25 Ogos 2009 Bagi saya selepas melalui empat hari dibulan ramadhan ni, apa yang paling ketara ialah saya tak boleh tidor malam. Bukan sebab takut tak terbangun sahur tapi mata saya langsong tak mengantok. Saya hanya dapat tidor sejam selepas solat subuh, lepas tu bangun terus pergi kerja. Nampaknya terpaksa la saya qiamulail setiap malam dengan harapan kalau diizinkan Allah dapat bertemu malam lailatul qadar. Insyaallah.
Saya cuba menilai diri saya sebagai seorang insan muslim . Adakah saya benar-benar telah melaksanakan amanah sebagai makhluk Allah di muka bumi ini. cukupkah persedian diri untuk mengadap Allah apabila tiba masanya, seperti janji Allah dalam firmannya dalam surah As-Sajdah ayat 11 yang bermaksud " Katakan lah (wahai Muhammad; " Nyawa kamu akan diambil oleh Malaku'l-Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan) .
Kehidupan didunia yang tak terlepas dari cobaan dan dugaan , yang diturunkan Allah untuk menguji dan memperkukuhkan keimanan , kadang kalanya membuatkan kita terbabas kerana terpengaruh dengan hasutan syaitan yang menyesatkan. Untuk itu saya dengan hati yang tawadzuk melafaskan " Ya Allah, aku memohon keampunan mu , kau ampunkan lah segala dosa-dosa ku, dosa kedua ibu bapa ku , dosa isteri dan anak-anak ku serta keturunan ku dan dosa sekelian Muslimin dan Muslimat. Tiada daya upaya kami melainkan engkaulah yang maha pengampun".
Saya tahu saya tak pernah terlepas dari kesilapan dan kesalahan , kadang-kadang dek kerana godaan syaitan terlepas kata-kata yang kadang-kadang merobek perasaan orang. Kadang-kadang tu kerana nak komen orang terlepas kata-kata yang tak sewajarnya. Kepada Tuan Ali, Sm Mail , Farah , Harida , Kak Normah, Kak Ros , Hamidah ,Syakila, Eliza, Min , Nazneen, Zoly, Asni , Mary , Devi, Abang Zul , Syarif, Nizam, Alwi, Salmee, Fadzli dan Bibi dan semua staf kat Kem Komandan saya nak kata "Pohon maaf diatas segala kesalahan dan kesilapan saya. Yang baik itu dari Allah , yang buruk itu kelemahan diri saya sendiri"
Akhirnya kepada saudara-saudara muslim yang lebih tinggi ilmu islamnya dan pegangan agama lebih sempurna , sama-sama lah kita mahasabah diri dan menilai "Adakah diterima Allah perbuatan kita menghina dan mencaci orang lain semata-mata untuk menunjukan kemegahan, keupayaan dan kemuliaan diri sendiri sehingga kita lupa kebesaran Allah". Nauzubillah....
The King, his family and U
1 week ago
No comments:
Post a Comment