Tuesday, August 18, 2009

Happy birthday bos





Senyap-senyap kami buat persiapan nak sambut hari jadi bos. Lepas jemput bos kononnya ada tetamu kat bilik mesyuarat , kami ramai-ramai tunggu dalam gelap. Tunggu punya tunggu bos tak muncul, rupanya bos keluar ikut pintu depan . Cari punya cari jumpa bos kat ruang pelawat semacam aja. Agaknya dia dah terhidu program kami. Pujuk bos kata tetamu dah lama tunggu , bos tak mau masuk. Program dah rosak la...

Masa saya dengan Sm Mail tengah dok bual dengan bos kat tempat pelawat tu , tiba-tiba ada orang off lampu . Masa tu jugak nampak pintu bilik terbuka , muncul staf pejabat diketuai Min yang membawa kek dengan lilin menyala beramai-ramai mengerumuni bos. Depa ramai-ramai menyanyi pulak lagu happy birthday untuk bos. Bos yang dah terperangkap jadi kelam kabut semacam dan cepat-cepat ajak masuk dalam bilik mesyuarat nak tenang fikiran.

Itu la bos lain kali jangan pandang ringan keupayaan luar biasa anak buah cari jalan alternatif. Kalau tak dapat jalan baik macam-macam jalan mereka boleh buat. Agaknya kalau bos lari kat lobi dia orang pun ikut ke lobi la.

No comments:

Post a Comment