Apa saya nak kata … Bos saya yang komen sebut angka 95 %.
Saudara Ibnu Saman tiba-tiba terpanggil meluah rasa. Saya nak kepastian tanya bos saya “Mana tuan dapat angka 95% tu “ Kata bos saya “ Saya dapat dari surat khabar la”. Kalau macam tu Ok la kerana itu pendapat orang yang pergi buat litupan , kerana pada mulanya saya dok fikir angkanya mungkin 99.9 % kerana masa dok tinjau kat jalan Kinabalu hari tu saya hanya nampak 1Bangsa bukan 1Malaysia. Nak kepastian lagi saya teliti kat gambar dan video tapi saya tak nampak 1Malaysia , yang nampak hanya 1Malay sahaja.
Sebenarnya saya tak berapa gemar sangat dengan angka-angka ni. Maklumlah banyak sangat orang suka salahguna angka. Kalau pelik sikit bila kita sebut fasal angka , ada orang terbeliak biji mata , kat tapak tangan pun dicatitnya takut lupa. Esoknya pagi-pagi buta dah baca surat khabar . Yang peliknya dia akan baca isi kandongan dari muka belakang. Kalau tak ada yang menarik kat muka belakang tu, baru la beralih kat muka depan . Kadang-kadang tu muka depan langsong tak baca. Kak Ros , Harida dan Farah tentu tau siapa orang yang saya maksudkan. Yang ni Saudara Ibnu Saman lupa nak sebut sebagai Melayu kategori 95% tu.
Sahabat saya pernah tanya saya "tak nak join ka angka ong ni?" . Saya hanya akan kata "Sorry la saya bukan takut tak ong tapi saya takut kalau angka tu menjadi. Saya tak nak Advance rezki saya dan anak cucu saya, takut saya dah guna habis , anak cucu saya akan merana kerana rezki dia saya dah habiskan "
Seperkara lagi yang saya tak minat fasal angka ni bukan kerana saya kecewa gagal Add Math masa ambil SPM 1975, tetapi saya menyampah kerana orang selalu gunakan angka untuk kepentingan peribadi. Yang kurang sokongan sanggup rasuah untuk tambah angka penyokong, yang menang sikit sanggup beli angka supaya menang banyak, yang minimum pula usaha tambah angka jadi maksimum, yang tak cukup majoriti bertungkus lumus cari angka supaya jadi majoriti . Akhirnya angka lebih penting dari integriti.
Kesimpulannya saya amat setuju dengan YAB Perdana Menteri, kita hanya perlu satu angka sahaja.
The King, his family and U
1 week ago
betapa pung hang tak suka angka mie, hang kena admit bahawa angka bermakna dan buat hang minat kira-kira... satu kupang, dua kupang , tiga kupang... pasai dengan kira-kira tu la hang buleh kira pulak berapa kali nak baling bola boling dan dengan angka tu juga hang nak tentu kan hang kalah ka menang lawan Tuan Allie jatuhkan pin.
ReplyDelete