Friday, August 14, 2009

Obesiti

13 Ogos 2009 Semalam semua staff pejabat dah ukur tinggi dan timbang berat badan . PA Tuan Ali Farah pun dah siap pamir carta semua orang siap dengan BMI nya sekali. Saya tak terkejut langsung bila tengok nama Tuan Ali mengungguli carta kategori Obesiti . Saya pun obesiti juga tapi 3 mata dibawah Tuan Ali . Patut la masa nak timbang tu Tuan Ali bawa dacing masuk dalam bilik, dia takut kalau-kalau spring dacing tu putus .

Hari ni Tuan Ali bagi tau saya dengan Sm Mail " Pinggang saya ni sejak masuk program anak Tuan Hashim tu dah kurang 3 inci, seluar pun dah longgar". Saya hanya ketawa dalam hati, bukan tak percaya memang saya percaya pun. Tapi untuk peringatan kepada Tuan Ali saya nak bagi tau la "Untuk BMI ni kita tak ukur pinggang, tak kisah la kalau pinggang Tuan macam pinggang Farah tu, kita hanya timbang berat badan dengan ukur tinggi saja, ".

Kepada Kak Ros . Nazneen , Asni dan Min yang juga dalam kategori Obesiti dinasihatkan usah la risau sangat . Kata bos kita tu " Staf-staf wanita pejabat kita ni walau pun dah beranak pinak , depa pandai jaga badan semua nampak cun-cun macam anak dara la". Kenyataan ni saya bukan la setuju tapi saya nak sokong 100 persen la... sebab bos yang kata.

Tapi saya tak tau la, kenapa projek mulia macam ni pun ada kawan-kawan nak sabotaj . Pagi-Pagi lagi staf pejabat dah diumpan dengan nasi lauk ayam dara oleh Kak Ros. Semua orang termasuk saya bedal sampai tinggal kertas bungkus saja. Dengar cerita Tuan Ali dapat dua bungkus pulak tu.

Sebelum balik pejabat Hj Tahir dengan Sjn Anuar paksa lagi saya dengan Tuan Ali dan Sm Mail makan nasi dengan gulai ayam dan sup ayam. Nasib baik sup ayam tak sempat masak kerana kehabisan gas. Kerana tak nak bazir kami simpan sup ayam dalam peti ais untuk makan tengah hari esok.

Inilah antara dugaan hari pertama yang terpaksa ditempuh oleh gulungan Obesiti . Kata Tuan Ali " Kita makan siang tak pa, malam kita jangan makan". Tiba-tiba ada suara bisik kat telinga saya " Sebab tu la bos awak tu, pinggang saja susut berat tak turun".

Apa-Apa pun kita timbang lagi la hujung minggu depan.

2 comments:

  1. Tuan Azmi, kalau nak buat cerita, biar la yang logik sikit. Kalau nak pekena kawan biar berpada-pada la, tu lebih sangat dah. Orang kata lebih sudu dari kuah.

    ReplyDelete
  2. Toke masalah obesiti klinik dia kat kampung hang Mie - Dr. Rozmey Herba Prima. Kalau tak mau jadi patient buleh jadi partner MLM. Kalu pilih dua-dua lagi untung. Menjaga kesihatan sambil menambah pendpatan.

    ReplyDelete