Saturday, August 15, 2009

Obesiti II

14 Ogos 2009 Jumaat -Hari ni seperti biasa saya bersama Tuan Ali dan rakan pejabat berkunjung ke Perfect bowl, Selayang. Saya kasihan kepada Abang Alwi yang basah kuyup kerana menunggang m/sikal JAGUH OREN dalam hujan dari pejabat ke Selayang. Yang saya peliknya Abang Zul Mamak , Arif, Christe dan Gobi tidak pula basah, setahu saya mereka juga naik m/sikal ke Selayang. Bila tanya Abang Alwi jawapannya ialah " M/sikal Jaguh tuan tak ada payung'. Saya faham jawapan tu, sebenarnya m/sikal saya tu tak ada beg nak letak baju hujan la bang..

Permainan hari ni saya berentap dengan Tuan Ali. Dalam Frame kedua saya berjaya kalahkan Tuan Ali sehinggakan Tuan Ali tak senang duduk. Tuan Ali yang berusaha untuk menunjukan kehebatannya, beraksi dengan gaya yang sungguh hebat diframe ke3 hingga ke6. Masa bermain di frame ke 6 tiba-tiba Abang Zul Mamak tanya " Tuan tak sejuk ka, angin masuk kut celah kangkang tu?". Tuan Ali jadi kelam kabut bila sedar seluar jean yang dipakainya rupanya dah terkoyak di bahagian belakang punggung. Nasib baik ada jeket saya boleh buat pelindung sementara. Tak pa Tuan seluar koyak berbaloi , Tuan dah kalahkan saya 5 -1 .

Untuk rakan-rakan pejabat khasnya Kak Ros, pendapat saya berkenaan susutnya 3 inci pinggang Tuan Ali tu salah la . Rupanya ada kena mengena la dengan BMI ni. Dibawah ni saya publishkan artikel dari laman web www.nih.gov.

Obesiti merupakan antara masalah lazim yang dialami oleh ramai wanita di negara ini dan di seluruh dunia.Masalah tersebut bukan saja menggambarkan amalan pemakanan seseorang yang tidak betul, bahkan lebih buruk ia kerap diiringi dengan pelbagai penyakit termasuk jantung dan darah tinggi.

Dalam pada itu, kajian terbaru mendapati bahawa wanita mempunyai ukur lilit pinggang yang besar mempunyai risiko meninggal dunia lebih awal berbanding dengan mereka yang mempunyai ukur lilit pinggang yang lebih kecil.

Kajian yang dibuat oleh Universiti Harvard dan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) Amerika Syarikat, menunjukkan wanita yang berpinggang besar lebih cenderung untuk menghidap penyakit yang berkaitan jantung ataupun kanser, walaupun hakikatnya mereka mempunyai berat badan yang ideal dengan ketinggian mereka.

Terdapat kajian sebelum ini yang menunjukkan pengumpulan lemak di bahagian pinggang sebenarnya meningkatkan risiko penyakit.

Untuk menjalankan kajian ini, para penyelidik telah membuat analisis data daripada lebih 44,000 orang wanita diikuti dengan sejarah kesihatan lebih 1,000 jururawat berdaftar di 11 negeri.

"Seperti apa yang dapat diperoleh daripada kajian NIH Obesity Research Task Force, kesan cabaran akibat obesiti, penemuan terbaru menunjukkan bahawa penyelidikan dapat memainkan peranan dalam pemahaman tentang risiko obesiti," jelas Pengarah NIH, Elias A. Zerhouni.

Kumpulan penyelidik yang menjalankan kajian tersebut diketuai oleh Cuilin Zhang dari NIH, Eunice Kennedy Shriver dari Institut Kesihatan Kebangsaan Kanak-kanak dan Pembangunan Manusia (NICHD).

Dana untuk menjalankan kajian ini pula diperoleh daripada NIH, Institut Kanser Kebangsaan dan Institut Diabetis, Pencernaan dan Buah Pinggang Kebangsaan. Kajian ini disokong oleh Institut Darah, Paru-paru dan Jantung Kebangsaan. Hasil kajian ini telah diterbitkan dalam Internet menerusi laman web Circulation.

Semakin hari semakin banyak bukti yang mengaitkan lemak berlebihan di abdomen dengan risiko penyakit diabetes dan jantung. Bagaimanapun perkaitan antara obesiti di bahagian abdomen dengan risiko kematian masih belum dikaji secara meluas.

Kajian terkini menunjukkan bahawa kegemukan di abdomen ada kaitan dengan kematian awal.

Para penyelidik yang menjalankan kajian terhadap 44,000 wanita telah mengikuti rekod sejarah kesihatan dan gaya hidup mereka.

Disebabkan majoriti daripada wanita yang mengambil bahagian dalam kajian itu ialah wanita kulit putih, para penyelidik tidak begitu pasti sama ada hasil kajian mereka boleh digunapakai untuk wanita mahupun lelaki daripada bangsa lain.

Semua wanita yang terlibat dalam kajian pula terdiri daripada jururawat berdaftar. Pada awal kajian dibuat, mereka diminta untuk mengukur ukur lilit pinggang dan paha mereka.

Setiap dua tahun, kumpulan wanita ini diminta untuk mengisi borang kaji selidik tentang kesihatan mereka, memberikan maklumat tentang umur, tahap aktiviti luar, status merokok, diet, tekanan darah dan paras kolesterol.

Para penyelidik ini turut mengkaji punca kematian bagi wanita yang didapati meninggal dunia ketika tempoh kajian ini berlangsung iaitu sebanyak 3,507 kematian dan daripada jumlah itu 1,748 diakibatkan oleh kanser, manakala 751 kerana penyakit berkaitan jantung.

Para penyelidik turut mendapati bahawa wanita yang mempunyai lemak berlebihan di pinggang lebih berisiko untuk mati lebih awal kerana komplikasi jantung berbanding dengan mereka yang berpinggang kecil.

Sebagai contoh, wanita yang bersaiz pinggang sama atau lebih daripada 35 inci dianggarkan untuk meninggal lebih dua kali lebih awal kerana penyakit jantung berbanding dengan wanita yang bersaiz pinggang 28 inci sahaja (mengenepikan indeks berat badan). Sama juga risiko bagi mereka ini untuk meninggal akibat kanser.

Pada masa yang sama, wanita yang mengalami obesiti turut berisiko untuk berhadapan maut lebih awal daripada usia yang sepatutnya.

Menurut para penyelidik, obesiti ditentukan menerusi indeks berat badan (BMI) yang mengukur kesesuaian antara ketinggian seseorang dengan berat badan mereka.

BMI antara 18.5 dikategorikan berat badan yang ideal dan sihat, manakala BMI 30 hingga 39.9 adalah obes.

Saiz ukur lilit pinggang wanita yang lebar adalah tanda pengumpulan lemak berlebihan pada bahagian depan perut, istilah ini dipanggil abdominal obesity.

Menurut kajian Panduan Klinikal Untuk Mengenalpasti, Memerhati dan Rawatan Berat Badan Berlebihan dan Obesiti di Kalangan Orang Dewasa, saiz had pinggang yang sihat ialah 35 inci bagi wanita dan lelaki 40 inci. Saiz ukur lilit pinggang ini boleh diukur keliling pinggang dari paras pusat.

Menurut Dr. Zhang, dalam tahun 2004 lebih daripada satu setengah orang dewasa Amerika mengalami abdominal obesity.

2 comments:

  1. Maksud hadis - punca segala penyakit bermula dari perut. Ini bermakna yang mendatangkan penyakit hakikatnya dari Allah tetapi asbabnya melalui berbagai cara dan kaedah dan paling utama melalui perut - dimaksudkan ialah punca penyakit bermula dari amalan permakanan.
    Tidak lama dulu saya ada baca kisah seorang pemuda Cina berusia 30 tahun yang membuat satu ujikaji dalam kes ini. Dia makan hanya buah-buahan dalam diet rutin nya.Untuk lunch dua biji nenas. Selama enam tahun sepanjang amalan nya ia tidak pernah dijangkiti sebarang penyakit, hatta selsema sekalipun.
    Baru-baru ini anak saya demam. Bawa keklinik sebagai langkah berjaga-jaga dalam musim wabak H1N1 ini. Alhamdulillah negatif. Namun apa yang nak saya kongsi ialah nasihat doktor. iaitu katanya dalam membina resisten badan mencegah jangkitan penyakit ini keatas diri kita, disyorkan meminum satu gelas jus oren atau apel hijau pure setiap hari disamping banyak meminum air kosong atau mineral. Antara rawatan kepada pesakit H1N1 ialah depa diberi 7 gelas sehari jus oren atau apel hijau.
    Seperkara lagi, cakap pasai kanser, penyakit ini pun sangat berbahaya. 3 rakan saya menemui Allah melalui penyakit ini. Dari pengalaman membantu mereka bertarung menghadapi serangannya saya dapat beberapa ilmu yang buleh dikongsi disini. Anataranya, bagi masalah kanser hendaklah amalkan banyak memakan makanan segar dari sayur atau buah yang menghasilkan cecair warna merah seperti bayam merah, anggur merah ( black current)pitaya merah, plum merah dll. Ini kerana warna merah itu merujuk kepada kandungan beta kuratin yang tinggi yang merupakan bahan anti oksidan semula jadi yang amat berkesan mencegah kanser.

    ReplyDelete
  2. Salam saudara,

    Pertamanya terima kasih la kerana sudi bagi tip kesihatan ni. Ya la sekarang ni tengah duk elok-elok tiba-tiba saja hingus meleleh macam kena selsema.

    Mudah-mudahan usaha kita ni akan diberkati Allah .

    ReplyDelete