam dalam peti ais untuk makan tengah hari esok.
Inilah antara dugaan hari pertama yang terpaksa ditempuh oleh gulungan Obesiti . Kata Tuan Ali " Kita makan siang tak pa, malam kita jangan makan". Tiba-tiba ada suara bisik kat telinga saya " Sebab tu la bos awak tu, pinggang saja susut berat tak turun".
Apa-Apa pun kita timbang lagi la hujung minggu depan.
Thursday, August 13, 2009
Tarik
Saya memegang prinsip bahawa jangan sekali-kali takut memperjuangkan hak . Keadilan bukan hanya hak kepada orang yang menyaman , orang yang kena saman juga mempunyai hak. Takut menghadapi proses undang-undang membuatkan kita menjadi mangsa kepada pihak yang menyalahgunakan proses undang-undang untuk menekan, memperbodoh dan menidakkan hak kita.
Jangan jadi mangsa kepada manusia-manusia tidak beretika yang mencabuli hak kita , mereka sebenarnya tidak mengikut peraturan undang-undang tetapi kita takut untuk mengatakan mereka salah . Biarkan Mahkamah yang menentukan dan menegakan hak kita, jangan kita anggap kita salah , hanya mereka yang benar.
Kepada Kak Ros yang pernah bertugas sebagai staf Mahkamah posting saudara Mohamad Sha'ani dari NCCC kali ini khas untuk anda.
Tarik kereta
Pengguna tertunggak hutang harus berrunding dengan bank untuk jadual semula ansuran. Jika pegawainya enggan berhubung dengan ibu pejabat ataupun Bank Negara, AKPK, FMB,...
Buat desakan terusan hingga bank buat keputusan.
Sila baca dibawah.
Muhammad Sha'ani b. Abdullah
NCCC
23/04/2009
Biasanya syarikat kewangan akan melantik penarik yang berdaftar dengan Persatuan Syarikat-Syarikat Sewa Beli
Penarik haruslah menunjukkan sikap profesional semasa menjalankan tugas menarik kenderaan bermotor daripada anda. Persatuan Syarikat-Syarikat Kewangan
Di antara peraturan tersebut adalah seperti berikut:
- Penarik hendaklah menunjukkan kepada penyewa Perintah Penarikan dan kad kuasa yang diberi oleh syarikat kewangan sebelum menarik kenderaan bermotor
- Mereka yang ditugaskan untuk menarik kenderaan bermotor hendaklah seminimum mungkin, melainkan dalam keadaan yang memerlukan kumpulan yang lebih ramai
- Penarik hanya boleh memasuki premis dengan izin penghuninya atau penyewa kenderaan bermotor itu sendiri
- Penarik hendaklah kelihatan profesional dan bertindak secara profesional
-Bertindak secara kekerasan dan paksaan adalah dilarang sama sekali
-Penyewa hendaklah diberi masa yang mencukupi untuk mengeluarkan barang-barang peribadi daripada kenderaan bermotor yang akan ditarik
- Selepas kenderaan bermotor ditarik, penarik hendaklah membuat laporan polis dengan serta-merta dan membawa kenderaan bermotor tersebut ke tempat yang diarahkan oleh syarikat kewangan terbabit, Sekiranya penarik melanggar peraturan di atas, anda boleh membuat aduan kepada syarikat kewangan terbabit atau kepada Persatuan Syarikat-Syarikat Sewa Beli Malaysia.
SEBELUM KENDERAAN BERMOTOR DITARIK
Syarikat kewangan anda seharusnya telah menghantar notis-notis berikut:
- Notis Jadual Keempat. Ini adalah merupakan notis bertulis 21 hari yang menyatakan hasrat syarikat kewangan untuk menarik kenderaan bermotor
- 14 hari selepas tarikh notis Jadual Keempat, notis kedua akan dikeluarkan untuk memberitahu anda bahawa syarikat kewangan berhasrat untuk menarik kenderaan bermotor selepas luput notis Jadual Keempat Catatan:
Sila ambil perhatian bahawa menurut Akta SB, notis akan dihantar oleh syarikat kewangan itu sendiri atau melalui pos berdaftar ke alamat terakhir yang diketahui.
NCCC
Sunday, August 9, 2009
'Tujuh wasiat Raja-Raja Melayu'
Dengan petunjuk dan rahmat daripada Allah yang maha pengasih dan maha penyayang saya berdoa agar anak cucu saya akan membaca dan menghayati wasiat ini . Biarlah kekal pepatah "Tak kan Melayu hilang didunia" terus subur di dalam jiwa setiap orang Melayu.
Terima kasih tak terhingga kepada Yang Amat Mulia Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah yang dengan ikhlas hati mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat Raja-Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan selagi mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.
Menurut baginda, inilah wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 ialah:
Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;
Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini;
Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan;
Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu;
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Kepentingan sah kaum-kaum lain. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Wasiat sembilan Raja Melayu - yang terdiri empat negeri Melayu bersekutu dan lima yang tidak bersekutu itu - disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu, yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu.
Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan, dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaulatan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal-fasal tertentu merujuk kepada Perkara 3 (1) (2) (3) dan (5); Perkara 11, Perkara 12; Perkara 38 (5); Perkara 152; Perkara 153 dan Perkara 181 (1).
Yang Amat Mulia Raja Nazrin Shah menegaskan fasal-fasal ini memerlukan izin Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan.
Saturday, August 8, 2009
Jalan Pintas
Saya bersama Tuan Ali dan Sm Mail sampai di Hotel Sri Malaysia lebih kurang jam 6.30 pm. Sebaik sampai kami terus pergi ke Restoran Al-Esfan bersebelahan hotel Sri Malaysia pekena teh tarik dan capati. Lepas tu kerana makan malam dah disediakan kami terus join peserta bengkel makan malam kat hotel pulak. Besar betul perut Tuan Ali dan Sm Mail boleh bersambung-sambung makan macam tu..
Kerana bengkel penyediaan SOP IIS (I-ACIDS ->PDRM SYS.) yang kami anjurkan hanya untuk 2 1/2 hari saja, terpaksa la kami bertungkus lumus siang dan malam, jadualnya padat betul. Hari Jumaat saya terima call dari sahabat saya saudara Ibnu Saman " Mie hang tak dapat jalan pintas ka nak mai Hi-Kopi ni" . Apa yang saya nak jawab , masa tu ada bos kat sebelah " Nampaknya tak ada jalan pintas la Mat, nak mencelah pun tak boleh program padat sangat siang malam" .
Sedih juga la tak dapat kerumah Kak Ct Rokiah jumpa sahabat-sahabat yang datang dari jauh khasnya Kak Ja dan suaminya, dah dua kali terlepas nak jumpa mereka. Dengak habaq saudara Madud dan Ibnu Saman makan ayam bakaq dengan laksa kedah dan nasi beriani sampai tak mau balik , betul ka ni??..
8 Ogos 09 Sabtu Kami menamatkan bengkel penyediaan SOP kami dengan jayanya. Tuan Ali dengan rasa amat gembira mengucapkan terima kasih kepada semua peserta bengkel . Kami bersurai dengan dada yang lapang.. projek dah selesai la, semua hutang dengan ceti sudah bayar.
Kerana nak kenakan Tuan Ali dan Sm Mail masa nak balik saya ajak ikut jalan Hulu Yam , kata saya " Jalan ni la dekat nak pergi Kl , lalu jalan ni terus sampai rumah saya, sambil tu kat Hulu Yam boleh tengok orang mandi" . Bila Sm Mail yang pandu kereta masuk ikut jalan tu baru saya bagi tau " Sebenarnya jalan ni jauh la sikit" . Lepas tu sepanjang jalan saya tidor , supaya tak dengar Tuan Ali dengan Sm Mail duk kutuk saya.
Kepada Tuan Ali dan Sm Mail minta maaf la ya, lain kali kita ikut jalan pintas yang lain pulak ..
Wednesday, August 5, 2009
Angka
Saudara Ibnu Saman tiba-tiba terpanggil meluah rasa. Saya nak kepastian tanya bos saya “Mana tuan dapat angka 95% tu “ Kata bos saya “ Saya dapat dari surat khabar la”. Kalau macam tu Ok la kerana itu pendapat orang yang pergi buat litupan , kerana pada mulanya saya dok fikir angkanya mungkin 99.9 % kerana masa dok tinjau kat jalan Kinabalu hari tu saya hanya nampak 1Bangsa bukan 1Malaysia. Nak kepastian lagi saya teliti kat gambar dan video tapi saya tak nampak 1Malaysia , yang nampak hanya 1Malay sahaja.
Sebenarnya saya tak berapa gemar sangat dengan angka-angka ni. Maklumlah banyak sangat orang suka salahguna angka. Kalau pelik sikit bila kita sebut fasal angka , ada orang terbeliak biji mata , kat tapak tangan pun dicatitnya takut lupa. Esoknya pagi-pagi buta dah baca surat khabar . Yang peliknya dia akan baca isi kandongan dari muka belakang. Kalau tak ada yang menarik kat muka belakang tu, baru la beralih kat muka depan . Kadang-kadang tu muka depan langsong tak baca. Kak Ros , Harida dan Farah tentu tau siapa orang yang saya maksudkan. Yang ni Saudara Ibnu Saman lupa nak sebut sebagai Melayu kategori 95% tu.
Sahabat saya pernah tanya saya "tak nak join ka angka ong ni?" . Saya hanya akan kata "Sorry la saya bukan takut tak ong tapi saya takut kalau angka tu menjadi. Saya tak nak Advance rezki saya dan anak cucu saya, takut saya dah guna habis , anak cucu saya akan merana kerana rezki dia saya dah habiskan "
Seperkara lagi yang saya tak minat fasal angka ni bukan kerana saya kecewa gagal Add Math masa ambil SPM 1975, tetapi saya menyampah kerana orang selalu gunakan angka untuk kepentingan peribadi. Yang kurang sokongan sanggup rasuah untuk tambah angka penyokong, yang menang sikit sanggup beli angka supaya menang banyak, yang minimum pula usaha tambah angka jadi maksimum, yang tak cukup majoriti bertungkus lumus cari angka supaya jadi majoriti . Akhirnya angka lebih penting dari integriti.
Kesimpulannya saya amat setuju dengan YAB Perdana Menteri, kita hanya perlu satu angka sahaja.
Sunday, August 2, 2009
Syukur
Bagi saya tugas ni penting dan memerlukan pengorbanan semua peringkat anggota polis. Tanggung jawab utama pasukan kita untuk mempastikan keselamatan , keamanan dan ketenteraman dalam negara sentiasa terpelihara. Lebih 27 juta rakyat Malaysia meletakan harapan dan tanggung jawab ini kepada pasukan kita.
Biasa la manusia ni sejak azali lagi mana sama, masing-masing ada pemikiran dan pendapat yang berbeza-beza. Apa pun hakikatnya , undang-undang telah digubal untuk mengikat kita supaya tidak bertindak melangkaui batas-batas dan norma kehidupan sebagai seorang insan. Jangan kerana nak pertahankan ego dan hak, kita lupa hak orang lain disisi undang-undang.
Biasa la kalau ada yang langgar undang-undang maka jadi tanggung jawab penguatkuasa untuk mengambil tindakan . Kalau dah salah tentulah kena hukum , kena la terima hakikat kita dah mencabul hak orang dan redha lah dengan hukuman yang dikenakan. Jangan la undang-undang pula nak kita persalahkan.
Jangan hanya nampak salah orang , salah diri sendiri bagaimana?. Nilai dan jenguk-jenguk juga la kedalam diri sendiri ada tak kesilapan dan kesalahan yang dah dilakukan. Tuding menuding jari ni biasa la, anak yang dibesarkan dengan belaian dan kasih sayang pun ada yang tuding jari salahkan ibu bapa. Agaknya la kalau ibu bapa tu tahu dari awal lagi , mungkin kecik-kecik lagi dah dicampak dalam longkang.
Sebagai manusia yang berakal dan mengakui keagungan agama Islam , kita berpegang teguh kepada kepercayaan dan keyakinan "Tiada yang sebenar-benar ujud melainkan ujudnya Allah taala". Dalam mentadbir makhluknya didunia ini , Allah juga menetapkan peraturan dan hukum-hukum yang wajib dipatuhi.
Sebagai memenuhi syariat yang ditetapkan oleh Allah , kehidupan kita di dunia ni perlu ikut peraturan. Janji dan ketentuan Allah amalan kita akan dihitung di akhirat kelak. Perhitungan di Mahsyar akan menentukan sejauh mana keimanan dan ketakwaan kita dalam melaksanakan perintah Allah. Pembalasan juga telah dijanjikan Allah dengan Syurga dan Neraka.
Kesimpulan saya marilah kita sama-sama bersyukur dengan apa yang telah Allah kurniakan. Yang maha kaya itu Allah, Yang Maha Mengetahui itu Allah dan yang menentukan segalanya juga Allah Subhanahu wataala. Allah Hu Akbar! Allah Hu Akbar! Allah Hu Akbar!