23 Ogos 2009 Masuk dua hari kita sambut puasa ramadhan. Malam ni nak kena hantar jaja yang balik sambut puasa ke Tg Malim. Tak tau la anak saya ni pantang cuti sikit sampai balik rumah, tapi tak apa la jugak nak balik sambut puasa dengan keluarga.
Ramai kawan-kawan saya yang jauh dan ada yang dah pencen hantar SMS ucap selamat menyambut ramadhan. Sebak juga dada saya bila baca sms ucapan dan doa kebahgiaan untuk saya dan keluarga. Kepada sahabat saya Tuan Wan Said yang pernah sama-sama bergelumang di Cawangan Kem Komandan saya nak kata " Tuan Wan jangan la sedih sangat, pilu hati saya dengar rintihan tu. Biasa la tuan kawan-kawan tu bukan dah tak ingat kat orang pencen tapi sibuk la agaknya tu. Macam saya ni lain la , orang tak selalu sibuk " .
Harap-Harap bulan ramadhan ni tak ada lah orang nak buat sibuk sangat dengan hal dunia ni, cukup la dalam setahun sebelas bulan kita buat sibuk , jadi sebulan ni mai la sama-sama kita cari keredhaan Allah pulak. Tapi saya duk risau juga tengok bos saya tu , nampak-nampak gaya bulan ramadhan ni macam semakin sibuk saja. Saya dok harap sibuk bos tu tak tempias la kat saya. Tapi ya la kan kalau tak tempias kat saya , nak tempias kat sapa pulak, maklum la saya yang paling hampir dengan kaki lima tu.
Selalunya setiap hari bekerja saya dengan bos dan Sm Mail akan balik paling cepat selepas selesai sembahyang magrib. Bos selalu kata " Kita tunggu la biak semua bos-bos besak balik dulu baru kita balik, ada apa-apa hal senang kita tackle". Itu la komitednya bos saya dekat kerja. Kalau bulan ramadhan ni pun macam tu jugak bos , alamat buka puasa dengan air paip la kita.. Insyaallah tak kut noo.. tak kan bos-bos besak tu tak buka puasa dengan famili mereka kut.
Saya ni sebenarnya bukan apa, dalam kelendar saya untuk setahun hanya bulan ramadhan saja saya berpeluang makan semeja dengan isteri dan semua anak-anak kecuali yang duduk jauh iaitu waktu berbuka dan waktu bersahur. Nikmat ni yang saya tak nak lepas dan biar berlalu begitu saja. Walau pun begitu kalau dah terpaksa berada diluar nak buat macam mana.
Akhirnya saya memanjatkan doa kepada Allah Subhanahuwataala agar kita semua dipertemukan dengan malam lailatul qadar diramadhan yang penuh berkat ini. Allah Hu Akbar! Allah Hu Akbar! Allah Hu Akbar!
The King, his family and U
1 week ago
No comments:
Post a Comment