Thursday, August 13, 2009

Tarik



Saya memegang prinsip bahawa jangan sekali-kali takut memperjuangkan hak . Keadilan bukan hanya hak kepada orang yang menyaman , orang yang kena saman juga mempunyai hak. Takut menghadapi proses undang-undang membuatkan kita menjadi mangsa kepada pihak yang menyalahgunakan proses undang-undang untuk menekan, memperbodoh dan menidakkan hak kita.


Jangan jadi mangsa kepada manusia-manusia tidak beretika yang mencabuli hak kita , mereka sebenarnya tidak mengikut peraturan undang-undang tetapi kita takut untuk mengatakan mereka salah . Biarkan Mahkamah yang menentukan dan menegakan hak kita, jangan kita anggap kita salah , hanya mereka yang benar.


Kepada Kak Ros yang pernah bertugas sebagai staf Mahkamah posting saudara Mohamad Sha'ani dari NCCC kali ini khas untuk anda.



Tarik kereta

Harap pengguna tidak takut pada tukang tarik kereta.

PEGAWAI POLIS pun tak boleh masuk mana-mana kawasan rumah tanpa waran dikeluarkan oleh mahkamah. Ini pula orang awam bawa surat bank.

Pengguna tertunggak hutang harus berrunding dengan bank untuk jadual semula ansuran. Jika pegawainya enggan berhubung dengan ibu pejabat ataupun Bank Negara, AKPK, FMB,...

Buat desakan terusan hingga bank buat keputusan.

.

Sila melaporkan watak-watak yang menjalankan penarikan kereta secara tidak beretika.


Sila baca dibawah.


Ikhlas,
Muhammad Sha'ani b. Abdullah
NCCC
23/04/2009

SIAPAKAH YANG BOLEH MENARIK KENDERAAN BERMOTOR ANDA?


Biasanya syarikat kewangan akan melantik penarik yang berdaftar dengan Persatuan Syarikat-Syarikat Sewa Beli Malaysia untuk menarik balik kenderaan bermotor. Sebelum menarik balik kenderaan bermotor, penarik mestilah menunjukkan kad pengenalannya, kad kuasa dan surat arahan penarikan yang dikeluarkan oleh syarikat kewangan yang membenarkan penarik mengambil kenderaan bermotor tersebut. Anda boleh meminta untuk melihat kad pengenalan dan kad kuasanya sebelum menyerahkan kenderaan bermotor anda.


PERILAKU PENARIK

Penarik haruslah menunjukkan sikap profesional semasa menjalankan tugas menarik kenderaan bermotor daripada anda. Persatuan Syarikat-Syarikat Kewangan Malaysia telah mengeluarkan "Garis Panduan Mengenai Perlantikan dan Perilaku Penarik" untuk dipatuhi oleh penarik dan untuk melindungi kepentingan penyewa.

Di antara peraturan tersebut adalah seperti berikut:

- Penarik hendaklah menunjukkan kepada penyewa Perintah Penarikan dan kad kuasa yang diberi oleh syarikat kewangan sebelum menarik kenderaan bermotor

- Mereka yang ditugaskan untuk menarik kenderaan bermotor hendaklah seminimum mungkin, melainkan dalam keadaan yang memerlukan kumpulan yang lebih ramai

- Penarik hanya boleh memasuki premis dengan izin penghuninya atau penyewa kenderaan bermotor itu sendiri

- Penarik hendaklah kelihatan profesional dan bertindak secara profesional

-Bertindak secara kekerasan dan paksaan adalah dilarang sama sekali

-Penyewa hendaklah diberi masa yang mencukupi untuk mengeluarkan barang-barang peribadi daripada kenderaan bermotor yang akan ditarik

- Selepas kenderaan bermotor ditarik, penarik hendaklah membuat laporan polis dengan serta-merta dan membawa kenderaan bermotor tersebut ke tempat yang diarahkan oleh syarikat kewangan terbabit, Sekiranya penarik melanggar peraturan di atas, anda boleh membuat aduan kepada syarikat kewangan terbabit atau kepada Persatuan Syarikat-Syarikat Sewa Beli Malaysia.


SEBELUM KENDERAAN BERMOTOR DITARIK



Syarikat kewangan anda seharusnya telah menghantar notis-notis berikut:

- Notis Jadual Keempat. Ini adalah merupakan notis bertulis 21 hari yang menyatakan hasrat syarikat kewangan untuk menarik kenderaan bermotor

- 14 hari selepas tarikh notis Jadual Keempat, notis kedua akan dikeluarkan untuk memberitahu anda bahawa syarikat kewangan berhasrat untuk menarik kenderaan bermotor selepas luput notis Jadual Keempat Catatan:

Sila ambil perhatian bahawa menurut Akta SB, notis akan dihantar oleh syarikat kewangan itu sendiri atau melalui pos berdaftar ke alamat terakhir yang diketahui.

NCCC

http://nccc.org.my

Powered by Joomla!

Generated: 5 August, 2009, 16:31

No comments:

Post a Comment